Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Nissan Teana (2014)
Roda4

PREVIU: Nissan Teana (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/06/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

02_Launch_All-New Teana_VIP02 All New Teana_Side_Front  05 All New Teana_Side

SELEPAS membuka tempahan dua minggu lepas, Edaran Tan Chong motor (ETCM) kini secara rasminya memperkenalkan Nissan Teana serba baharu.

Model generasi ketiga yang dipasang sepenuhnya (CKD) di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA), Serendah, Selangor itu hadir dalam tiga varian – 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE.

Sudah terjual hampir 600,000 unit di seluruh dunia sejak dilancarkan di pasaran China pada Februari tahun lalu, model sedan segmen D kini hadir dengan penampilan lebih menyerlah.

03ALLN~1

P1200461  P1200460

LUARAN – Kemas

Jika dibandingkan versi terdahulu yang tampak agak panjang dan gemuk, Teana serba baharu ini dilihat mengambil pendekatan berbeza. Persepsi orang ramai sebelum ini yang menganggap Teana sebagai kereta ‘orang tua’ sudah tidak boleh diguna pakai lagi memandangkan ia kini hadir dengan penampilan berbeza.

Walaupun tampak gemuk terutama pada bonet, bahagian depan tetap nampak kemas dengan kehadiran rekaan gril depan terbaru yang lebih lebar.

Teana dipadankan dengan pasangan lampu utama Xenon bersama lensa projektor untuk memberi pencahayaan lebih terang kepada pemandu bila memandu pada waktu malam.

Penampilan baharu yang lebih aerodinamik menyerlahkan sebagai sebuah sedan premium dan berkualiti. Garis karakter yang beralun dan tajam dari arah hadapan ke belakang mencetuskan aliran momentum dan mengurangkan daya pekali seretan.

Bagi varian 2.5XV, ia memiliki ciri tambahan menerusi kehadiran bumbung suria yang menawarkan pandangan dan cahaya semula jadi ke dalam kabin.

P1200451P1200455  04_ADAD  05_BOSE Premium Audio System  P1200447

DALAMAN – Luas Dan Selesa

Memposisikan dirinya dalam segmen D, sudah tentu ruangan kabin adalah lebih luas dan selesa. Berbanding versi sebelumnya, terdapat penambahbaikan ketara pada ruang kaki penumpang belakang.

Sama seperti menaiki penerbangan kelas pertama, Nissan Teana serba baharu dilengkapi rekaan tempat duduk “Berinspirasikan kepada Sifar Graviti” yang membantu mengurangkan beban pada otot dan tulang belakang.

Ia mampu mengurangkan keletihan jika memandu dalam tempoh yang lama. Pada masa sama memastikan pengalaman pemanduan yang selesa sepanjang perjalanan yang jauh.

Selain itu, bunyi bising turut dikurangkan secara signifikan. Ia dipadankan material yang menyerap bunyi bising, meredam getaran dan kekasaran (NVH). Bukan itu sahaja, varian 2.5XV dilengkapi Sistem Audio Premium BOSE dengan sembilan pembesar suara yang menawarkan kualiti bunyi keliling mengagumkan.

Antara ciri lain disematkan adalah Kawalan Suhu Automatik Dua Zon dengan corong pendingin hawa di belakang, Kunci Pintar (sistem kemasukan tanpa kunci) dan butang penghidup enjin.

02_All-New QR25DE Twin CVTC Engine

PRESTASI – Lebih Mantap

Aspek prestasi, varian 2.0L masih mengekalkan enjin sedia ada iaitu MR20DE dengan menawarkan kuasa maksimum sebanyak 136hp@5,600rpm dan tork 190Nm(4,400rpm).

Berlainan pula varian 2.5XV, ia menerima ‘jantung’ QR25DE baharu dibangunkan, kuasa tork pada julat rendah dan sederhana ditambahbaik dengan kebuk pembakaran serta emisi lebih efisien.

Teknologi transmisi CVTC berkembar (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di bandar, serta pecutan lebih berkuasa.

Dengan bantuan kotak gear XTRONIC CVT, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 173hp@6,000rpm dan tork 234Nm(4,000rpm). Untuk lebih tahan lasak, 70 peratus kompenen kotak gear direka semula bagi mengurangkan tahap geseran dalaman dan menjadikannya ia lebih kompak.

Berdasarkan data ujian dalaman Nissan, Teana 2.0L baharu mampu mencapai jarak 13.5km per liter manakala varian 2.5XV pula boleh bergerak sejauh 13.3km per liter.

Menyentuh aspek keselamatan, Teana hadir dengan rangkaian ciri kemudahan dan keselamatan inovatif membabitkan enam beg udara SRS, Bantuan Mula Daki (HSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dengan Bantuan Brek (BA), Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) dan Sistem Kawalan Traksi (TCS).

05_Launch _All-New Teana_w Model  07_Launch _All-New Teana_Rear_w Model

Lima pilihan warna ditampilkan, Storm Blue(biru), Tungsten Silver(perak), Diamond Black (hitam), Bronze Gold (emas) dan Brilliant White (putih).

Harga yang ditawarkan bermula RM139,800 untuk model 2.0XE, RM149,800 (2.0XL) dan RM169,900 bagi varian 2.5XV. Lebih penting, harga adalah lebih murah berbanding versi terdahulu.

Berita baik juga bagi mereka yang ingin membuat tempahan, ETCM telah bekerjasama dengan beberapa buah bank panel seperti Public Bank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Alliance Bank, RHB Bank dan Affin Bank untuk menawarkan kadar faedah serendah 2.48 peratus. Berbaloi?

P1200425  04 All New Teana_Rear

SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 2.0L

ENJIN 2.0L MR20DE
TRANSMISI XTRONIC CVT
KUASA MAKSIMUM 136hp@5,600rpm
TORK MAKSIMUM 190Nm@4,400rpm
RODA 215/60 R16
HARGA RM139,800 (XE), RM149,800 (XL)

SPESIFIKASI

NISSAN TEANA 2.5L

ENJIN 2.0L QR25DE
TRANSMISI XTRONIC CVT
KUASA MAKSIMUM 173hp@6,000rpm
TORK MAKSIMUM 234Nm@4,000rpm
RODA 215/55 R17
HARGA RM169,900 (XV)

2.0XE 2.0XL 2.5XV CKD Serendah Edaran Tan Chong Motor ETCM Nissan Teana Nissan Teana Generasi Ketiga Nissan Teana Serba Baharu
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    04/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    04/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    By Abang Hirata05/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.