SETIAP kali model baharu dilancarkan, PROTON memang tidak pernah sunyi dengan persepsi negatif di kalangan rakyat negara ini. Terkini ialah model PROTON Perdana generasi ke-4 yang baru dilancarkan pada 14 Jun lalu. Spekulasi tercetus apabila PROTON Perdana baharu dikatakan terlalu mahal dan pantas dibandingkan harga dengan Honda Civic yang kebetulan pula dilancarkan kurang seminggu sebelum perlancaran model PROTON itu.
Perbezaan segmen antara Perdana (segmen-D) dan Civic (segmen-C) sepatutnya menjadi penentu kepada beza harga. Namun, kapasiti enjin dan saiz kedua-dua model tersebut yang tidak banyak berbeza membuatkan umum langsung membandingkannya. Malah, teknologi Civic dikatakan lebih moden dan terkini, sedangkan PROTON menggunakan teknologi lama.
Jadi, PanduLaju akan merungkaikan beberapa persoalan yang timbul mengenai polemik dan kontroversi yang tercetus. Antaranya, apakah PROTON Perdana mahal? Adilkah PROTON Perdana dibandingkan dengan Civic? Apakah rakyat Malaysia perasan ada banyak model lain selain PROTON Perdana yang termasuk dalam kategori harga mahal dengan spesifikasi rendah? Apakah PROTON Perdana berbaloi dibeli?
HARGA PERDANA LEBIH KURANG HONDA CIVIC = PERDANA MAHAL!
Jika mengambil kira perihal segmen kereta atau perbandingan epal dengan epal, sudah tentu tidak adil sekiranya Perdana dibandingkan dengan Civic. Ini kerana PROTON Perdana termasuk dalam kategori segmen-D atau saiz pertengahan (mid-size) / famili besar. Sebaliknya, Civic ialah sedan segmen-C atau kompak / famili kecil.
Secara realistik, PROTON Perdana seharusnya dibandingkan dengan model-model lain dalam segmen sama seperti Mazda6, Honda Accord atau Toyota Camry (sekadar menyebut beberapa model). Mari kita lihat jadual di bawah untuk membandingkan harga model segmen-D terkini di Malaysia dengan PROTON Perdana. Setiap harga model tersebut diambil daripada versi premium:
Berdasarkan gambar rajah di atas (diulangi: secara perbandingan segmen-D), jelas sekali harga PROTON Perdana (RM138,888) jauh lebih murah berbanding pesaing lain. Pesaing paling dekat ialah Kia Optima (RM150,888) dengan perbezaan harga RM12,000, tetapi memiliki sesaran enjin lebih kecil (2.0L) berbanding PROTON Perdana. Jika dibandingkan sedan segmen-D paling popular Malaysia (Camry, Accord dan Mazda6), jurang perbezaan harga dengan PROTON Perdana mencecah julat RM26,000-RM48,000!
APAKAH PRESTASI SETANDING?
Bagaimana pula dengan prestasi PROTON Perdana? Apakah setanding dengan pesaing lain? Berdasarkan jadual di atas, kita patut mengakui prestasi asas dimiliki PROTON Perdana adalah setanding dengan pesaing lain. Walaupun dikritik menggunakan enjin Honda lama, teknologi dipinjam PROTON itu tidaklah ketinggalan zaman. Dalam senarai di atas, kuasa kuda PROTON Perdana (178hp) berada di kedudukan ke-2 daripada 8 pesaing lain, cuma Mazda6 (185hp) lebih berkuasa. Jika dibandingkan mengikut sesaran enjin (2.4L/2.5L), PROTON Perdana mengatasi lawan lain seperti Honda Accord dan Nissan Teana.
Prestasi tork pula, PROTON Perdana berada di kedudukan ke-5 daripada 8 pesaing, manakala perbandingan sesaran enjin (2.4L/2.5L) meletakkan PROTON Perdana di kedudukan terakhir selepas Mazda6, Teana dan Accord. Tetapi, perbezaan tork antara Accord dan PROTON Perdana hanyalah 3Nm. Tidaklah terlalu signifikan!
Mengenai enjin, cuma Peugeot 508 THP menawarkan enjin turbo dan bersesaran kecil (1.6L) yang membolehkan mendapat kuasa setanding enjin 2.0L, manakala enjin PROTON Perdana, termasuk model lain kekal menggunakan enjin konvensional jenis aspirasi natural (NA).
BACA>>> 50 Foto PROTON Perdana Baharu Ini Akan Buat Anda Geram & Terliur
Dalam erti kata lain, prestasi PROTON Perdana memang setanding dengan model lawan lain masa kini. Ini fakta berasaskan data teknikal dan jangan campurkan isu lain seperti enjin 'pinjam', desain, cukai, perbandingan silang segmen dan sebagainya. Peminat automotif sejati seharusnya kekal realisitik. Kesimpulannya setakat ini, dari segi harga dan prestasi asas sesebuah model segmen-D, PROTON Perdana sebenarnya tidak kalah atau kurang pun. Malah, harga ditawarkan sangat munasabah dan berbaloi jika mengambil kira realiti harga pasaran sebenar segmen-D di Malaysia.
Bagaimana pula dengan ciri-ciri ditawarkan? Kita akan ulas dalam artikel seterusnya. 🙂
Affendi says
Harga kereta asing telah ditambah tax yang lebih tinggi daripada Perdana. Kalau disandarkan pada teknologi ianya berkongsi dengan Honda Accord. Target market untuk Perdana adalah untuk orang yang berkemampuan. Orang yang mampu tidak ada masalah untuk menambah 30k-40k untuk upgrade kepada jenama asing. Kalau kita nak bandingkan Perdana dengan kereta asing buatlah perbandingan di Thailand. Tanya pendapat orang di sana macam mana.
AO says
Perdana 2016 dibuat khas untuk pasaran Malaysia sahaja dan tidak boleh dieksport. Harap maklum.
nash says
sy sokong, kereta asing cukai tinggi, kita nak tengok perbandingan production cost, kalau nak apple to apple, keter asing pon patut cukai sama cam Proton,
Jalal says
Orang Malaysia langsung tak tahu apa itu segmen kelas...
ariff says
well said..
pengguna honda says
adakah anda tahu enjin 2.4 ivtec adalah enjin yang digunakan lebih kurang sama dengan honda accord tahun 2005. k series. sy pengguna honda dan enjin sy k series dan sy rasa harga memamng seperti tak kena.
AO says
Tahukah anda bilakah enjin Myvi diperkenalkan?
Talisman says
Tak kisahlah bila engine tu dibuat asalkan dia save minyak,perfomance bagus orang still guna jugak macam vios tu guna engine dari 1st generation lagi tapi laku gak.
shafiq says
btulkan after sales services dulu baru compare with others. benda paling menyesal dalam hidup sy adalah memiliki proton. kalau sy tau services proton mcm yg ade sekarang ni. sy tak akan beli proton. cube put on customer shoes dan pakai sendiri kereta proton. rasekan kalau jadi customer mcm mane?? kereta rosak dan ade ape2 yg x tau. pergi tnye service center. dan raselah layanan staff anda sendiri. rase lah jadi pin ball mcm mane. bdk service ckp. oo ni kne tnye bdk sales. kite xde barang. bdk sales ckp ooo. hntr je kt tmpt service mereka akan baiki. macam haram. so semua pengguna proton bg advise yg same pd family. jgn la beli proton. because of this. sebagai rakyat malaysia sy sedih tgk proton. tapi inilah kenyataan yg harus diterima.
AO says
Ya, kami memang ada sentuh isu after sales services. Boleh baca di sini >>> https://pandulaju.com.my/apa-perlu-proton-buat-untuk-pulih-daripada-servis-lepas-jualan-sucks/
Ini perbandingan harga dan spec secara realistik..
Mal78 says
Saya pon nyesal bli Proton..pintu ssah ttup 4x pg Sc Pdg Mdin x slsai2..Lmpu Cvt asyik mnyala x slsai lg..ni bru kna 2x yg trbru..msuk gear reverse enjin mengerang rpm smpi 3k tp kete x gerak..Sya pkai Saga Plus..salesman pon mcm tahi..lps tgn..sc oklaa skit
Halim says
Saya juga menghadapi masalah lampu cvt untuk saga flx plus...tapi sedang timbang juga untuk beli perdana walaupun kurang yakin dengan after sales service
melvin chang says
Dari hari pertama sehingga hari ini(7 tahun) , proton service centre tak boleh selesaikan masalah kereta proton persona saya. Customer service proton sila hubungi saya jika terbaca komen saya disini. Terima kasih
amir says
Jaguar S-Type saya pun tak bleh diselesaikan oleh Jaguar service centre.
Malaysia Official 1 says
Proton Perdana diambil dari teknologi honda accord generasi ke 8 (dilancarkan di Malaysia pada 2008).
Honda accord generasi ke 9 dilancarkan pada Oct 2013 dgn teknologi baru Earth Dream Technology dan bermacam2 pernambahbaikan dari model sebelum.
Jadi kalau nak membandingkan Proton Perdana (Accord gen 8) dgn Honda Accord gen 9 adalah tidak bertepatan.
138k vs 178k (Perdana murah 40k).
Katakanlah, Honda Malaysia masih lagi menjual Accord gen 8(kondisi baru) pada masa ini, berapa agaknya Honda akan letak harga jualan? Katakan 170k, semestinya org tidak akan membeli sbb lebih baik beli latest model.
Saya ramalkan Honda pasti akan jual sama harga dgn proton perdana 138k atau lebih murah lagi sesuai dgn status model lama dan discontinued model.
Jadi, adakah Proton Perdana 138k boleh ditakrifkan sebagai murah?
Zack says
Bagi saya PERDANA baru ni nampak sangat cun. sangat mengancam kalbu. Mmg betul lampu belakang tu sangat unik dan distinctive. Dari jauh dah boleh cam yang itu Perdana, sama macam Iriz. dari jauh dah confirm itu iriz.
Tapi……… saya SANGAT2 TERKILAN bila Perdana 2.0L tak ada ESC! Aisehmannnnnn Proton2… mmg tgh aim mungkin 2-3 tahun lagi boleh angkat 2.0L…aiyoo
Kete besar mcm Perdana takde ESC mana boleh proton… sekali OVERSTEER confirm terguling masuk parit…Proton… mana boleh mcm ni…tolonglah kesian golongan middle class mcm aku kat Malaysia ni. Nak angkat kete segment D import semuanya mahal2. Elok2 ada 2.0L ni, boleh buat camni plak.
Ko dah gah promote pasal Iriz punya safety dan itu dan ini. 5 star sana sini. ANCAP ASEANCAP itu cap ini cap. Preve dan Suprima safety mantap. dah macam Volvo of Asia. tapi kereta perdana yg mahal ni ko boleh tak letak ESC???
BERTAUBATLAH!
Satu langkah ke belakang. Tolonglah berubah!
ABG GYL says
Tahukah anda Proton tidak boleh ubah baik dari enjin, transmisi, safety, casis dan sebagainya kerana ia mempunyai perjanjian dengan pihak Honda Japan. Oleh itu, segala ciri keselamatan adalah yang asal dari Honda dan tiada sebarang perubahan boleh dilakukan. Harap ini dapat memberi penjelasan kepada pihak tuan.
Alternatif, pihak tuan boleh tunggu Perdana dengan menggunakan enjin Petronas NE01 menjelang awal 2018. Di sini, pihak Proton akan melakukan beberapa perubahan.
Xie chan says
Saya pn setuju sangat yang ini....saya pun macam tuan, igt nak angkat perdana 2.0 jer, tak mampu yang 2.4...tetiba baca xder esc. Sdgkn preve pn ada...naper buat mcm tu???
ABG GYL says
Untuk makluman, mengikut perjanjian bersama Honda Jepun, Proton tidak dibenarkan mengusik apa-apa saja berkaitan enjin, suspensi. ciri keselamatan dan banyak lagi.
Selepas tamat kontrak, kami jangka Proton akan lakukan beberapa perubahan. Mungkin akan ada perubahan pada Perdana pada 2017.
Din says
Kenapa banding dengan camry 2.0 dan bukannya 2.5