• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja

Porsche 911 GT3 (2022) Buka Tempahan di Malaysia, Harga RM1.8 Juta Sahaja

November 30, 2021 By Farah Leave a Comment

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SIME Darby Auto Performance (SDAP) membuka pratempahan Porsche 911 GT3 (2022) untuk pasaran Malaysia pada harga bermula RM1,766,244 selepas pengecualian cukai jualan.

Pelancaran model ini dibuat SDAP selaku pengedar rasmi jenama Porsche di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
BACA >>> Lamborghini Bikin Semula Countach LP 500, Supercar 1971 Kini Hidup Kembali

Model generasi ke-7 ini meminjam teknologi lumba bagi mendapatkan prestasi tinggi dan kesempurnaan pemanduan sama atas jalan rayua biasa atau trek. Buktinya, model baharu ini mencatatkan masa lebih pantas berbanding model terdahulu di litar Nürburgring Nordschleife, Jerman.

Berikut spesifikasi dan ciri 911 GT3b  

  • Dijana enjin 6-silinder aspirasi natural (NA) 4.0L dengan kemampuan mencapai rev hingga 9,000rpm dengan kuasa maksimum 510ps @ 8400rpm dan tork 470Nm, serta dipadankan transmisi PDK 7-kelajuan.
  • Kelajuan maksimum 320kmj yang menjadikan model ini lebih pantas berbanding 911 GT3 RS sebelum ini.

  • Pembeli boleh memilih 911 GT3 dengan transmisi manual GT 6-kelajuan atau GT3 Touring Package tanpa kos tambahan.
  • Sebagai kereta trek versi jalanan, Porsche menggunakan suspensi depan jenis double-wishbone yang kali pertama kali diambil daripada jentera lumba 911 RSR Le-Mans. Ciri suspensi itu tampil dengan corak geometri dan kalibrasi khas bagi memastikan roda melekap baik atas aspal.

  • Dari segi aerodinamik, sayap belakang dan difuser menghasilkan daya junam (downforce) 50 peratus lebih tinggi. Sayap belakang jenis boleh laras manual pula mampu meningkatkan daya junam hingga 150 peratus, sekali gus membantu pemanduan ketika mengambil selekoh pada halaju tinggi.
  • Walaupun badan dan rim seakan lebih besar (dan berat) daripada model sebelum ini, tetapi cuma 5kg lebih berat daripada 991, iaitu 1,418kg untuk manual dan, 1,435kg (PDK).

  • Ini kerana model baharu ini menggunakan kaca cermin lebih ringgan, dan bateri lebih kecil,  termasuk rim dan sistem ekzos sport yang menyumbang kepada berat lebih ringan lebih 10kg.
  • Ruang dalaman mengekalkan kabin seakan jentera lumba sebenar seperti model terdahulu dengan kluster instrumen takometer di tengah untuk paparan maklumat penting kepada pemandu.
  • Menampilkan unit infotainment skrin sentuh 10.9 inci dengan sistem Porsche Communication Management (PCM) terkini bersama navigasi atas talian, Porsche Connect Plus, dan aplikasi Porsche Track Precision yang mampu menganalisis gaya pemanduan di trek).

  • Pembeli boleh memilih 105 warna klasik menerusi progam 'Paint to Sample' untuk kepuasan pemilikan maksimum.
  • Disebabkan ermintaan tinggi terhadap modifikasi model Porsche, rangkaian Porsche Exclusive Manufaktur mengemas kini beberapa pilihan spesifik GT3 seperti bumbung dan cermin sisi gentian karbon, lampu LED Matriks, lampu belakang Exclusive, pilihan warna Guards Red atau Shark Blue untuk rim, jam Sport Chrono, dan pelbagai warna lain untuk tali keledar dan aksen.

Pratempahan 911 GT3 generasi baharu kini dibuka di semua bilik pameran Porsche seluruh negara.

BACA >>> Toyota Yaris Lakar Kejutan Catat Kedudukan Ketiga Di Sepang 1000KM Endurance
BACA >>> Langgar Spesifikasi, JPJ Boleh Saman Ikut Bahagian Cermin Gelap Sampai Maksimum RM300?

Related

282
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: kereta lumba, Kereta Sport, lumba, Porsche, Porsche 911, Porsche 911 GT3, Porsche 911 GT3 (2022), S, SDAP, Sime Darby Auto Performance (SDAP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my