Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pomen ‘Ngelat’ Siapkan Wira Tukar Evo, Lepas Tular, Tiba-Tiba Ahad Ini Siap!
Auto Terkini

Pomen ‘Ngelat’ Siapkan Wira Tukar Evo, Lepas Tular, Tiba-Tiba Ahad Ini Siap!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG gadis meluahkan rasa kecewa apabila kereta Proton Wira miliknya yang dihantar ke sebuah bengkel untuk dibaiki dan naik taraf ‘dikerjakan’ hingga hampir tinggal rangka.

Klip video dimuat naik akaun TikTok milik @ain_jeman menunjukkan keretanya yang sudah dileraikan dan dibalut kanvas biru.

BACA >>>ย #ApaNakBuat: Apakah Langkah Keselamatan Perlu Pemilik Bengkel, Mekanik Patuh?
BACA >>>ย JPJ: Pemilik Bengkel Pun Boleh Kena Tindakan Kalau Setuju Ubah Suai Motosikal Pelanggan

@ain_jemanSedih lagi banyak dari marah ๐Ÿฅฒ banyak kenangan dengan kereta ni ๐Ÿฅฒ orang jb tolong ainnn pleasee ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป ##viralvideo ##fypใ‚ท ##fypageโ™ฌ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Menurut Ain, keretanya itu dihantar ke sebuah bengkel di Johor selepas mengalami masalah bateri mati ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu. Disebabkan kereta sudah berada di bengkel, dia menyatakan hasrat menaik taraf Wira tersebut kepada Evo (Mitsubishi)

Ain juga sudah menyatakan sudah membayar sebanyak RM12,000 yang dibuat secara ansuran. Bagaimanapun, apabila meminta dihantarkan gambar terkini proses baik pulih keretanya, mekanik bengkel tersebut kerap mengelak. Kata mekanik itu, dia tidak suka ambil gambar atau video kerana menganggap pelanggan tidak suka hasil kerjanya.

Mekanik itu juga kerap mengelak dengan memberikan pelbagai alasan apabila Ain mahu pergi ke bengkel untuk melihat keretanya.

@ain_jemanReply to @zaharulnizam1 yang tanya pasal bengkel tu.. nanti saya pergi lagi bengkel orang tu tunjuk jalan ke bengkel tu ๐Ÿ™๐Ÿป##fypage ##fyp ##tolongbantuโ™ฌ original sound – ๐ŸŒŸ

Dek curiga, gadis itu kemudian mengajak beberapa rakan ke bengkel itu dan terkejut melihat kereta dalam keadaan mengecewakan dengan semua komponen kabin dileraikan. Klip video itu tular selepas dimuat naik di media sosial dua hari lalu. Semalam, pemilik akaun @ain_jeman berkongsi perkembangan kes keretanya menerusi klip video kedua.

BACA >>>ย #ApaNakBuat: Tukar Warna Kereta? Bagaimanakah Cara Daftar JPJ?

Klip video yang memaparkan perbualan WhatsApp menunjukkan mesej yang menyatakan kereta itu boleh diambil pada Sabtu atau Ahad ini. Ini perkongsian klip kedua:

@ain_jemanAnyone tahu pasal wira? nak follow sabtu ni tengokkan kereta tak? ##fyp ##fypage ##viralโ™ฌ Super nova 9 – Kings Chapple-Wilson

Ramai netizen menyatakan simpati terhadap nasib gadis itu, dan beberapa individu menyatakan kesediaan membantunya.

Pandangan kami, apa berlaku mungkin disebabkan salah faham, dan ketidaktelusan mekanik untuk menjelaskan situasi dan proses kerja yang sedang dibuat. Apapun, semoga semua perkara antara kedua-dua pihak dapat diselesaikan dengan cara baik.

BACA >>>ย #ApaNakBuat: Mana Satu Lebih Berbaloi, Wrap atau Cat Kereta?
BACA >>>ย Belanda Perkenal Sistem Rekod Odometer Motosikal untuk Elak Pembeli Ditipu
BACA >>>ย Inilah Jawapan Balas Pemilik Axia Viral: Stereng Tiba-Tiba Locked Sebelum Saya Tekan Brek dan Terbabas!

SUMBER: TikTok

Ain_Jeman Isu Bengkel Pomen Ngelat Proton Wira Roda4 Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.