Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Proton Saga – Jentera ‘Lama’ Tapi Bernilai
Bikin Auto

Proton Saga – Jentera ‘Lama’ Tapi Bernilai

Abang GYLBy Abang GYL14/05/20173 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton_Saga_modifikasi_pandulajudotcomdotmy (1)

SIAPA tak kenal Proton Saga, kenderaan nasional pertama negara yang sehingga kini masih menjadi kebanggaan ramai.

Yang pasti, ramai di antara kita akan menyingkap 1,001 kenangan setiap kali melihatnya. Bukan saja tahan lasak, ada juga di antaranya masih memiliki atau mengguna sehingga saat ini.

Bagi kaki bikin kereta, mereka sanggup berhabis puluhan ribu ringgit bagi memastikan jenteranya adalah yang terbaik.

Sama seperti pemilik ini, jentera Proton Saga miliknya bukan lagi biasa-biasa, ia sudah diperkasakan dengan komponen berprestasi sekaligus melonjakkan kuasanya ke peringkat lebih tinggi. Proton Saga tetap menjadi pilihan hati kerana ia dikhabarkan mempunyai nilai sentimental terhadap dirinya.

PRESTASI:

Dikuasakan unit enjin dengan kod pengenalan 4G15 12V berkapasiti 1.5L, ianya tidak lagi boleh diklasifikasi seperti yang asal. Rombakan secara besar-besaran telah dilakukan terhadap enjin ini.

Komponen dalaman asal jentera ini telah diganti. Empat unit piston asal tukar kepada jenama CP jenis ‘Hi-Com’ bersaiz 76.5mm. Piston tersebut telah diikat pada batang rod R&R USA dari binaan material aluminium. Bagi meningkatkan lagi kapasiti enjin, crankshaft asal telah diganti kepada crankshaft OEM 4G18.

BACA >>> Proton Satria GTI Evo III – Model Legenda Sepanjang Zaman

Proton_Saga_modifikasi_pandulajudotcomdotmy (8)

Bahagian kepala silinder pula dirombak dengan menjalani proses ‘port n’ polish’ dalam usaha meningkatkan lagi aliran dan pergerakkan udara masuk dan gas keluar. Bahagian tersebut telah diisi oleh aci sesondol berdurasi tinggi 321/316 darjah jenama Tighe.

Tidak cukup dengan itu, valve spring asal diganti dengan buatan RPW. Manakala retainernya pula adalah dari binaan titanium jenama Trick. Bahagian kepala silinder dan blok enjin telah dicantum dan diselitkan oleh sekeping metal gasket berukuran 0.5mm dan diikat menggunakan stud ARP.

Sistem ambilan enjin pula, ianya telah dipertingkatkan menerusi gantian intake manifold Edelbrock Performance X dan disambung bersama throttle body milik B18CR berukuran 62mm.

BACA >>> Amaran! Jangan Berani Cabar Proton Satria Ini…

Beralih ke kotak transmisi, ia mendapatkan khidmat FSM211VRAC dilengkapi dengan final drive 4.9 Straight Cut buatan Matspeed. Untuk sokongan, sistem klac dan flywheel juga dipertingkatkan menerusi klac Exedy Race Clutch Cover, Triniti Clutch Plate dan Lightweight Flywheel.

Kawalan dan mutu pemanduan turut dinaiktaraf dengan kerjasama TiTan Absober. Tidak cukup dengan itu, bush asal diganti kepada lebih tahan lasak dari SuperPro meliputi Lower Arm Bush, Steering Rack Bush dan Antiroll Bar Bush.

Proton_Saga_modifikasi_pandulajudotcomdotmy (2)

LUARAN:

Gaya penampilan pula dipadankan menerusi set rim J-Speed Style berukuran 15 inci dibaluti dengan tayar Toyo T1R. Disebalik rim tersebut tersembunyi brek dinaiktraf dari model GSR OEM. Pelapik brek yang digunakan adalah dari Endless.

Lagi penting, walaupun ‘lama’ tetapi masih ada ‘nilai’ di mata ramai orang.

FOTO Kenny Yeoh

SPESIFIKASI:

Proton Saga 4G15

MODIFIKASI ENJIN 4G15 12V, CP Hi-Com Piston 76.5mm Custom Drax, R&R USA Aluminium Connecting Rod, OEM 4g18 Crankshaft, King Engine Bearing, Tighe Camshaft 321/316 Degree, RPW Valve Spring, Trick Titanium Retainer, Blueprint & Balanced, MVV (Mitsubishi Vertical Vortex) Cylinder Head, Head Ported by Valve Guide, Supertech valce Seal, 0.5mm Metal Gasket, ARP2000 Head Stud, Edelbrock Performance X Intake Manifold, B18CR 62mm Throttle body, Work campulley, Denso coil on plug, 4-1 header by MF Exhaust Works dengan BURNS Stainless steel Merge Collector & Megaphone, Bpi Velocity Stacks, Moroso oil catch tank, Mishimoto Reservoir Tank, Frontline Fabrication Cam Sensor Cover, NGK Spark Plug BCPR7ES, Motul 300V 0W Engine Oil.

TRANSMISI FSM211VRAC Gearbox, 4.9 Matspeed Straight Cut Final Drive, Stock Ratio, Exedy Race Clutch Cover & Triniti Clutch Plate, Lightweight Flywheel, ARP Flywheel Bolt, C11 Wagon drive Shaft dengan Hanger, RaceTech Smooth Shift Bushing, raceetch Shifter WorX Bushing, Raceline Shockproof gear Oil.

LUARAN & DALAMAN Original Aerokit Front Bodykit, Recaro SPG, Momo Race Steering, Momo Corse Pedal.

KREDIT DraX Tuning Innovations, MF Exhaust Works, Coated by Dynatech, Pitworks Puchong, Fatboy Racing, 3E Booster, BSP Motorsports, PokJu Spray, Millenium Motorsports, ferlin TuneUp, MOB Design, Reka Malaya, 4G1series, Saga Iswara Club

GALERI

bikin proton saga Drax Modifikasi modifikasi proton saga\ Proton Saga proton saga lama proton saga power TOYO Tuner
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit BULLDOG STYLE Untuk Honda Super-ONE

    15/04/2026

    3 Comments

    1. carlson carl on 20/10/2019 20:10

      wayering apa di pakai nhe??ada kah mac wayering orieginal mmc??

      Reply
    2. kacon on 21/01/2020 23:42

      apa jenis btry yg kmu pakai??

      Reply
    3. chuan on 20/10/2020 08:55

      saya kenal baik dengan owner saga drag nih. beliau juga memiliki sebuah saga time attack. luar standart dalam racing spec

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.