Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng
Auto Terkini

Polis England Tahan Lelaki Memandu dengan Burung Kakak Tua Bertenggek di Stereng

Han OthmanBy Han Othman03/03/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG pemandu di daerah Kent dekat tenggara England ditahan polis pada Selasa lalu – 28 Februari – selepas didapati memandu dengan seekor burung kakak tua bertenggek di atas roda stereng keretanya. Ya, burung kakak tua!

Pemandu berusia sekitar 20-an itu memang jelas tidak dapat melihat laluan jalan raya di hadapan akibat terhalang oleh burung eksotik itu yang betul-betul bertenggek di hadapannya. Menurut polis, lelaki itu sedang dalam perjalanan mahu memulangkan burung kakak tua tersebut kepada rakannya, tetapi sengaja tidak mahu memasukkan haiwan itu ke dalam sangkar.

Today we issued a driver in his 20s with a traffic offence report for driving on the M20 J6-5 with a parrot perched on his steering wheel.

— Kent Police RPU (@kentpoliceroads) February 27, 2017

Dia kemudian ditahan pada pagi waktu puncak dan terus diberikan laporan kesalahan trafik kerana gagal memandu dengan baik. Sayangnya, tiada rakaman video sempat diambil sama ada daripada pihak polis atau pengguna jalan raya lain.

Tidak dapat dipastikan apakah yang dimaksudkan dengan laporan kesalahan trafik seperti disebut dalam kenyataan akaun Twitter pihak polis Kent. Apakah ia berbentuk kompaun, saman atau sekadar amaran lisan?

Kemudian, dalam akaun sama, pihak polis Kent turut memuat naik status berbaur kata-kata seakan puisi berserta gambar burung kakak tua sebagai merujuk kepada insiden berkenaan. Hmm, banyak masa pula polis-polis sana main Twitter. 😛

#couldntmakeitup #seenitalllnow #itsnotdeaditsresting #parrotsarenotadrivingaid pic.twitter.com/kNQlqAHtWO

— Kent Police RPU (@kentpoliceroads) February 27, 2017

SUMBER: Car Throttle

Auto Terkini burung kakak tua England kesalahan trafik memandu sambil bawa burung kakak tua polis Kent ragam pemandu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

21/07/2026
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

21/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.