Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Karnival Jom Heboh
Auto Terkini

Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma di Karnival Jom Heboh

SyafieBy Syafie30/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUAT pertama kali, Puspakom bakal menyertai Karnival Jom Heboh (KJH) anjuran Media Prima di Plaza Angsana, Johor Bahru, bermula dari 1 hingga 3 November 2024.

Tujuan utama Puspakom menyertai KJH ini adalah untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali agensi tersebut dengan lebih dekat.

Orang ramai yang hadir turut berpeluang memenangi Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) secara percuma untuk kenderaan persendirian di karnival tersebut dengan menjawab kuiz mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman, amat teruja untuk memperkenalkan Unit Trak Bergerak kepada orang ramai di karnival ini. Menurut beliau, Unit Trak Bergerak yang turut dipanggil MTS (Mobile Truck Services) ini boleh menjalankan pemeriksaan kenderaan dan mengeluarkan laporan pemeriksaan yang sah.

Keistimewaan MTS ini adalah kemampuannya untuk bergerak ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menjalankan pemeriksaan kenderaan, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar. Oleh itu, orang ramai jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri bagaimana MTS beroperasi dan lebih memahami fungsi Puspakom secara langsung.”

“Kemunculan kami bersama unit bergerak di KJH ini adalah sebahagian daripada strategi pemasaran baharu syarikat yang bertujuan mendekatkan lagi diri kami dengan masyarakat umum.”

Pemeriksaan ini juga melibatkan 25 bahagian termasuk brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin, dan banyak lagi.

Kami menggunakan alat pemeriksaan berkomputer untuk memeriksa keberkesanan komponen kenderaan seperti cengkaman brek dan tahap pelepasan asap. Laporan pemeriksaan akan diberikan kepada pemilik kenderaan sebagai rujukan, supaya mereka mengetahui keadaan sebenar kenderaan atau kerosakan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.”

Berikut antara pemeriksaan lain yang ditawarkan:

  • Pemeriksaan Tukar Milik – M.V.15 (B5)
  • Pemeriksaan Sewa Beli – B7
  • Pemeriksaan cukai Jalan Tamat Tempoh
  • Pemeriksaan Import Terpakai/Baharu – B2

Puspakom mengaplikasikan pendekatan SEE – Keselamatan (Safety), Alam Sekitar (Environment) dan Ekonomi (Economy). Pemeriksaan ini dapat membantu memastikan kenderaan lebih selamat, mengurangkan pencemaran udara melalui ujian asap, serta membantu kelancaran ekonomi dengan memastikan kenderaan komersial dalam keadaan baik dan selamat untuk beroperasi.

Auto Terkini Karnival Jom Heboh (KJH) MTS (Mobile Truck Services) Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) PUSPAKOM Unit Trak Bergerak
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.