• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Peronda Polis Itali Dapat Lamborghini Huracan, Turut Jadi 'Runner' Hantar Organ Transplan

Peronda Polis Itali Dapat Lamborghini Huracan, Turut Jadi 'Runner' Hantar Organ Transplan

April 14, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETA peronda polis memang seronok ditengok dan diikuti, terutama sekali negara pengeluar supercar seperti Itali atau negara kaya petroleum di Timur Tengah. Terbaru di Rom, Itali, Automobili Lamborghini (Lamborghini) menyerahkan sebuah Lamborghini Huracan sebagai kereta peronda polis atau lebih popular dengan nama Huracán Polizia. Majlis penyerahan disampaikan Pengerusi dan Ketua Pegawai Operasi (CEO) Lamborghini, Stefano Domenicali kepada Menteri Dalam Negeri Itali, Senator Marco Minniti.

Huracan Polizia itu akan digunakan Polis Itali dalam tugasan rondaan sepanjang lebuh raya Bolognia. Lebih menarik, supercar tersebut turut digunakan untuk membawa darah dan organ transplan bagi operasi pembedahan penting.

HURACAN KEDUA

Polis peronda lebuh raya sebenarnya sudah ada sebuah lagi Huracan yang digunakan di Rom sejak 2015 dan supercar ini ialah model kedua. Majlis sama turut menyaksikan penyerahan Gallardo Polizia (2009) daripada Muzium Lamborghini Sant’Agata Bolognese kepada Muzium Automotif Kenderaan Peronda di Rom.

Sama seperti Huracán terdahulu, kereta baharu ini dibekalkan set tayar Pirelli P Zero, enjin V10 berkuasa 610hp, pacuan semua roda (AWD) dan casis diperbuat daripada campuran aluminium dan gentian karbon.

CIRI TAMBAHANHURACAN POLIZIA

  • Tablet
  • Komputer
  • Alat perakam
  • Kamera video
  • Pemadam api
  • Sarung pistol
  • Radio VHS
  • But depan dengan penyejuk khas untuk membawa organ transplan
  • Defibrilator - peranti kejutan elektrik untuk mengembalikan  denyutan jantung.

Pada tahun lalu, Polis Itali mendakwa menerima 176 panggilan dari seluruh negara membabitkan 462 unit polis peronda, dengan 111 panggilan pemindahan organ, penghantaran plasma atau darah (74), membawa serum atau vaksin (117) dan pesakit yang memerlukan bantuan (120).

Huracán Polizia 2017.01
Huracán Polizia 2017.02
Huracán Polizia 2017.03

Related

66
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Huracan Polizia, Itali, Lamborghini, Lamborghini Huracan, peronda polis, polis, Polis Itali, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev