Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Polis London Uji Skuter Hidrogen – Suzuki Burgman
Roda2

Polis London Uji Skuter Hidrogen – Suzuki Burgman

Han OthmanBy Han Othman18/09/20171 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JABATAN polis London, kerap dirujuk sebagai ‘the Met’ kini sedang menguji motosikal dikuasakan hidrogen sebagai barisan kenderaan baharu pasukan keselamatan tersebut. Walaupun cuma 7 unit Suzuki Burgman diuji, ia dilihat sebagai antara inisiatif positif ke arah penggunaan kenderaan tenaga bersih.

Komander, Neil Jerome berkata, kenderaan bagi polis di Britain adalah satu keperluan. Justeru usaha ke arah menggunakan kenderaan mesra alam sentiasa menjadi keutamaan pasukan keselamatan antara terbesar di dunia itu.

BACA >>> Peronda Polis Itali Dapat Lamborghini Huracan, Turut Jadi ‘Runner’ Hantar Organ Transplan

Salah satu alasan kenapa model Suzuki Burgman menjadi pilihan the Met  ialah skuter hidrogen itu ialah kenderaan sel-bahan api pertama yang mendapat Kelulusan Jenis Kenderaan  Seluruh Eropah (ECWVTA), sekali gus membolehkan jentera dua roda itu dihasilkan secara pengeluaran massa.

PUSAT PROPULSI TERMAJU (APC)

Faktor penyenggaraan dan kos bahan api juga akan dititikberatkan dalam projek kolaboratif yang didanai Pusat Propulsi Termaju (APC), iaitu syarikat teknologi sel bahan api Britain, juga rakan teraju dengan Suzuki Great Britain (Suzuki GB) untuk ujian berkenaan.

BACA >>> Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng

Fakta juga mengesahkan Burgman mampu mengurangkan jumlah pencemaran. Apatah lagi jika mengambil kira jumlah anggota the Met seramai 30,000 orang, dan puluhan ribu kakitangan serta sukarela. Jadi, pilihan dilakukan sememangnya sudah mengambil kira keperluan pasukan keselamatan berkenaan.

Suzuki sangat berbesar hati dapat mempamerkan sel bahan api Burgman dan mendapat maklum balas berharga daripada ujian penting dengan the Met.

“Data operasi daripada ujian ini akan dikumpulkan dan digunakan untuk menyokongan program pembangunan kenderaan emisi sifar Suzuki.”

– Nobuo Suyama, Pengarah Urusan Suzuki GB

Jika ujian berjaya, the Met mungkin menggunakan Burgman untuk menggantikan skuter sedia ada yang ditunggang anggota itu masa kini.

GALERI

SUMBER: Ride Apart

motor polis motosikal polis Britain roda2 skuter Suzuki Suzuki Burgman
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Honda XR300L dan Honda XR300 Rally di India
Roda2

Honda Perkenal XR300L, XR300 Rally di India – Model Advencer Lebih Mampu Milik?

28/07/2026
Roda2

#Spyshot: BMW S1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar – Rekaan Keseluruhan Baharu

28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.