Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Cekup Suspek Penunggang Foodpanda Ragut, Jual iPhone di Petaling Jaya
Auto Terkini

Polis Cekup Suspek Penunggang Foodpanda Ragut, Jual iPhone di Petaling Jaya

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize25/03/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEORANG penghantar makanan Foodpanda ditahan bersama rakan berikutan kes ragut telefon pintar jenis iPhone di sekitar Petaling Jaya.

Menurut kenyataan dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, polis menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang berumur dalam lingkungan 25 tahun pada 21 Februari lalu.

BACA >>> Nak Terus vs Nak Belok: Mat EX-5 Tersembam Bangun Nak Lempang Penunggang FoodPanda
BACA >>> Perakam Bodohkan Myvi, Tapi Netizen Cakap Abang Foodpanda Pun Salah Juga

Mangsa melaporkan iPhone miliknya diragut penghantar makanan yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC 135 berdekatan Plaza 33 di Petaling Jaya.

Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis dari cawangan D9 IPD Petaling Jaya pergi ke kawasan perumahan Jalan Gasing Indah, Petaling Jaya dan memberkas seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun.

Hasil siasatan, suspek lelaki itu mengaku terlibat dalam kes ragut tersebut, tetapi telefon dicuri itu sudahpun dijual kepada rakan penjenayah yang masih bebas.

Susulan itu, polis membuat tangkapan susulan ke atas rakan suspek, iaitu seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang dilaporkan membeli telefon mangsa. Sebuah iPhone dirampas, dipercayai milik mangsa ragut itu.

Siasatan polis mendapati suspek pertama (penunggang Foodpanda) mempunyai tiga rekod lampau berkaitan samun dan curi kenderaan, manakala suspek kedua mempunyai satu rekod lampau melibatkan dadah.

Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan dua kes ragut jalanan sekitar Petaling Jaya. Kedua-dua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah di Mahkamah Petaling Jaya dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Menurut PDRM, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dan penunggang Foodpanda itu dituduh di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan, manakala suspek kedua dijadikan saksi pendakwaan dalam kes tersebut.

BACA >>> Nak Terus vs Nak Belok: Mat EX-5 Tersembam Bangun Nak Lempang Penunggang FoodPanda
BACA >>> Penghantar Makanan Grab Food, Foodpanda Kini Ada Caruman Perkeso

Foodpanda ibu pejabat polis daerah petaling jaya iPhone Kes Ragut PDRM polis Yamaha LC 135
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026
    FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.