Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton 1 Tank Adventure Musim Kedua Kembali dengan Tawaran Hadiah Bernilai RM100k!
Auto Terkini

Proton 1 Tank Adventure Musim Kedua Kembali dengan Tawaran Hadiah Bernilai RM100k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGANJURAN PROTON 1 Tank Adventure kembali lagi buat tahun kedua bermula hari ini (14 September). Peserta yang terlibat kali ini terdiri daripada selebriti, pemilik Proton dan pengamal media yang masing-masing bakal merebut hadiah bernilai lebih RM100,000. Setiap peserta perlu melepasi tiga pusingan awal dan satu pusingan akhir dengan memandu kereta Saga, Iriz dan Persona (2019).

Jika cabaran musim pertama melibatkan kawasan sekitar Semenanjung Malaysia, saingan musim ini turut melibatkan dua pusingan di Malaysia Timur, iaitu Sabah dan Sarawak. Pusingan akhir pula lebih epik, iaitu peserta perlu memandu dari Kota Bharu ke Johor Bharu dengan isian satu tangki minyak sahaja.

Objektif utama Proton 1 Tank Adventure adalah membuktikan kecekapan penggunaan bahan api kereta baharu Proton. Setiap peserta perlu memandu kereta merentasi pelbagai keadaan jalan raya dan lalu lintas untuk mencapai tahap penjimatan bahan api yang boleh juga dilakukan pemandu lain dalam pemanduan harian mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong berkata, program seperti itu membuktikan pemanduan berhemah kereta Proton sememangnya dapat merekodkan penjimatan bahan api.

BACA >>> #PanduUji: Proton 1 Tank Adventure – Isi Penuh Saga Boleh Pergi Sejauh 650km!

“Angka-angka ini tidak diperoleh dengan perjalanan yang dirancang, tetapi mengikut keadaan pemanduan harian seperti dilalui pemilik kereta lain. Pada akhir cabaran, kami akan membuktikan barisan kereta Proton terkini mampu memberikan angka penjimatan bahan api yang membantu mengurangkan kos belanja,” katanya.

Cabaran ini turut menonjolkan penambahbaikan dilakukan Proton ke atas model-model yang dilancarkan tahun ini seperti Iriz, Persona dan Saga. Bermula sistem arahan suara ‘Hi Proton’, peningkatan kualiti, penambahan sambungan Internet dan pelbagai ciri keselamatan komprehensif untuk sebuah kereta yang berharga kurang RM40,000.

BACA >>> Perbandingan: Saga Premium vs Iriz Standard, Model Proton RM40k Manakah Paling Sesuai?

Auto Terkini CEO Proton Dr. Li Chunrong jimat minyak Proton Proton 1-Tank Adventure
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Proton eMas 7 Premium Plus Rasmi Di Malaysia โ€“ Varian Tertinggi Dengan Jarak 450km

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    15/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    15/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.