Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800
Roda4

Proton S70 2026 dengan Enjin 4-Silinder Kini di Pasaran, Harga Mula RM73,800

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam13/02/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton S70 2026 rasmi dilancarkan

SEDAN sportife Malaysia jenama tempatan, Proton S70 2026 rasmi dilancarkan dengan enjin diperbaharui untuk output kuasa dan pecutan lebih bertenaga pada harga bermula RM73,800.

Sedan segmen-C itu dibangunkan untuk memenuhi jangkaan golongan profesional muda dan keluarga moden yang mahukan keseimbangan antara prestasi, teknologi dan nilai pemilikan jangka panjang.

Berteraskan falsafah ‘Intelligence that Evolves’, Proton S70 2026 menampilkan penambahbaikan menyeluruh meliputi prestasi, ketersambungan, gaya dan keselamatan.

Sejak diperkenalkan, lebih 38,000 unit terjual, sekali gus membuktikan penerimaan kukuh dalam kalangan pembeli kereta pertama dan pelanggan yang mahu menaik taraf kenderaan.

Empat Varian, Harga Mula RM73,800

Proton S70 2026 rasmi dilancarkan

Proton S70 2026 ditawarkan dalam empat varian pada harga berikut:

  • Executive – RM73,800
  • Premium –RM79,800
  • Flagship – RM89,800
  • Flagship X – RM94,800

* Harga atas jalan tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia. Bagi Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), harga bermula RM75,800 sehingga RM96,800 bergantung varian.

Selepas rebat pelancaran RM5,000 untuk 2,000 pelanggan pertama yang mendaftar sebelum 31 Mac 2026, harga bermula serendah RM68,800!

Enjin Baharu, Lebih Berkuasa

Proton S70 2026 dikuasakan enjin 4-silinder 1.5L i-GT turbo yang dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan. Gabungan itu menghasilkan ooutput kuasa 181ps dan tork 290Nm, dengan pecutan 0 – 100kmj sepantas 7.5 saat.

Kecekapan bahan api pula mencatatkan 5.7 liter per 100km. Talaan baharu turut memastikan anjakan gear lebih lancar, respons lebih yakin dan kos operasi lebih rendah untuk kegunaan harian.

Talaan Casis, ESC Dipertingkat

Dibangunkan bersama rakan global Geely, sistem pacuan Proton S70 2026 menggunakan teknologi turbo inersia rendah dengan pengurangan geseran dan getaran bagi meningkatkan prestasi serta tahap NVH. Hasilnya, enjin terasa lebih halus tanpa mengorbankan kuasa.

Talaan ‘ride and handling’ daripada jurutera Proton, dengan ciri Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dipertingkat dan pilihan mod pandu memberikan karakter pemanduan yang stabil dan menyeronokkan sama ada di bandar atau lebuh raya.

Rekabentuk Luaran Lebih Sporty, Premium

Proton S70 2026
Proton S70 2026

Dari segi gaya, Proton S70 2026 menerima kemas kini rekaan lampu depan baharu, rim aloi 17 inci baharu dan lampu belakang LED bar penuh dengan efek cahaya berirama. Varian tertinggi turut menerima kit badan baharu sebagai ciri standard.

Dalam kabin, tema hitam moden digabungkan material lebih halus, suis tingkap iluminasi dengan kemasan perak, dan sentuhan dalaman yang lebih berorientasi prestasi. Ruang kabin kekal luas dengan ergonomik dioptimum untuk keselesaan perjalanan jauh.

Apple CarPlay, Android Auto Wayarles

Aspek konektiviti menjadi antara tarikan utama Proton S70 2026 menerusi unit infotainment apung 12.3 inci dengan resolusi definisi tinggi penuh (Full HD) yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto wayarles untuk integrasi telefon pintar lebih mudah.

Turut disertakan sistem arahan suara ‘Hi Proton‘, lima port USB termasuk Type-C, pengecas wayarles dan sambungan data dalam kereta.

ADAS Tahap 2 dengan 13 Ciri Keselamatan Pintar

Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Proton S70 2026

Aspek keselamatan turut dipertingkat menerusi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Tahap 2, terdiridaripada 13 ciri, seperti Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Jelajah Pintar dan Adaptif  (ACC dan ICC), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Tukar Porong (LCA).

Selain itu, ada juga Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Kawalan Suluh Tinggi Pintar (IHBC), kamera 360º dengan paparan 3D, dan Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS).

Gabungan sistem keselamatan aktif dan pasif itu menjadikan Proton S70 2026 sesuai menjadi sedan famili yang selamat untuk seisi keluarga.

Pakej Pro-Warranty, Pro-Connect dan Tawaran Pelancaran

Proton S70 2026
Proton S70 2026

Setiap pembelian didatangkan dengan pakej berikut:

  • Pro-Warranty: Waranti lima [5] tahun tanpa had perbatuan dan enam [6] kali caj buruh percuma
  • Pro-Connect: Pakej data lima [5] tahun dengan 2GB sebulan untuk akses konektiviti
  • Pro-Finance: Pembiayaan sehingga sembilan [9] tahun bermula kadar faedah 2.25 peratus setahun
  • Pro-Xchange: Sokongan RM4,000 untuk pelupusan kenderaan lama
  • Pro-Shield: Perlindungan bencana khas dan bantuan banjir sehingga RM2,000

Sokongan Selepas Jualan Diperkukuh

Proton S70 2026
Proton S70 2026

Bagi meningkatkan pengalaman pemilikan, Proton menawarkan perkhidmatan servis pantas Fast Service untuk penyelenggaraan asas berjadual dengan masa menunggu lebih singkat kepada pelanggan yang membuat tempahan awal.

Selain itu, perkhidmatan 1-Day Service Delivery memastikan kenderaan dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam untuk kerja tertentu.

Jika baik pulih melebihi tiga hari bekerja, pelanggan akan dibrikan kereta gantian dan satu servis percuma sekali sahaja, termasuk alat ganti dan buruh.

Dengan pakej lengkap meliputi prestasi, teknologi, keselamatan serta sokongan selepas jualan, Proton S70 2026 tampil sebagai pilihan menarik dalam sedan segmen-C yang menekankan nilai, keyakinan dan pengalaman pemanduan menyeronokkan.

Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Pandu Uji Media Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pelancaran Proton S70 2026
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Proton S70 2026
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Proton S70 2026
Pandu uji Proton S70 2026 di Sepang
Auto Terkini Proton PROTON Cars Proton S70 2026 Roda4 Sedan kompak sedan segmen-C Sedan Sporti Sedan Tempatan
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Trak dan Lori

    JAC N90 Serba Baharu Rasmi Dilancar di Malaysia, Harga Bermula RM118,000

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Presiden CAKE, Mohd Yusrizal Yusof
    Auto Terkini

    Subsidi Bersasar RON95 Perlu Lebih Jelas, Elak Rakyat Keliru Status T15, T20

    14/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.