PROTON Saga Premium dengan kehadiran bodykit kini sudah berada di bilik pameran.
Sama seperti model Persona, Proton Saga Premium ini menampilkan kit badan tambahan seperti skirt sisi, spoiler, bampar depan dan belakang.
HARGA
Bagaimanapun harga bagi Proton Saga Premium dinaikkan sebanyak RM1,888. Ini bermakna Proton Saga Premium dengan bodykit dijual pada harga RM47,688 (termasuk GST dan insurans). Tempahan juga sudah dibuka sejak 1 Mei lalu.
Buat masa ini, Proton Saga dengan kit badan itu tidak dijual berasingan, sebaliknya didatangkan terus dari kilang.
Ini bermakna, setiap pembelian kereta baharu saja yang akan menerima tawaran kit badan itu. Apapun, pembelian kit badan sebagai aksesori opsyen di pusat servis dijangka bakal dilaksanakan pada masa akan datang.
Kredit Foto Md Saharizam
BACA>>> Proton Saga 2016 VS Saga FLX: 15 Perincian Interior Yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #PanduUji: Kenapa Anda Perlu Beli Proton Saga 2016? Inilah Jawapannya...
Leave a Reply