Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Tahan Lelaki Bawa Lari City di Kuantan, Tidur Tiga Jam Selepas Ceroboh Rumah
Auto Terkini

Polis Tahan Lelaki Bawa Lari City di Kuantan, Tidur Tiga Jam Selepas Ceroboh Rumah

SyafieBy Syafie06/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG lelaki yang melarikan sebuah Honda City 1.5L V dari stesen minyak di Kuantan dalam satu video tular di media sosial, baru-baru ini diberkas polis selepas dilaporkan menceroboh sebuah rumah dan tertidur tiga jam di Kampung Chinta Manis, Karak, Pahang

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahya Othman berkata, suspek lelaki tempatan berusia 40 tahun itu memecah masuk sebuah rumah dihuni sepasang suami isteri dan tiga anak sebelum bertindak mengurung mereka dalam sebuah bilik pada jam 10 malam, semalam.

Lelaki terbabit kemudian tertidur di ruang tamu sebelum pemilik rumah menghubungi polis. Dengan penahanan ini, kes tular yang berlaku pada 3 Jun lalu dapat diselesaikan.”

Honda City tinggal di pekan Karak, suspek ceroboh rumah orang

BENTONG – Suspek yang mencuri kereta di sebuah stesen minyak di Semambu, Kuantan kelmarin sempat tidur selama kira-kira dua jam selepas menceroboh sebuah rumah di Kampung Chinta Manis sebelum ditahan pihak polis pic.twitter.com/4dspxe9i58

— #UpdateInfo🇲🇾🌍 (@update11111) June 5, 2024

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai enam rekod jenayah berkaitan dadah dan jenayah.”

“Polis juga sedang menyiasat lanjut mengapa suspek menukar nombor plat kereta dan kemudian meninggalkan kereta di pasar awam Karak. Kereta itu tidak rosak, cuma terdapat kesan calar pada beberapa bahagian selepas tampalan poster dikikis suspek bagi mengelak dikesan.

Sementara itu, polis turut merampas sejumlah barang daripada lelaki itu. Berikut barangan dirampas:

  • Jam tangan Lashida.
  • Jam tangan Bonia.
  • Dua gunting.
  • Dua pisau lipat.
  • Sarung kepala.

Suspek kini direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

SUMBER: BeritaHarian

Auto Terkini Honda City 1.5L V Kampung Chinta Manis Kes curi kereta di stesen minyak Kuantan
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.