Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusingan Kedua Toyota GAZOO Racing Online Challenge Bermula Bulan Depan
Auto Terkini

Pusingan Kedua Toyota GAZOO Racing Online Challenge Bermula Bulan Depan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KRISIS Covid-19 memaksa banyak negara seluruh dunia menangguhkan acara sukan perlumbaan. Tidak terkecuali UMW Toyota Motor yang terpaksa menunda siri perlumbaan tahunan Toyota Vios Challenge yang menjadi sebahagian acara utama dalam Festival Toyota GAZOO Racing akibat penularan wabak berkenaan.

Namun itu tidak menghalang UMW Toyota meneruskan aura perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) dengan memperkenalkan kejuaraan TGR Online Challenge secara atas talian yang berupa cabaran pertandingan permainan video.

Aktiviti itu bermula pada 23 April hingga 21 Mei lalu dengan menarik penyertaan ramai peserta, termasuk kanak-kanak semuda usia enam tahun yang memerlukan mereka berentap dalam saingan permainan video popular Gran Turismo Sport menggunakan platform konsol Sony Playstation.

Pusingan Pertama TGR Online Challenge itu dianjurkan lima pusingan dengan menawarkan hadiah bernilai RM7,500.

PUSINGAN KEDUA TGR ONLINE CHALLENGE

Susulan sambutan menggalakkan, Pusingan Kedua TGR Online Challenge akan diadakan pada 12 Julai nanti dengan menyaksikan pelumba-pelumba terbaik peringkat pertama lalu berentap dalam perlumbaan akhir yang lebih sengit.

Pusingan akhir nanti akan melibatkan empat pusingan kejuaraan mini yang menampilkan jentera lumba ikonik seperti Toyota GT86 Gr. B Rally yang disediakan khas untuk Gran Turismo Sport.

Pelumba akan beraksi di litar ternama dunia, termasuk Red Bull Ring di Austria dan Autodromo De Interlagos di Brazil. Pusingan-pusingan yang ada akan menggunakan format kedudukan grid terbalik.

BACA >>> Game Burnout Paradise Remastered Lancar 16 Mac, Lebih Aksi Padat Atas Talian

GR VELOCITY ESPORTS, GR SUPRA GT CUP ASIA 2020

Sementara itu, Kejuaraan Toyota GR Velocity eSports kali ketiga pula akan diadakan pada Ogos hingga September ini (tarikh dan format perlumbaan akan diumumkan tidak lama lagi). Toyota Motor Asia Pasifik (TMAP) pula bakal menganjurkan GR Supra GT Cup Asia 2020, iaitu acara perlumbaan maya serantau pertama seumpamanya pada Oktober ini.

Acara berkenaan akan menyaksikan pusingan kelayakan diadakan di Malaysia (melalui Kejuaraan Toyota GR Velocity Esports), Thailand, Singapura, Filipina dan India bermula Julai hingga September untuk memilih tiga pelumba terbaik yang akan mewakili negara masing- masing di peringkat serantau untuk aksi final.

BACA >>> Toyota GAZOO Racing, Super GT Jalin Kolaborasi Musim Ini

autoterkini Festival Perlumbaan Toyota GAZOO Racing (TGR) festival Toyota Gazoo Racing Gran Turismo Sport Toyota Toyota Gazoo Racing (TGR) Toyota Vios Toyota Vios Challenge UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.