Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BERITA AUTO: Proton Taja Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014
Auto Terkini

BERITA AUTO: Proton Taja Pertandingan Kemahiran Malaysia 2014

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/04/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PIC 1

PIC 2

PENGELUAR kenderaan nasional, Proton menjadi penaja utama dalam pertandingan Kemahiran Malaysia 2014 – Sektor Teknologi Automotif sempena Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Utara, anjuran Kementerian Sumber Manusia. Seramai 122 belia menyertai pertandingan itu yang berlangsung di perkarangan Stadium Darul Aman, Kedah dan dirasmikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Diilhamkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pertandingan dianjurkan untuk mengasah dan mengetengahkan bakat generasi muda serta belia dalam pelbagai bidang kemahiran industri dan membina modal insan negara.

Peserta diuji berdasarkan kemahiran dan prestasi mengendalikan enjin Campro IAFM+ serta dikehendaki menggunakan Proton Advance Diagnostic Tools (PADT) untuk mengenal pasti komponen perlu diganti, termasuk melakukan rombak rawat (overhaul) ke atas enjin. Pusingan akhir, peserta perlu menunjukkan kebolehan menala enjin petrol, memperbaiki sistem brek, transmisi automatik, dan mengendalikan sistem suspensi, elektrik dan stereng kenderaan.

Pemenang berpeluang menyertai peringkat akhir yang bakal berlangsung di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam, Selangor, September depan. Pemenang tempat pertama di peringkat akhir pula bakal bertanding peringkat ASEAN Skills Competition atau World Skills Competition di Hanoi, Vietnam, Oktober hadapan.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir Karnival Kemahiran Kebangsaan Zon Utara Kemahiran Malaysia 2014 Kementerian Sumber Manusia Proton Proton Holding
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.