Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Isuzu D-Max Diablo – Harga Bermula RM110,000 Hingga RM116,959
Auto Terkini

PREVIU: Isuzu D-Max Diablo – Harga Bermula RM110,000 Hingga RM116,959

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/03/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

P1280099SEKIRANYA anda sedang mencari sebuah trak pikap yang ranggi, versatil dan pada masa sama jimat bahan api, pengenalan ahli keluarga baharu Isuzu D-MAx Diablo pasti menepati citarasa diinginkan.

Hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit, Isuzu D-Max Diablo edisi terhad ditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 2.5L dan 3.0L.

HARGA (atas jalan termasuk insurans):

  • Isuzu D-Max Diablo 2.5L – RM110,189.60
  • Isuzu D-Max Diablo 3.0L – RM116,959.90

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida berkata, D-MAX DIABLO menawarkan platform yang sempurna dan mengikut trend terkini yang diinginkan pengguna masa kini.

PRESTASI

D-Max Diablo ditawarkan dalam dua tawaran enjin berbeza iaitu bersesaran 2.5L dan 3.0L. Bagi varian 2.5L, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 134hp pada 3,600rpm dan tork puncak 320Nm (1,800-2,800rpm). Manakala enjin 3.0L pula menawarkan kuasa 175hp pada 3,600rpm dan tork 380Nm (1,800-2,800rpm).P1280071

LUARAN

Dari aspek luaran, ia bukan saja menampilkan rekaan lebih matang, berani dan bergaya, malah ia juga dilihat melangkaui ideologi ke satu tahap lebih jauh. Sama ada ketika berada atas jalan raya mahupun beraksi di laluan ‘Off-road’, ia tetap tampak menarik.

Berbeza dengan barisan ahli keluarga Isuzu D-MAX lain, penampilan Diablo diserlahkan menerusi kehadiran warna Cosmic Black Mica (hitam) yang tersendiri bersama pelekat Diablo. Gril, pemegang pintu, cermin, ‘roof rails’ dan bampar belakang kini didatangkan dengan kemasan warna hitam atau kelabu gelap.

P1280121P1280119Pandangan hadapan pula, logo krom Isuzu pada gril dan kemasan guard berwarna perak pada bampar hadapan menawarkan perbezaan kepada warna kenderaan trak pikap ini yang gelap. Pada waktu siang, lampu nyalaan siang (DRL) LED memancarkan cahaya agar lebih mudah dilihat.

Lebih tampak garang, ia juga menggunakan rim aloi LENSO ‘Beastly Black’ bersaiz 17 inci yang dipadankan khusus untuk gaya luaran trak pikap ini.

Selain itu, D-Max Diablo juga hadir bersama penutup D-LOC bersama ‘aero spoiler’yang menjadikan trak pikap ini tampil dengan lebih menarik dan tersendiri.

DALAMAN

Bukan saja luaran tampak menarik, kombinasi warna merah dan hitam memenuhi segenap ruangan dalaman yang menjadikan ia lebih garang.

Tempat duduk dibaluti dengan kulit Itali premium berwarna merah dan perehat tangan di bahagian tengah menjadikan ia seakan berada di dalam kenderaan sedan premium.

IMG_0248Bagi memastikan ia tampak berlainan, tempat duduk menawarkan warna kontras yang ketara bersama kemasan dalaman berwarna kelabu gelap, selain pintu dan bahagian tengah (central tunnel) berwarna hitam berkilat (piano black). Karpetnya pula disulam khas dan pemijak kaki yang diiluminasi memberikan rasa misteri sebaik sahaja anda masuk ke dalam kabinnya.

Aspek hiburan, kehadiran sistem hiburan multimedia skrin sesentuh Blaupunkt bersama kamera undur menyerikan lagi dirinya sebagai trak pikap paling versatil.

Daisuke Ishida Isuzu D-Max Diablo Isuzu D-Max Diablo 2.5L Isuzu D-Max Diablo 3.0L Isuzu D-Max Diablo Edisi terhad Isuzu Malaysia Pandu uji Isuzu D-Max Diablo
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.