Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»PREVIU: Lexus RC-350 & RC-F (2014)
Roda4

PREVIU: Lexus RC-350 & RC-F (2014)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/11/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1250076LEXUS Malaysia melancarkan dua model terbaharunya , Lexus RC-350 dan RC-F yang masing-masing dijual pada harga RM526,000 dan RM782,000 (atas jalan tidak termasuk insurans).

Hadir sebagai kenderaan coupe berprestasi tinggi Lexus, pengenalan barisan RC serba baharu ini menampilkan rekabentuk yang sarat dengan sentuhan halus dan beremosi.

P1250175Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki berkata, pihaknya berbangga dapat menawarkan kereta coupe terbaik yang ada dalam pasaran global buat rakyat Malaysia.

” RC-350 bukanlah sebuah model biasa bagi Lexus. Rekabentuk RC-350 berjaya menyuntik sentuhan emosi ke dalam DNA Lexus yang sudah sinonim dengan kualiti buatan, perincian dan ketahanan.

“ Dengan menampilkan kelengkapan dan kehalusan buatan, ia mengekalkan identiti khas Lexus melalui rekaan gril, di samping mengetengahkan ciri aerodinamik dan profil keseluruhan yang lebih kemas.

” Manakala RC-F pula menganjak jenama ini ke satu tahap baru dengan imej maskulin dan tegap, termasuk komponen gentian karbon yang digunakan,” katanya.

Menerusi pengenalan model coupe berprestasi tinggi itu, ia mampu melonjakkan profil Lexus ke tahap lebih tinggi.

P1250170P1250154    P1250177

P1250182    P1250111-001P1250167

LUARAN

Lexus RC-350 dan RC-F berjaya mencuri tumpuan dunia dengan kehadiran penampilan yang penuh identiti unik, terutama rekaan gril hadapan yang luas dan menonjol.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, kedua-dua model itu memiliki sosok badan menarik dan mantap. RC-350 dan RC-F dilengkapi lampu utama multi-LED dengan lampu siang LED (Daytime Running Lamps).

Rekaan lampu utama tampak tajam dan jelas, sekaligus mencerminkan  kompleksiti penggayaan yang menjadi taruhan utama Lexus. Bagi tampak lebih garang, RC-350 hadir bersama rim aloi bersaiz 18 inci dan 19 inci bagi varian RC-F.

DALAMAN

Disifatkan sebagai coupe 2+2 sebenar, RC-350 menawarkan keselesaan optimum bagi pemandu dan penumpang hadapan, dengan ruang yang secukupnya untuk penumpang belakang.

P1250144P1250136    P1250132

P1250150  P1250147  P1250146  P1250140

Ruang dalaman RC-350 menonjolkan keseimbangan antara sentuhan sport dan kemewahan. Tempat duduk kulit yang ada digarap menggunakan kaedah ‘foaming’ bersepadu seperti MANA ditawarkan pada model IS F-Sport 2013. Konsol tengah pula menerapkan rekaan unik Lexus yang mencerminkan kemewahan ruang kabin.

Ruang dalaman RC-F pula agak berlainan berbanding RC-350. Ia menerapkan ciri dan sentuhan sporty dan elegan yang menyerlahkan lagi imejnya sebagai jentera sport.

Aspek hiburan pula, RC-350 menampilkan sistem audia Mark Levinson Premium Surround dengan 14 pembesar suara beserta slot DVD. Manakala RC-F disematkan sistem audio Mark Levinson bersama 17 pembesar suara

PRESTASI

Menyentuh aspek prestasi, kedua-dua varian ini dipadankan dengan kotak gear transmisi automatik Sports Ptogram Direct Shift 8-kelajuan.

Bagi varian RC-350, ia dijana unit enjin DOHC V6 bersesaran 3.5L yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 312hp pada 6,400rpm dan tork puncak 378Nm (4,800rpm). Dari keadaan statik hingga 100kmj, ia hanya mengambil masa 6.3 saat dengan kelajuan maksimum 230kmj.

P1250152Manakala Lexus RC-F pula hadir dengan enjin yang lebih berkuasa dan mengagumkan. Hasil padanan enjin V8 bersesaran 5.0L, ia menghasilkan kuasa mencecah 470hp pada 7,100rpm dan tork 530Nm (4,800 hingga 5,600rpm). Dengan kelajuan maksimum 270kmj, ia hanya memerlukan 4.5 saat untuk mencapai 100kmj.

Penggunaan ‘jantung’ V8 pada RC-F merupakan enjin paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Lexus. Ia merekodkan 12 peratus lebih kuasa berbanding enjin IS-F.

Maklumat lanjut berkaitan Lexus dan promosi, anda boleh kunjungi pusat pameran berdekatan. Sehingga kini, Lexus Malaysia sudah memiliki tujuh pusat pameran iaitu di Mutiara Damansara, Pulau Pinang, Johor Bahru, Sungai Besi, Kuala Lumpur dan Kuching, dan Ipoh. Lexus Malaysia turut mengumumkan pembukaan pusat pamerannya yang kelapan di Melaka pada bulan hadapan.

Datuk Ismet Suki Lexus Malaysia Lexus RC-350 & RC-F Dilancarkan secara rasmi Lexus RC-350 dilancarkan Lexus RC-F dilancarkan Mark Levinson Premium Surround
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.