Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Promosi Haval Beri Penjimatan Sehingga RM4,000 – Memang Berbaloi!!!
Auto Terkini

Promosi Haval Beri Penjimatan Sehingga RM4,000 – Memang Berbaloi!!!

Abang GYLBy Abang GYL01/12/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

promosi haval
SEPANJANG Disember 2017, pelanggan yang membeli Haval H1 dan H2 berpeluang menikmati pelbagai promosi menarik bernilai RM4,000. Antaranya cukai jalan, insurans dan pendaftaran kenderaan secara percuma yang semua itu bernilai RM4,000.

Bukan itu saja, Go Auto, selaku pengedar rasmi kenderaan Haval, turut memasang filem penapis haba (tinted) bernilai RM1,000 secara percuma bagi setiap pembelian kenderaan Haval di pameran Motonation yang kini sedang berlangsung di PICC, Putrajaya hingga 3 Disember 2017 (Ahad).

HAVAL H1Haval Batam

Haval H1 ialah SUV segmen-B dengan enjin 4-silinder petrol 1.5L VVT MPI berkuasa 105hp pada 6,000rpm dan tork 138Nm pada 4,200rpm. Semua varian HAVAL H1 menggunakan sistem pacuan roda depan (FWD) dan didatangkan dalam transmisi AMT 6-kelajuan.

BACA >>> Komited Tawan Hati Pembeli Malaysia, HAVAL M4 Kini Dikenali HAVAL H1

Varian Haval H1 Comfort berharga RM60,017, manakala HAVAL H1 Premium, RM65,852. Kepada anda yang mahukan rekabentuk lebih sporty dan menarik, Go Auto turut menawarkan Haval H1 Elite, berharga RM72,659 yang tampil dengan ciri lampu depan halogen berserta LED, dan turut diletakkan pada lampu kabus.

Ada 6 warna pilihan, iaitu putih, perak, hitam, biru, merah dan jingga. Semua harga disebutkan adalah atas jalan tanpa insurans. Lebih menarik, semua varian Haval H1 didatangkan dengan jaminan 7 tahun tanpa had perbatuan!


HAVAL H2


Haval H2 versi pemasangan tempatan (CKD) pula ditawarkan dalam dua varian, Comfort (RM98,950) dan Premium (RM101,950). Kedua-dua varian ini menggunakan enjin petrol 1.5L VVT pengecas turbo dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, dan mampu menghasilkan kuasa 147hp pada 5,600rpm dan tork 210Nm pada 2,200-4,500rpm.

BACA >>> Haval H2 CKD Kini di Malaysia – Enjin 1.5L Turbo, Tampil 2 Warna Baharu

Rekaan luaran Haval H2 CKD dipadankan lampu halogen bersama lampu siang (DRL) LED. Profil gril dengan kemasan krom yang ternganga luas menyerlahkan lagi imej agresif dan lasak. Selain rim dan warna baharu, semua ciri lain Haval H2 CKD adalah sama seperti versi CBU.

Antaranya ialah butang tekan-mula, masukan tanpa kunci, panel meter multi fungsi dan punat kawalan di roda stereng. Ini termasuk ciri penyaman udara dual zon automatik, sistem hiburan audio dan video, kerusi pemandu elektrik 5-tetapan, dan bumbung suria boleh laras.

GALERI

haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
haval h1 2017
Haval Batam
promosi haval Malaysiapromosi haval Malaysia
haval h1 2017
haval h1 2017
promosi haval Malaysiapromosi haval Malaysia
promosi haval
enjin haval h1 enjin haval h2 Go Auto harga haval h1 Harga Haval H2 HAVAL H1 Haval H2 Haval Malaysia promosi haval promosi haval Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.