Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Catat Jualan 14,573 Unit Kenderaan Sepanjang Mac 2023
Auto Terkini

Proton Catat Jualan 14,573 Unit Kenderaan Sepanjang Mac 2023

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/04/20231 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mencatat jualan 14,573 unit kenderaan sepanjang bulan Mac lalu, melibatkan pasaran tempatan dan eksport. Jumlah itu menggambarkan kenaikan 3.8 peratus berbanding rekod jualan bulan Februari 2023.

Sepanjang tiga bulan pertama 2023 (suku pertama), Proton menjual 40,287 unit kenderaan, iaitu peningkatan sebanyak 50.9 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

PERSONA KEKAL POPULAR

Ada tiga model Proton mendominasi segmen masing-masing dengan Proton Persona kekal sebagai sedan segmen-B terlaris.

Segmen-B baru-baru ini menerima ketibaan beberapa model pesaing baharu. Tahun lalu, jualan Proton Persona terjejas disebabkan masalah komponen dan mikrocip yang menyebabkan hanya lima unit dapat dikirim kepada pelanggan pada Julai 2022.

Keadaan kembali stabil tahun ini dengan jualan Persona mencapai 2,421 unit bulan lalu, sekali gus mengekalkan status sebagai pendahulu segmen selama tiga bulan berturut-turut. Proton menjual 6,773 unit Persona sejak Januari 2023.

RAMAI PELANGGAN MINAT PROTON X50

Proton mendakwa populariti Proton X50 tidak pernah dicabar sejak pelancarannya. Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B itu  kekal sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) paling laris tempatan dengan jualan 3,414 unit, bulan lalu. Jualan terkumpul suku pertama 9,668 unit.

PROTON EXORA JADI MPV PILIHAN

Siapa sangka, Proton Exora muncul pendahulu segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) selepas mencatat jualan 426 unit sepanjang Mac 2023.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Proton menunjukkan prestasi sangat baik pada suku pertama 2023 dan kami bangga dengan pencapaian jualan lebih 40,000 unit. Bagaimanapun, kami sedar kadar jualan pada tiga bulan pertama meningkat kerana semua jenama tergesa-gesa menghantar kereta ditempah ketika insentif PENJANA.

“Tarikh akhir penghantaran 31 Mac 2023 dan ini membantu menjelaskan kenapa TIV (jumlah jualan keseluruhan ) dianggarkan sebanyak 78,000 unit bulan ini.

“Gambaran sentimen pasaran yang lebih tepat mungkin muncul akhir suku kedua, tetapi kami yakin mampu mengekalkan momentum jualan. Proton X90 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami juga akan ada tambahan pada barisan model lewat tahun ini.

“Pada masa sama, kami membuat pengumuman mengenai komitmen meluaskan barisan model Kenderaan Tenaga Baru (NEV) yang mampu membawa jenama Proton ke segmen baharu untuk pertumbuhan jualan jangka panjang.

“Ini membolehkan kami mencapai matlamat rancangan 10 tahun kami dan walaupun memakan masa lama, Proton teruja dengan peluang untuk mendahului industri automotif Malaysia ke arah menjadi hab Kenderaan Generasi Baru (NxGV).”

BACA >>> #Perbandingan: Proton X90 vs Geely Okavango, Ada Beza Ke?
BACA >>> Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi
BACA >>> #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
BACA >>> Proton Masih Pengeluar Kereta Nasional, Penuhi Kriteria Dasar Automotif Negara 2020

Auto Terkini Jualan Proton Mac 2023 Prestasi Jualan Proton Mac 2023 Proton Roda4 Roslan Abdullah
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026

    1 Comment

    1. Proton on 09/04/2023 10:19

      Terbaik Proton , semoga lebih maju jaya dan terus bersaing!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.