Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Projek Ekstrem Lain daripada Lain, Honda CR-V Hybrid Racer Ini Mampu Ledak 800hp!
Auto Terkini

Projek Ekstrem Lain daripada Lain, Honda CR-V Hybrid Racer Ini Mampu Ledak 800hp!

Abang HirataBy Abang Hirata03/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

APABILA sebut tentang model prestasi Honda, biasanya yang bermain di fikiran adalah pelbagai model Type R. Kali ini ada projek berbeza dan luar biasa dari Honda Amerika Syarikat (AS).

Projek dimaksudkan itu ialaj Honda CR-V Hybrid Racer dengan kuasa 800hp!

BACA >>> Honda N-BOX Jadi Kereta Terlaris Jepun, Jualan Lebih 202k Unit Sepanjang 2022!
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

Projek ini adalah hasil pasukan jurutera Honda Performance Development (HPD) dan Auto Development Center (ADC) serta pasukan pereka Divisyen Rekabentuk Auto Amerika Utara.

Setakat ini, Honda hanya berkongsi beberapa perenggan maklumat awal dan sembilan foto sebelum didedahkan secara rasmi nanti.

Kereta hibrid sepatutnya diberi perhatian pengeluar untuk dijadikan produk prestasi. Sebagai contoh, jentera Formula Satu (F1) dan Kejuaraan Rali Dunia (WRC) sudahpun menggunakan teknologi hibrid. Dari sudut itu Honda nampaknya mengambil langkah tepat.

Tetapi kenapa kenderaan utiliti sukan (SUV), bukan Civic?

Itu bukan masalah kerana SUV seperti Ford Puma turut bersaing dalam WRC. Malah, SUV premium seperti Bentley Bentayga digunakan dalam acara lumba daki gunung Pikes Peak International Hill Climb.

Lama dahulu, Nissan pernah menghasilkan Juke edisi terhad dengan enjin R35!

Di AS, selain enjin 1.5L Turbo, Honda turut melengkapi CR-V dengan trenkuasa hibrid 2.0L, dan dua motor elektrik yang menghasilkan kuasa 204hp dan tork 335Nm. Malah, Honda CR-V juga antara model Honda popular di AS dan peringkat global.

Berdasarkan foto dikongsi, projek itu bukan sekadar modifikasi biasa seperti panel badan gentian karbon, palang besi bersilang dalam kokpit dan stereng ala jentera F1. Badan kereta juga sarat dengan kit aerodinamik dari depan hingga ke belakang, dan rendah ke bumi.

Lagi ciri ekstrem, badan Honda CR-V itu boleh dibuka ke belakang! Apa yang Honda sedang buat sebenarnya?

BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> 5 Ciri Honda CR-V (2023) Serba Baharu dengan Pilihan Enjin Turbo, Hibrid

Auto Development Center (ADC) Bikin Auto Bikin Kereta Honda Honda CR-V Honda CR-V Hybrid Racer Honda Performance Development Honda Performance Development (HPD) Honda USA HPD Modifikasi
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    OMODA C7 PHEV
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    By Syafie27/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.