Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Polestar O2 – Roadster Elektrik yang Cantik dengan Dron di Belakang!
Roda4

Polestar O2 – Roadster Elektrik yang Cantik dengan Dron di Belakang!

Abang HirataBy Abang Hirata13/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLESTAR bukan lagi seperti dulu yang terlibat dalam sukan permotoran dan naik taraf kenderaan Volvo Cars. Polestar sejak 2017 ialah pengeluar kenderaan elektrik premium Sweden yang diasaskan bersama Volvo Cars dan Geely Holding.

Dari segi hubungan, Polestar mempunyai sinergi teknologi dan kejuruteraan dengan Volvo Cars selain mendapat faedah skala ekonomi. Walaupun masih muda, jenama itu sudah ditawarkan di banyak pasaran seperti Eropah, Amerika Utara, China dan Asia Pasifik.

Terbaharu, Polestar mempamerkan konvertibel konsep O2 dengan rekabentuk menawan yang dijana trenkuasa elektrik.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Volvo Masih Tuntut Hutang daripada Korea Utara Sejak 70-an?
BACA >>> Jualan Geely Binyue Cecah Lebih 800k Unit Seluruh Dunia, Tempahan X50 Lebih 87k!

REKABENTUK PENGARUH SEDAN

Rekabentuk Polestar O2 jelas mempunyai hubungan rapat dengan model konsep sedan Polestar Precept yang ditayangkan sebelum ini. Nampaknya pengeluar itu sudah ada gaya generik untuk digunakan pada model pengeluaran akan datang.

Apa boleh diulas mengenai Polestar O2?

  • Badan rendah dan lebar dengan postur menyerlah.
  • Anjur(overhang) 2+2 pendek dengan jarak roda panjang memberikan imej ala model sport klasik dengan adunan profil badan moden dan elektrik.
  • Bagi tujuan aerodinamik, roadster ini dibuat bagi memaksimumkan jarak dengan rekabentuk seperti salur (duct) bersepadu untuk menambah baik aliran udara lamina melepasi roda dan sisi kereta.
  • Lampu belakang pula berfungsi sebagai bilah angin bagi mengurangkan gelodak udara belakang kereta.

PLATFORM ALUMINIUM

  • O2 dibangunkan berasaskan platform aluminium lekatan (bonded) yang disesuaikan daripada Polestar 5 dan dibangunkan khas bahagian kajian dan pembangunan (R&D) Polestar UK.
  • Platform itu dibuat untuk memberikan respon dinamik pada aras lebih tinggi. Faktor dinamika pengendalian juga disumbang sudut olengan kecil dan redaman olengan tinggi.
  • Aluminium casis terdiri daripada pelbagai gred untuk pengalaman pemanduan mengujakan.

KOMPONEN DALAM KITAR SEMULA

  • Bahagian dalaman menggunakan bahan tunggal termoplastik, merujuk kepada penggunaan lapisan asas tunggal bagi menghasilkan pelbagai komponen.
  • Turut digunakan, poliester kitar semula, iaitu satu-satunya bahan untuk komponen lembut dalam kereta yang meringkaskan proses kitar semula dan kitaran (circular) selain mengurangkan berat dan pembaziran.
  • Gred aluminium digunakan pada casis dilabel supaya boleh dikitar semula dengan lebih berkesan dan kandungan dikekalkan.
  • Gred aluminium tinggi dikekalkan, manakala gred aluminium lain kekal dengan kepelbagaian karakteristik bagi mengurangkan penggunaan aluminium baharu.

DRON UNTUK RAKAMAN

  • Selain rekabentuk menawan dan casis aluminium, Polestar O2 menawarkan ciri menarik seperti dron yang diletakkkan belakang kerusi penumpang.
  • Dron konsep itu dibangunkan dengan kerjasama Hoco Flow, jenama elektrik Aerofugia (subsidiari Geely) yang boleh diterbangkan ketika kereta bergerak.
  • Pasukan jurutera Polestar membangunkan aerofoil khas di belakang kerusi penumpang supaya dron mampu berlepas ketika kereta sedang dipandu.
  • Dron tersebut beroperasi secara autonomi dan boleh mengekori kereta hingga kelajuan 90kmj.
  • Pemandu boleh memilih rakaman jenis atmosfera atau turutan aksi untuk visual lebih ekspresif. Selepas selesai rakaman, dron akan kembali semula ke kereta. Klip video boleh disunting dan dikongsi terus dari skrin 15 inci apabila diparkir.

TIGA MODEL BAHARU

Adakah Polestar O2 akan ditawarkan secara rasmi dengan dron di belakang? Polestar merancang melancarkan tiga model baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang bermula 2022.

Walaupun belum disahkan, tetapi setiap model baharu itu berpotensi diperkenalkan dengan idea seperti ditonjolkan pada kereta konsep.

BACA >>> Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!
BACA >>> Polestar 2 – Kereta Elektrik yang Mampu Tunda Muatan Seberat 1.5 Tan!

EV Geely Polestar Polestar 02 Polestar Precept Roda4 Volvo Cars
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
    Roda4

    Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

    28/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.