Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton X70 Siap Dipasang di Kilang Baharu, Mula Operasi Separuh Kedua Tahun Ini
Auto Terkini

Proton X70 Siap Dipasang di Kilang Baharu, Mula Operasi Separuh Kedua Tahun Ini

Han OthmanBy Han Othman12/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA spekulasi mengenai gambar ‘Proton X70 Offline Trial’ yang tersebar di media sosial terjawab. Ia sebenarnya upacara menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Miao Wei ke kilang Tanjung Malim Proton sebagai sebahagian lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Turut sama mengiringi beliau ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Eddin Syazlee Shith, dan pegawai-pegawai Kerajaan dari kedua-dua negara, dan dihoskan Pengerusi Proton, Dato’ Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu, termasuk Pengerusi DRB-HICOM, Dato’ Mohammad Zainal Shaari, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO PROTON, Dato’ Radzaif Mohamed, dan barisan pengurusan kanan PROTON.

KILANG BAHARU PROTON SIAP BEROPERASI

Sama seperti spekulasi yang diperkatakan kami petang tadi, kilang pemasangan baharu Proton di Tanjung Malim baru saja selesai melakukan ujian pengeluaran untuk Proton X70, atau lebih tepat lagi versi pemasangan tempatan (CKD). Semakan akhir, cat dan pemasangan masih dalam proses siap sepenuhnya.

BACA >>> Proton X70 Versi CKD dengan Talaan ‘Proton Ride & Handling’ Sudah Siap Dipasang?

Walaupun masih baharu, pasukan jurutera dan pekerja pengeluaran Proton sudah mampu menjalankan ujian atau percubaan secara semi automatik untuk mendapatkan pengalaman dalam pemasangan SUV pertama keluaran pengeluar nasional itu di kilang baharu yang menelan kos RM1.2 bilion.

Syed Faisal Albar berkata, Proton berhasrat memulakan pengeluaran X70 di kilang Tanjung Malim pada separuh kedua tahun ini.

“Kami berusaha keras memastikan Proton mampu mencapai sasaran ditetapkan. Ia akan jadi pencapaian luar biasa kerana dalam masa kurang dua tahun sejak perjanjian DRB-HICOM dan Geely ditandatangani, Proton sudah mencapai kejayaan penting dalam usaha mengembalikan Proton kepada kedudukannya yang semakin terkenal,” katanya.

USAHAMA TEKNOLOGI DIGITAL MALAYSIA-CHINA UNTUK KONEKTIVITI KENDERAAN

Dalam lawatan itu, Miao Wei turut diberikan taklimat mengenai perancangan perniagaan semasa dan masa depan Proton sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co Ltd China.

Syarikat usahasama baharu ini bakal memberi manfaat kepada Proton, terutama dalam teknologi digital dan sistem konektiviti kenderaan yang mana semua ciri tersebut kini sudah menjadi trend antarabangsa. Malah dijangka menjadi salah satu pemacu utama jualan automotif masa depan.

Ini jelas sekali langkah berani buat Proton selepas melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama, X70 dengan mempertaruhkan ciri konektiviti sebagai strategi jualan unik untuk menarik perhatian pembeli tempatan.

Selepas kejayaan pelancaran X70 pada Disember tahun lalu, model Proton lain seperti Iriz, Persona dan Exora (2019) turut dilengkapi ciri sama dengan unit infotainment interaktif yang menawarkan pelbagai fungsi konektivit kepada pemiliknya.

Syed Faisal Albar berkata lagi, perjanjian tersebut menunjukkan langkah berani Proton untuk menjadi jenama automotif yang menawarkan produk bertaraf global. Ini membolehkan Proton mendapat kedudukan lebih tinggi dalam penyelesaian konektiviti kereta yang sedang berkembang pesat selain meningkatkan asas pengetahuan jurutera R&D (Kajian dan Penyelidikan) di Proton.

BACA >>> Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

“Ia juga membolehkan kami menerokai pelbagai kemungkinan untuk mengembangkan penyelesaian konektiviti ke pasaran eksport Proton, terutama di negara ASEAN yang berdekatan. Ini memberi PROTON kelebihan teknologi yang mana industri automotif kini menuju ke peringkat seterusnya dalam penyelesaian mobiliti,” katanya.

Auto Terkini Geely kilang proton Kilang Tanjung Malim Proton Proton PROTON Holdings Berhad Proton X70 proton x70 ckd Tanjung Malim Zhejiang Geely Holding Group
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
LaLaport Transportation Hub (LTH)
Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.