Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Produk Cuci, Penjagaan Kereta Baharu Armor All Extreme Shield +Ceramic Kini di Pasaran!
Aksesori

Produk Cuci, Penjagaan Kereta Baharu Armor All Extreme Shield +Ceramic Kini di Pasaran!

Han OthmanBy Han Othman26/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ARMOR All
 hari ini melancarkan produk baharu, siri Extreme Shield +Ceramic, iaitu rangkaian produk penjagaan untuk perlindungan, kilauan dan penjagaan kenderaan.

Armor All adalah sebahagian portfolio Energizer Holdings Inc, yang dilancarkan buat kali pertama di Malaysia pada 2021, tetapi sudah menjadi produk penjagaan dan perlindungan kereta sejak 1962.

Pemilik dapat memperoleh hasil penjagaan kereta premium menerusi pelbagai produk Armor All daripada penjagaan luaran, roda dan tayar, cermin depan dan kaca, hingga papan pemuka dan produk pembersihan kulit.

Produk Armor All diformulasi khas untuk membolehkan pemilik kereta mendapat hasil seperti profesional di rumah sendiri.

Tidak kira sama ada anda peminat kereta berpengalaman atau pemilik kereta kali pertama, produk Armor All® direka untuk membantu mengekalkan penampilan kereta anda dalam keadaan terbaik. Pengarah Perniagaan untuk Malaysia dan Singapura, Energizer Holdings Inc, Diana Lee berkata;

Di Armor All®, kami memahami setiap pemilik kereta mahu memastikan kereta mereka nampak terbaik.

“Menjaga kenderaan harus jadi pengalaman bermanfaat dan mudah untuk mencapai hasil profesional di rumah seperti dijanjikan slogan kami ‘dengan mudah tampak baik’.

“Kami teruja meluaskan rangkaian penawaran produk kami di Malaysia dengan siri Extreme Shield™ +Ceramic.

“Dengan tambahan terbaharu kepada keluarga Armor All® di Malaysia, pemilik kereta akan ada pelbagai pilihan produk yang memenuhi keperluan dan membolehkan mereka dapat hasil profesional.”

Produk siri Extreme Shield + Ceramic baharu dirumus dengan teknologi hidrofobik +Ceramic yang kalis kotoran atau air untuk membantu mewujudkan lapisan pelindung lut sinar dengan hasil yang tahan lama untuk kereta.

Produk tersebut turut menawarkan perlindungan daripada kotoran dan sinaran ultra-ungu (UV), untuk memastikan kereta bersih dan kesan cucian tahan lebih lama yang membantu memastikan kereta tampil terbaik dalam jangka masa lama.

Produk Extreme Shield + Ceramic Wheel Treatment and Cleaner membantu membersihkan dan menjaga dengan meninggalkan lapisan pengadang lut sinar untuk membantu roda kekal bersih lebih lama.

Extreme Shield + Ceramic Spray Coating pula membantu menyisihkan air untuk perlindungan maksimum, manakala Extreme Shield + Ceramic Car Wash membuatkan air menjadi butiran manik, sekali gus meningkatkan kilauan kereta. ]

Produk terakhir, Extreme Shield + Ceramic Glass Treatment and Cleaner memberikan sentuhan tambahan pada penampilan luaran kereta dengan menjadikan cermin depan jelas dan terang lebih lama.

Berikut harga produk Armor All Extreme Shield + Ceramic:

  • Extreme Shield + Ceramic Car Wash 520ml – RM82
  • Extreme Shield + Ceramic Glass Treatment and Cleaner 500ml – RM46.90
  • Extreme Shield + Ceramic Wheel Treatment and Cleaner 500ml – RM71.90
  • Extreme Shield + Ceramic Spray Coating 500ml – RM75

Siri Extreme Shield +Ceramic dan produk automotif Armor All lain boleh didapati di kedai-kedai utama seluruh negara seperti Ace Hardware, Aeon, Lotus’s dan banyak lagi.

Pelanggan juga boleh membeli produk tersebut di platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada. Maklumat lanjut mengenai produk premium Armor All boleh layari www.armorall.com/my atau Facebook /ArmorAllMY/.

Produk cuci kereta siri Armor All Shield Ceramic
Produk penjagaan kereta Armor All Gloss Finish Protectant
aksesori Armor All® Energizer Holdings Inc Extreme Shield™ + Ceramic Car Wash Extreme Shield™ + Ceramic Glass Treatment and Cleaner Extreme Shield™ + Ceramic Spray Coating Extreme Shield™ + Ceramic Wheel Treatment and Cleaner Extreme Shield™ +Ceramic
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Sidang Media Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 lancar
Auto Terkini

Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 Kembali Lebih Besar, Angkat Tema ‘Summer Festival – Kustom Bergaya’

16/07/2026
Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.