• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PREVIU: Isuzu D-Max Diablo - Harga Bermula RM110,000 Hingga RM116,959

PREVIU: Isuzu D-Max Diablo - Harga Bermula RM110,000 Hingga RM116,959

March 16, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1280099SEKIRANYA anda sedang mencari sebuah trak pikap yang ranggi, versatil dan pada masa sama jimat bahan api, pengenalan ahli keluarga baharu Isuzu D-MAx Diablo pasti menepati citarasa diinginkan.

Hanya dikeluarkan sebanyak 300 unit, Isuzu D-Max Diablo edisi terhad ditawarkan dalam dua varian iaitu enjin bersesaran 2.5L dan 3.0L.

HARGA (atas jalan termasuk insurans):

  • Isuzu D-Max Diablo 2.5L - RM110,189.60
  • Isuzu D-Max Diablo 3.0L - RM116,959.90

Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida berkata, D-MAX DIABLO menawarkan platform yang sempurna dan mengikut trend terkini yang diinginkan pengguna masa kini.

PRESTASI

D-Max Diablo ditawarkan dalam dua tawaran enjin berbeza iaitu bersesaran 2.5L dan 3.0L. Bagi varian 2.5L, ia mampu menghamburkan kuasa sebanyak 134hp pada 3,600rpm dan tork puncak 320Nm (1,800-2,800rpm). Manakala enjin 3.0L pula menawarkan kuasa 175hp pada 3,600rpm dan tork 380Nm (1,800-2,800rpm).P1280071

LUARAN

Dari aspek luaran, ia bukan saja menampilkan rekaan lebih matang, berani dan bergaya, malah ia juga dilihat melangkaui ideologi ke satu tahap lebih jauh. Sama ada ketika berada atas jalan raya mahupun beraksi di laluan 'Off-road', ia tetap tampak menarik.

Berbeza dengan barisan ahli keluarga Isuzu D-MAX lain, penampilan Diablo diserlahkan menerusi kehadiran warna Cosmic Black Mica (hitam) yang tersendiri bersama pelekat Diablo. Gril, pemegang pintu, cermin, ‘roof rails’ dan bampar belakang kini didatangkan dengan kemasan warna hitam atau kelabu gelap.

P1280121P1280119Pandangan hadapan pula, logo krom Isuzu pada gril dan kemasan guard berwarna perak pada bampar hadapan menawarkan perbezaan kepada warna kenderaan trak pikap ini yang gelap. Pada waktu siang, lampu nyalaan siang (DRL) LED memancarkan cahaya agar lebih mudah dilihat.

Lebih tampak garang, ia juga menggunakan rim aloi LENSO ‘Beastly Black’ bersaiz 17 inci yang dipadankan khusus untuk gaya luaran trak pikap ini.

Selain itu, D-Max Diablo juga hadir bersama penutup D-LOC bersama ‘aero spoiler’yang menjadikan trak pikap ini tampil dengan lebih menarik dan tersendiri.

DALAMAN

Bukan saja luaran tampak menarik, kombinasi warna merah dan hitam memenuhi segenap ruangan dalaman yang menjadikan ia lebih garang.

Tempat duduk dibaluti dengan kulit Itali premium berwarna merah dan perehat tangan di bahagian tengah menjadikan ia seakan berada di dalam kenderaan sedan premium.

IMG_0248Bagi memastikan ia tampak berlainan, tempat duduk menawarkan warna kontras yang ketara bersama kemasan dalaman berwarna kelabu gelap, selain pintu dan bahagian tengah (central tunnel) berwarna hitam berkilat (piano black). Karpetnya pula disulam khas dan pemijak kaki yang diiluminasi memberikan rasa misteri sebaik sahaja anda masuk ke dalam kabinnya.

Aspek hiburan, kehadiran sistem hiburan multimedia skrin sesentuh Blaupunkt bersama kamera undur menyerikan lagi dirinya sebagai trak pikap paling versatil.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Daisuke Ishida, Isuzu D-Max Diablo, Isuzu D-Max Diablo 2.5L, Isuzu D-Max Diablo 3.0L, Isuzu D-Max Diablo Edisi terhad, Isuzu Malaysia, Pandu uji Isuzu D-Max Diablo

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my