Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini
Auto Terkini

Proton X50 Sah Masuk Malaysia, Ini 6 Perkara Yang Kami Tahu Setakat Ini

Abang GYLBy Abang GYL08/06/201917 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X50 MalaysiaBUKAN lagi rahsia mengenai model SUV kedua, Proton X50 yang dikatakan bakal masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tambahan tular di laman Facebook baru-baru ini yang katanya Proton X50 akan diperkenalkan tahun ini. Bukan saja sudah tahu bila akan dilancarkan, malah harga jualan Proton X50 juga didedahkan. Hebat-hebat netizen sekarang 🙂

Sebenarnya sudah agak lama kami menyimpan rahsia mengenai Proton X50. Dan kami rasa sudah tiba masa untuk memberikan sedikit maklumat yang kami tahu setakat ini mengenai Proton X50. Berikut ialah sedikit maklumat yang kami boleh kongsikan kepada semua.Proton X50 Malaysia

1.) Ya, Proton X50 sah bakal masuk Malaysia. Tetapi bukan tahun ini. Menurut sumber kami boleh dipercayai, model SUV kedua Proton ini akan dilancarkan tahun hadapan.

2.) Begitu juga dengan nama yang sudah disahkan iaitu Proton X50 susulan tersiar foto sijil tanda dagang @ trademark, X50 dengan kepala surat Perbadanan Harta Intelek Malaysia (lihat gambar bawah) yang dikongsikan portal permotoran, Carlist.my.

3.) Malah, Ketua Kejuruteraan Proton, Yang Jun turut mengesahkan Proton bakal memperkenalkan model baharu yang akan dijana enjin 1.5L pengecas turbo, yakni X50. Dan enjin ini juga bakal digunapakai bagi varian terbaharu Proton X70 versi pemasangan tempatan (CKD) yang jangka akan diperkenalkan hujung tahun ini.

4.) Dari segi harga, ia masih belum didedahkan. Jika ikut pada segmen, Proton X50 bakal bersaing dengan Honda HR-V, Mazda CX-3, Subaru XV, Peugeot 2008 dan Toyota C-HR. Jika Proton X70 dijual pada harga serendah RM99,800, jadi tahu-tahu sajalah berapa anggaran bagi X50.

5.) Kami juga dimaklumkan Proton X50 sudah tiba di Malaysia dan ia sedang menjalani ujian daripada pihak Proton. Pihak pengurusan tertinggi DRB-HICOM juga dikhabarkan sudah melihat dan menyentuh SUV kompak itu.

6.) Berdasarkan spesifikasi Geely Binyue, Proton X50 akan dibina atas platform modular BMA, yang dibangunkan bersama subsidiari Volvo dengan menawarkan lebih fleksibiliti untuk disesuaikan dengan pelbagai variasi enjin.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Cara Kemas Kini Perisian Unit Infotainment Proton X70?

Persoalannya, berapakah harga ditawarkan akan adakah berada dalam julat harga bermula RM70,000 hingga RM80,000. Apa yang pasti SUV ini akan lebih murah daripada X70 yang berharga bermula RM99,800. Jadi ramalan kami, harga Proton X50 mungkin dalam julat RM75,000. Mungkin !!!

Rasanya setakat ini saja kami dedahkan serba sedikit mengenai Proton X50. Belanja sikit dulu. Bak kata CEO Proton, kita belanja sarapan dulu. Yang lain-lain tunggu makan tengah hari dan malam. Apa yang pasti, Proton X50 sah masuk Malaysia.

BACA >>> Harga, Spesifikasi Menarik Geely Binyue Jadi Penanda Aras Baharu SUV di Malaysia?

BACA >>> 9 Perkara Perlu Anda Tahu Tentang Proton Exora (2019) Facelift, Harga Mula RM59,800!

KREDIT FOTO: The Ajerul

GALERI

Proton X50 Malaysia
Proton X50 Malaysia
2020 proton x50 harga proton x50 Proton X50 Proton X50 Malaysia SUV Proton suv proton x50
Abang GYL

Artikel Berkaitan

LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

Perbelanjaan Subsidi Diesel Turun RM6.2 Bilion pada 2025, Kerajaan Jimat RM4 Bilion

04/03/2026
Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

04/03/2026
Nozel pam minyak
Auto Terkini

Kerajaan Kekalkan Subsidi RON95 Walaupun Harga Minyak Global Tidak Menentu

04/03/2026

17 Comments

  1. Babet on 09/06/2019 06:42

    Betul ke X50 ada variant hybrid & sgt jimat minyak?

    Reply
    • ProtonSales&Marketing on 17/06/2019 11:41

      tidak, turbo charged engine only, variant eco tidak diperkenalkan di market malaysia

      Reply
  2. 5ruz69 on 09/06/2019 13:22

    X70 CKD yg harga 99K tu,full spec atau initial price…

    Reply
  3. Max291 on 09/06/2019 17:15

    Boleh tahu tak samada versi PHEV akan masuk atau tak? Saya menyimpan banyak dah ni.

    Reply
  4. awgkumasterj@gmail.com on 11/06/2019 07:32

    may be for my next car

    Reply
  5. Bobby Han on 12/06/2019 08:32

    Great Proton is catching up

    Reply
  6. W kasim on 12/06/2019 13:05

    Jelas sekarang Proton digunakan untuk memasarkan kereta Geely Cina ke Malaysia, bukan untuk memasarkan kereta Proton Malaysia ke Cina.

    Reply
    • Zamrin on 14/06/2019 21:51

      Seharusnya rakyat Malaysia menyokong produk yang berkemampuan untuk bersaing dengan Jenama lain yang setara dengannya dan menawarkan harga yang lebih murah.

      Reply
    • Rizal on 16/06/2019 10:48

      Kereta apa Yg Proton design muktahir ni, Preve, Exora semuanya teknologi enjin dari mid 2000. Iriz dan Persona guna enjin Honda. Bagaimana nak bersaing jual kereta di China Yg dibarisi oleh Merz, Bmw, VW, Audi dan sebagainya dengan teknologi enjin terkini. Demand pun ke arah enjin hibrid atau full electric untuk pengurangan pencemaran. Tanpa kehadiran Geely mungkin Proton jadi seperti telefon Nokia yang tidak mahu berubah.

      Reply
      • Min Ha Ra on 19/06/2019 09:05

        Nokia pun da mula berubah selepas tukar CEO. Cuma agak ketinggalan sedikit berbanding brand lain sebab lambat ikut trend. Harap Proton terus memperbaiki dan upgrade pada masa akan datang.

        Reply
  7. Vera Chew on 14/06/2019 09:13

    Any other colors other then Red!

    Reply
  8. Prof Idrus Masirin on 08/07/2019 00:42

    Proton adalah jenama. Teknologi adalah motivasi jenama. Kita bina jenama melalui teknologi dan kita bina kepakaran melalui teknologi. Apabila kita dh tahu ttg teknologi auto, kita bina teknologi melalui inovasi dan kepakaran yg ada. Pasti Proton akan jd hebat…

    Reply
  9. Arash on 19/07/2019 18:59

    Saya tunggu 7 seater. Lambat lagi ke?

    Reply
    • Yusry on 04/12/2019 17:58

      X50 kluar ogos 2020, 7seater jiaji mungkin lebih lambat

      Reply
  10. Zainuddin Ramly on 10/08/2019 12:28

    Aku terbayang wajah Najib Razak yang korang ejek ‘perompak dan gadai negara pada china’ dulu bila projek menyelamatkan Proton dgn Geely.
    Proton dah nak mampos dah 2016 dulu, hutang vendors takboleh bayar, pm luluskan softloan 1.x billion, kawan2 aku keja dalam Proton masih rancak maki Najib time tu.
    Tapi rupanya ‘perompak’ itulah yang berjasa kepada Proton, hingga blogger dan pencinta automotif tempatan boleh jana semula pendapatan rasa bangga dengan wajah2 model Proton kini berbanding wajah merepek merapu dan hodoh dulu. nilah hasilnya. Terima kasih DSN. Jasamu terbaik. Allah Selamatkan kamu.

    Reply
  11. syarifuddin on 12/10/2019 19:14

    kalau x50 boleh dapat bawah 80k utk yg enjin 1.5 T… hold dulu sekejap nak angkat vios 2019 ni… huhu

    Reply
  12. Zuraidah on 05/03/2020 20:44

    Apa pilihan warna proton x50?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.