Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pusat 4S Proton Pertama Berwajah Baharu – Kini Lebih Segar dan Menarik
Auto Terkini

Pusat 4S Proton Pertama Berwajah Baharu – Kini Lebih Segar dan Menarik

Abang GYLBy Abang GYL09/06/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pusat 4S Proton Setia Gemilang
SETIA Gemilang Auto Sdn Bhd
menjadi pusat 4S pertama Proton berwajah baharu yang bakal menawarkan khidmat selepas jualan lebih baik.

Pusat servis ini menampilkan warna baharu, biru muda pada bahagian luaran dan ruangan servis, manakala ruang dalaman turut diberikan kesegaran dengan mewujudkan suasana lebih mesra pelanggan. Seiring pengenalan wajah baharu ini, semua pengedar Proton lain seluruh negara bakal menampilkan rekaan sama secara berperingkat.

Sehingga kini, 82 pengedar sudah diberikan kelulusan menaik taraf pusat servis sedia ada kepada pusat 3S dan 4S, yang mana Proton mensasarkan 109 pengedar Proton akan dinaik taraf sepanjang tahun ini.

Pusat 4S Proton Setia Gemilang
Pusat 4S Proton Setia Gemilang
Pusat 4S Proton Setia Gemilang
Pusat 4S Proton Setia Gemilang
Pusat 4S Proton Setia Gemilang
Pusat 4S Proton Setia Gemilang

Dibina atas tapak berkeluasan dua ekar, Pusat 4S Setia Gemilang Proton, yang terletak di Jalan Batu Tiga, Subang,  mampu mempamerkan 11 kereta pada satu-satu masa, manakala bahagian servis memiliki 14 ruang penyenggaraan dan 12 ruang semburan cat.

Pusat 4S berwajah baharu ni dijangka menarik lebih ramai pengguna Proton untuk datang dan menikmati pengalaman pembelian serta penyenggaraan yang lebih menyeronokkan.

harga proton saga
PROTON SAGA KINI BAWAH RM30,000

Proton mengajak orang ramai ke mana-mana bilik pameran terdekat dan dapatkan model Saga pada harga di bawah RM30,000 selaras pengumuman Kerajaan yang menurunkan kadar GST kepada sifar peratus. Ya, anda kini boleh memiliki Proton Saga pada harga serendah RM29,623.87 tanpa GST dan turut diberikan ‘duit raya’ bernilai RM3,500.

Malah, Proton turut menawarkan ‘duit raya’ sebanyak RM4,000 bagi pembelian model Iriz dan Ertiga, dan RM3,000 untuk Persona.

Apa tunggu lagi, dapatkan kereta idaman anda pada harga terendah sekarang!

ALAMAT

Setia Gemilang Auto Sdn Bhd

  • Lot 7959, Jalan Batu 3 (Off Jalan Subang), Subang, 40100 Shah Alam, Selangor.
  • 03-7845 6888
promosi proton saga pusat 4S Setia Gemilang Proton pusat servis proton Setia Gemilang Auto Sdn Bhd
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Autotainment

    Protected: Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    24/06/2026
    Auto Terkini

    KTM 790 DUKE 2027 – Gaya Agresif Ala 990 DUKE/1390 SUPER DUKE R, Ringan 2kg

    23/06/2026
    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026

    1 Comment

    1. David Ong on 08/06/2018 15:28

      Nampak segar dari luar. tengok enjin masih CamPro.. Hahaha!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.