Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso Petrol & Citroen C3 (2015)
Auto Terkini

PREVIU: Citroen Grand C4 Picasso Petrol & Citroen C3 (2015)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/03/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

GC4P (Petrol)NAZA Euro Motors, pengedar jenama Citroen di Malaysia membuka tempahan bagi dua model MPV terbaharunya, Citroen Grand C4 Picasso Petrol dan C3 yang masing-masing dijual pada anggaran harga RM183,000 serta RM105,000.

Jika anda masih ingat, Naza Euro sudah melancarkan Grand C4 Picasso Diesel iaitu model Citroen diesel pertama dibawa masuk ke pasaran tempatan pada November tahun lalu.

Mengambil masa kurang daripada lima bulan, ia kini memberikan lebih banyak pilihan buat rakyat Malaysia.

Driving ExperienceCITROEN GRAND C4 PICASSO PETROL

Tahukan anda model MPV terbaharu taruhan Citroen ini sudah memenangi pelbagai anugerah di peringkat global. Antaranya ‘Best Seven-seat People Carrier’, ‘Family Car of the Year’ dan ‘MPV of the Year’ di Anugerah Kereta tahunan UK.

Baiklah, bercerita perihal Grand C4 Picasso petrol, rekaan luaran adalah sama seperti varian diesel. Ia mengetengahkan imej mempesonakan selain memiliki ruangan kabin yang lebih luas. Dari pandangan depan, ia menampilkan rekaan baharu dengan kehadiran lampu LED 3D, membuatkan ia tampak lebih bergaya dan menawan.

Ruangan dalaman pula menjanjikan aspek keselesaan buat pemandu dan penumpang, membuatkan seakan berada di dalam kokpit penerbangan kelas pertama. Ya, model MPV tujuh tempat duduk ini dilengkapi kerusi depan elektrik dengan fungsi memori, urutan dan lumbar (bahagian bawah abdomen) untuk kerusi pemandu.

Ciri inovatif lain diperkenalkan adalah paparan dongak (head-up) berwarna di atas bilah transparen, butang penghidup tekan tanpa kunci (keyless), termasuk fungsi tutup dan buka kunci semudah menyentuh pemegang pintu. C4 turut dilengkapi sensor parkir depan dan belakang, brek parkir elektronik dan pengelap automatik.

Jika mahukan hiburan, C4 hadir dengan pelbagai ciri teknologi terkini seperti skrin sentuh tujuh inci, skrin panoramik HD 12 inci bersama sistem navigasi dan kamera undur.

Citroen C3CITROEN C3

Sejak diperkenalkan pada 2002, hampir 3juta unit sudah terjual dan menjadi antara model terlaris Citroen.

Dari pandangan luaran, C3 masih mengekalkan rekaan badan yang bulat tetapi dengan keistimewaannya yang tersendiri selain menampilkan ”Zenith Windscreen’ untuk memberikan pandangan lebih luas buat pemandu dan penumpang.

Ruangan dalaman juga cukup selesa. Bahagian simpanan barangan pula menawarkan keluasan sehingga 300L dan sesuai bagi mereka yang mahu membeli-belah.

Aspek mekanikal, C3 dijana unit enjin 1.6L VTi iaitu penggunaan ‘jantung’ sama seperti model 208 dan DS3. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear automtaik 4-kelajuan.

Bagi mereka yang mahu melihat lebih dekat lagi kedua-dua model ini, bolehlah kunjungi pusat pameran Citroen berdekatan. Sehingga kini, Naza Euro Motor memiliki enam pusat pameran Citroen. Antaranya Citroen Glenmarie di Shah Alam, Citroen Puchong, NAZA Automall di Petaling Jaya, Citroen Penang, Citroen Juru Auto City dan Citroen Johor Bahru.

Maklumat lanjut berkaitan jenama Citroen. layari www.citroen.com.my atau hubungi 1-800-222-808.

208 Citroen C3 Citroen Grand C4 Picasso Citroen Grand C4 Picasso Diesel Citroen Grand C4 Picasso Petrol Citroen Malaysia DS3 Naza Euro Motors
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mazda Roadster (MX-6) 2027 Untuk Jepun, Dapat Edisi Khas PS Baharu

    27/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    4WD Hanya untuk Off-Road? GWM Hi4 Buktikan Ciri Itu Lebih Penting untuk Pemanduan Harian

    26/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia โ€“ Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman26/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.