Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Prototaip Audi A7 Terbakar Hadapan Wartawan Pengintip, Betul-Betul Berita Panas!
Auto Terkini

Prototaip Audi A7 Terbakar Hadapan Wartawan Pengintip, Betul-Betul Berita Panas!

Han OthmanBy Han Othman19/04/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEDANG asyik sepasukan jurutera Audi memandu uji prototaip A7 (2019) di Banjaran Austria, tiba-tiba kereta ujian itu terbakar betul-betul di hadapan jurnalis laman permotoran Car Scoops yang  kebetulan sedang membuat intipan. Memang betul-betul berita panas!

Audi A7 diintip itu didapati berdepan masalah ketika sedang menunda sebuah treler untuk melalui laluan pergunungan sebelum api mula tercetus dari dalam bonet dan cermin depan.

Bagaimanapun, sebelum api marak, jurutera Audi sempat mengeluarkan semua benda penting dari dalam kereta, manakala seorang pekerja penyelenggaraan jalan kelihatan cuba memadamkan api menggunakan pemadam api mudah alih. Namun, usaha itu tidak cukup untuk menghentikan api yang sedang rakus membakar prototaip berkenaan.

Kemudian, hanya 10 hingga 20 minit diperlukan untuk memusnahkan kereta tersebut sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan api. Ya, tidak ubah seperti adegan drama atau filem, di mana polis hanya sampai selepas aksi antara hero dan penjahat selesai. Apapun, mujurlah tiada mangsa cedera.

KEPENTINGAN FASA UJIAN

Sekarang, apa yang patut kita fahami tentang insiden berkenaan? Ya, fasa ujian memang sangat penting dalam proses pembangunan sesebuah kenderaan yang membolehkan pengeluar mengenal pasti sebarang masalah pada model baharu itu sebelum dilancarkan ke pasaran massa.

Audi A7 (2019) dibangunkan berasaskan platform MLB-Evo terkini dan lebih ringan, serta sudah sedia digunakan model Q7. Desain prototaip itu diilhamkan daripada Audi Prologue Concept. Apapun, terpaksalah kita sama-sama menunggu detik penghujung tahun ini untuk mengetahui sama ada dakwaan itu betul atau sebaliknya.

GALERI

SUMBER: Car Scoops

Audi Audi A7 Auto Terkini prototaip Audi A7 prototaip Audi terbakar
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.