Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Persona 2016: Bertenang, Sedan Segmen-B Ini Siap Sedia Berperang!
Auto Terkini

Proton Persona 2016: Bertenang, Sedan Segmen-B Ini Siap Sedia Berperang!

Abang GYLBy Abang GYL13/08/20166 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

proton-persona-fitur-2016-bg
RASANYA banyak portal permotoran sudah menyiarkan reviu masing-masing mengenai Proton Persona 2016 hasil daripada pandu uji ekspres dilakukan di litar ujian Proton dekat Shah Alam. Rata-ratanya memberikan maklum balas positif dan anda pasti teruja bukan?

Sambil melayan maklumat demi maklumat di media sosial, apa kata kami ringkaskan lagi ciri-ciri istimewa yang dimiliki Proton Persona 2016. Nah, senarai 3 fitur utama ditampilkan Proton Persona 2016! Apa yang boleh dikatakan, sedan segmen-B Proton kali ini sudah mencapai standard global untuk bersaing dengan model-model pesaing sedia ada.

Apa lagi, bawa bertenang dan siap sedia berperang!

1. CIRI PINTAR TERKINI

  • Bantuan Pemanduan Eco
  • Masukan Tanpa Kunci
  • Sambungan Bluetooth
  • Lampu ‘Follow Me Home’
  • 2 Pengecaj USB belakang
  • Lampu Depan On-Off Auto
  • Punat Tekan-Mula

2. PRAKTIKALITI CITRA TEMPATAN

  • Enjin 1.6L VVT
  • Bukaan But Kawalan Jauh
  • Kabin Selesa
  • Sensor Keliling
  • 10 Kompartment + 7 Pemegang Cawan
  • Ruang But 510L

3. KESELAMATAN TIADA KOMPROMI

Proton Persona 2016
  • Rating 5-Bintang Asean NCAP (Semua Varian)
  • 6 Beg Udara
  • Bantuan Daki Bukit (HHA)
  • Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Bantuan Brek (BA)
  • Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) + Kawalan Traksi (TRC)
  • ISOFIX + Tambatan Atas (Top Tether)

PEMANDUAN SEKILAS UJI

Reviu ini ialah berasaskan satu sesi pandu uji yang dibuat di trek khas dalam Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam. Ini boleh dianggap bukan pandu uji lengkap kerana kami belum mengujinya di atas jalan raya sebenar, tetapi sekurang-kurangnya fill pemanduan trek yang dirasai dapat memberikan gambaran awal kepada anda mengenai potensi Proton Persona 2016.

DNA PROTON

Seperti yang diharapkan, tiada apa dapat dipertikaikan tentang sistem pengendalian dan suspensi Persona 2016 kerana itulah DNA Proton! Sentiasa tepat dan tajam di selekoh. Memang betul boleh mengelak kon dengan rileks saja seperti dalam klip video yang tersebar tempoh hari.

KESENYAPAN

Tahap kesenyapan dalam kabin atau NVH meningkat pada paras terbaik, menyamai standard sedan segmen-B berstatus global lain. Mungkin inilah yang diuar-uarkan Proton mengenai 3-poin mounting yang disendat dalam tubuh Persona 2016. Sedan ini sudah senyap dan kami harus mengakuinya.

ENJIN

Karakter enjin lebih lancar dan senyap. Pernah dulu kami ambil hati sendiri dengan mengatakan memang sudah begitu karakter enjin Proton yang sentiasa mengaum. Tidak sangka pula menerusi enjin Persona 2016, jurutera Proton mampu mendisiplinkannya menjadi ‘budak baik’. Rasanya, inilah karakter yang dimahukan rakyat Malaysia tentang sebuah kereta segmen-B. Lancar, diam dan lincah.

KUALITI & PERSEMBAHAN

Kualiti dan persembahan Persona 2016 nyata diperkemaskan menerusi ilusi dua warna (hitam-kelabu) yang menyerlahkan fiil luas dalam kabin. Panel meter cukup identik dan tersendiri, manakala papan pemuka tampil gaya minimalis dan ergonomik yang sedap mata melihat dan tangan mencapai.

PRAKTIKALITI

Proton Persona 2016 menambah elemen praktikaliti menerusi keluasan but 510 liter. Malah, anda boleh menambah ruang simpanan dengan melipat kerusi belakang dengan ekstra nisbah kargo 60:40. Bukankah ini yang rakyat Malaysia mahukan? Luas, luas dan lebih luas…

Apa lagi yang dimahukan? Fill sekilas pandu pun sudah buat kami terdetik betapa inilah sedan segmen-B yang patut dibeli rakyat Malaysia. Proton Persona 2016 mencurahkan lebih daripada segala apa yang dimahukan pembeli kereta negara ini. Ia memang produk penuh harapan dan membanggakan!


GALERI

Proton Persona 2016
Proton Persona 2016
Proton Persona 2016
ciri Proton Perdana 2016 fitur Proton Persona 2016 Proton Proton Persona 2016 Segmen B
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

    12/06/2026

    6 Comments

    1. Bisnes Online on 13/08/2016 16:05

      tidak tahu kenapa, terasa teruja betul hendak lihat kereta persona 2016 ini betul betul depan mata

      Reply
    2. 3-point mounting on 13/08/2016 16:20

      Bkn 6-point saudara. 3-point. Sistem gantungan ‘pendulum’ dgn ‘torque rod’. Persona sblm ini menggunakan sistem gantungan 4-point.

      Reply
      • AO on 13/08/2016 20:12

        Ya, terima kasih atas teguran

        Reply
    3. Cintai bahasa malaysia on 04/09/2016 13:42

      Bahasaa apa tu…

      Reviu..fiil…

      Gunalah bahasa standard kebangsaan..lebih sedap dibaca

      Reply
      • AO on 04/09/2016 19:37

        Tuan ni mesti tak baca karya Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad. Beliau ada guna perkataan fiil dalam novel. Dan fiil memang ada dalam kamus BM ye.

        Reviu? Jangan rigid sangatlah. Menulis pun titik tiga kali. Huruf kecil besar entah ke mana. Lagi satu, ‘Bahasa Kebangsaan standard’ bukan ‘bahasa standard kebangsaan’. 😛

        Reply
    4. khairul on 15/11/2016 15:54

      dh tgk dh kat jalanraya..tgk dr blakang tiada shape langsung mcm kurus je keta ni sama spt perodua bezza..hu3 kalau ada shape sket kat bahagian tepi mcm persona lama tu mmg cun.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.