Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!
Bikin Auto

#BikinKereta: Toyota Tacoma Overlanding Concept dengan Pakej Lengkap untuk Kembara!

Abang HirataBy Abang Hirata26/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KENDERAAN jenis trak pikap diterima baik di negara kita sejak sekian lama. Pikap di pasaran sekarang beraneka varian, dari model asas hingga lengkap dengan spesifikasi premium.

Di Amerika Syarikat (AS), pasaran trak pikap lebih meriah dalam pelbagai jenis dan saiz, serta ada trak pikap besar seperti Ford F-150, Nissan Titan, Dodge Ram dan Toyota Tundra.

Trak pikap saiz sederhana pula terdiri daripada Ford Ranger, Chevrolet Colorado, dan Nissan Frontier, tetapi tiada Toyota Hilux di sana.  Sebaliknya, trak pikap Tacoma ditugaskan menggantikan Hilux dan sudah memasuki generasi ketiga.

Sempena acara Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021, baru-baru ini, Toyota mempamerkan Tacoma Overlanding Concept yang dilengkapkan pelbagai aksesori untuk kembara. Trak pikap one-off itu adalah hasil kerjasama Toyota dengan Kurt Williams selaku pemilik dan pengasas Cruiser Outfitters di Utah, AS.

Trak pikap itu dibina daripada varian Tacoma SR5 yang juga varian aras mula kedua selepas varian asas Tacoma SR. Tacoma SR5 ditawarkan dalam dua sesaran enjin, 2.7L dan 3.5L V6 yang dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan pilihan pacuan dua roda (4×2) atau empat roda (4×4).

Enjin 2.7L berkuasa 159hp dan tork 244Nm, manakala versi 3.5L V6 mempunyai output 278hp dan tork 359Nm.

Spesifikasi Toyota Tacoma Overlanding Concept

Suspensi dan Pengendalian
  • Sistem suspensi boleh laras Old Man Emu (OME) BP-51 dengan penambahan tinggi sebanyak tiga inci.
  • Control arm bahagian atas suspensi depan dari OME.
  • Pegas daun (leaf spring) belakang OME Dakar.
  • Roda Icon Alloy Alpha warna gunmetal saiz 17 x 8.5 inci.
  • Tayar Goodyear Wrangler DuraTrac saiz 285/70R17.
Kelengkapan Luaran

  • Bampar depan ARB Summit Combo Bar dengan lampu kabus.
  • Bampar belakang Expedition One.
  • Skid plate Expedition One Ultra HD.
  • Pelindung (rocker protection) juga dari Expedition One.
  • Lampu depan ARB Intensity Solis.
  • Lampu LED bampar belakang ARB Rigid Radiance Scene dan lampu rak bumbung LED juga dari ARB.
Kelengkapan Lasak dan Kembara
  • Winc Warn Zeon 10-S Platinum.
  • Papan recovery Maxtrax.
  • Jek Hi-Lift.
  • Penyodok dan kapak.
  • Snorkel ARB Safari 4×4.
  • Set simpanan perkakasan Baki dan Mule MAP.
  • Laci ARB Outback Solutions dengan penyejuk ARB 63-quart Zero Dual Zone.
  • Kompresor udara berkembar ARB.
  • Khemah bumbung Yakima.

Segala kelengkapan Tacoma itu memang nampak menggiurkan, melihatnya terasa seperti hendak kemas beg dan terus mengembara! Inilah sebenarnya antara tujuan asal trak pikap dihasilkan iaitu untuk kegunaan lasak dan meredah laluan hutan.

Tiada Tacoma di sini, tetapi kita bikin Hilux pun boleh!

BACA >>> #BikinKereta: Toyota Tacozilla Tacoma Camper Sempena Tribut Kamper 70-80-an!
BACA >>> Toyota GR Supra Jarama Racetrack Edition – 90 Unit untuk Eropah Sahaja, RM313k!

Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) Toyota Toyota Tacoma Toyota Tacoma Overlanding Concept
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    HEV

    GWM Tank 300 HEV Kini Dibuka untuk Tempahan, Debut di Penang Autoshow 2026

    02/05/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Dibuka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    02/05/2026
    Auto Terkini

    Lynk & Co GT Concept Time To Shine, Tampil Anggun dan Bergaya

    01/05/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    30/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.