Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Kenderaan Elektrik (EV)»Polestar 5 2026 Lancar – GT Elektrik Prestasi 4-Pintu Berkuasa 880hp, Harga Mula RM511k
Kenderaan Elektrik (EV)

Polestar 5 2026 Lancar – GT Elektrik Prestasi 4-Pintu Berkuasa 880hp, Harga Mula RM511k

Abang HirataBy Abang Hirata10/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Polestar 5 GT 2026

POLESTAR secara rasmi memperkenalkan Polestar 5 2026, iaitu grand tourer (GT) elektrik prestasi 4-pintu yang lahir daripada debut model konsep Precept pada 2020 sebagai visi masa depan jenama itu.

Polestar 5 2025 kini direalisasi dalam versi model pengeluaran penuh, yang dibangunkan daripada Precept dengan perubahan minimum.

Polestar 5 2026
Polestar 5 2026

Pasukan pereka Polestar menghasilkan sebuah GT bersaiz 5 meter yang menyerlah dengan berbekalkan rekabentuk minimalis moden tanpa hiasan tidak perlu.

Inspirasi utama datang daripada dunia penerbangan yang ditonjolkan menerusi profil aerodinamik seperti sayap dan bahagian belakang gaya Kamm. Polestar 5 2026 memiliki pekali seretan (Cd) 0.24 bagi model dual-motor.

Muncung depan rendah menampilkan teknologi radar SmartZone, manakala lampu depan bilah kembar khas Polestar dilengkapi teknologi Pixel LED sebagai ciri standard. Polestar 5 dilengkapi motor belakang elektrik yang dibangunkan secara dalaman.

Dua Varian: Dual Motor, Performance

Polestar 5 2026
Polestar 5 2026

Varian Dual-Motor menghasilkan kuasa 550kW (748hp) dan tork 812Nm, dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.9 saat, manakala jarak pemanduan 670km (WLTP).

Varian Performance pula menghasilkan 650kW (884hp) dan tork 1,015Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat, manakala jarak pemanduan 565km (WLTP). Kedua-dua varian dihadkan kelajuan secara elektronik pada 250kmj sahaja.

Dalaman 4+1, Bahan Natural

Polestar 5 2026

Bahagian dalaman menampilkan konfigurasi 4+1 kerusi, yang direka dengan fokus seimbang untuk pemandu dan penumpang.

Rekabentuk kerusi depan mendapat kerjasama Recaro dengan titik pinggul rendah dan sokongan sisi baik. Kerusi belakang boleh direbah secara individu dengan kawalan penyaman udara empat zon, berserta fungsi pemanasan, pengudaran dan urutan.

Poliester MicroTech dalam Charcoal dengan aluminum guna semula
Poliester MicroTech dalam Charcoal dengan aluminum guna semula
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Charcoal dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Charcoal dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Zinc dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Zinc dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Zinc dengan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Zinc dengan deko Black Ash

Polestar 5 2026 didatangkan dalam kemasan poliester MicroTech sebagai standard atau pilihan kulit Bridge of Weir yang bebas kromium dan kebajikan haiwan terjamin.

Ruang khas bateri, dikenali sebagai garaj kaki, di belakang kerusi depan memberikan ruang kaki tambahan buat penumpang.

Polestar 5 2026 menggunakan bahan gentian natural pada seluruh ruang dalaman, termasuk tenunan khas yang dibangunkan bersama BComp. Alternatif bio berasaskan flaks itu adalah 40 peratus lebih ringan daripada plastik dan menggunakan 50 peratus kurang bahan berasaskan bahan api fosil.

Polester 5 juga menggunakan bahan kitar semula seperti Econyl untuk karpet dan PET kitar semula untuk pelapik bumbung. Posisi pemanduan sengaja dimiringkan untuk prestasi, dengan paparan kluster instrumen pemandu 9 inci yang dipasang pada kolum stereng boleh laras elektrik.

Unit infotainmen vertikal 14.5 inci Polestar 5
Unit infotainmen vertikal 14.5 inci

Unit infotainmen vertikal 14.5 inci berfungsi dengan sistem operasi (OS) Android Automotive dan dilengkapi sistem Google terbina dalam.

Sistem audio boleh dipilih antara Polestar High Performance Audio dengan 10 pembesar suara atau sistem Bowers & Wilkins dengan 21 pembesar suara berkuasa 1,680W.

Dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS)

Sensor radar dalam Polestar 5 2026

Grand tourer itu turut dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sebagai ciri penting.

SmartZone menempatkan sensor, radar, dan kamera parkir. Fungsi Bantuan Pilot (Pilot Assist) berfungsi melaraskan kelajuan dan kedudukan kereta dalam lorong pada halaju hingga 150kmj.

SmartZone Polestar 5

Secara keseluruhan, Polestar 5 2026 mempunyai 11 kamera pandang, satu kamera pemantauan pemandu, satu radar jarak pertengahan, dan 12 sensor ultrasonik.

Polestar 5 dibina berasaskan platform aluminium lekatan terawat haba (hot-cured bonded) baharu buatan khas, yang membentuk asas kepada Arkitektur Prestasi Polestar (PPA) dengan struktur ringan, tegar dan ketegaran kilasan lebih tinggi daripada kereta sport 2-kerusi.

Platform PPA Polestar 5

Bateri litium-ion NMC 112kWj (106kWj boleh digunakan daripada SK On membentuk sebahagian struktur tersebut.

Polestar 5 Performance menggunakan damper adaptif BWI MagneRide, manakala Dual Motor menggunakan damper pasif BWI.

Polestar 5 2026
Polestar 5 2026

Tayar Michelin khas melengkapkan pakej pengendalian, dan kedua-dua varian menggunakan kaliper brek 4-piston Brembo di depan.

Senibina elektrik 800V membolehkan pengecasan pantas hingga 350kW yang membolehkan bateri dicas 10-80 peratus dalam masa 22 minit. Bagi kecekapan lebih tinggi, fungsi motor belakang boleh boleh dinyah sambung.

Ciri Polestar 5

Polestar 5 2026

Prestasi, Enjin

  • Polestar 5 Dual Motor 550kW (748hp) dan tork 812Nm
  • Polestar 5 Performance 650kW (884hp) dan tork 1,015Nm
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.2 saat (Performance), dan 3.9 saat (Dual Motor)
  • Kelajuan maksimum dihadkan elektronik pada 250kmj

Bateri, Jarak Pemanduan

  • Kapasiti bateri 112kWj (106kWj boleh digunakan)
  • Jarak pemanduan (WLTP) Dual Motor 670km; dan Performance 565km
  • Masa pengecasan 10-80 peratus dalam masa 22 minit dengan pengecas DC

Rekabentuk, Luaran

  • Gaya Grand Tourer 4-pintu, panjang 5,000mm
  • Aerodinamik pekali seretan (Cd) 0.24, dengan profil seperti sayap dan ekor gaya Kamm
  • Lampu depan bilah kembar khas Polestar dengan teknologi Pixel LED
  • Bumbung kaca panoramik terbesar antara model Polestar, panjang 2,000mm panjang dan lebar 1,250mm
  • Enam warna pilihan, termasuk dua warna kusam (Storm dan Magnesium)

Dalaman, Teknologi

  • Tempat duduk kerusi 4+1 dengan pilihan kulit Bridge of Weir atau kemasan MicroTech
  • Bahan bestari dengan gentian semula jadi BCompTM, Econyl (untuk karpet) dan PET kitar semula (untuk pelapik bumbung)
  • Sistem infotainmen skrin vertikal 14.5 inci dengan sistem operasi (OS) Android Automotive dan Google terbina dalam
  • Sistem audio Bowers & Wilkins dengan 21 pembesar suara 1,680W
  • Ciri tambahan pembatalan bunyi jalan aktif, garaj kaki dan paparan dongak (HUD) 9.5 inci

Casis, Keselamatan

  • Senibina elektrik Sistem 800V untuk pengecasan pantas hingga 350kW
  • Platform Arkitektur Prestasi Polestar (PPA) berasaskan aluminium terikat/lekatan
  • Brek Brembo dengan kaliper 4-piston di depan
  • Suspensi damper adaptif BWI MagneRide (Performance); dan damper pasif BWI (Dual Motor)
  • Sistem ADAS SmartZone dengan 11 kamera pandang, satu kamera pemantauan pemandu, satu radar jarak pertengahan, dan 12 sensor ultrasonik

Harga

  • Polestar 5 Dual Motor Launch Edition – £89,500 (RM511,100)
  • Polestar 5 Performance Launch Edition – £104,900 (RM599,000)
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Polestar 5 2026
Kulit Bridge of Weir dalam Zinc dengan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Zinc dengan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Zinc dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Zinc dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Charcoal dan deko Black Ash
Kulit Bridge of Weir dalam Charcoal dengan aksen Charcoal dan deko Black Ash
Poliester MicroTech dalam Charcoal dengan aluminum guna semula
Poliester MicroTech dalam Charcoal dengan aluminum guna semula
Unit infotainmen vertikal 14.5 inci Polestar 5
Unit infotainmen vertikal 14.5 inci
Sensor radar dalam Polestar 5 2026
SmartZone Polestar 5
SmartZone Polestar 5
Casis Polestar 5
Platform PPA Polestar 5
grand tourer GT Elektrik Prestasi Kenderaan Elektrik (EV) Polestar Polestar 5 Polestar 5 2026 Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Yamaha GEAREV & NEWS GEAREV – Skuter EV Untuk Penghantaran Jarak 100 KM

    04/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    04/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Teknologi hibrid pintar Hi4 GWM
    Autotainment

    Protected: Bukan Setakat Import: Kenapa GWM Hi4 Direka Khas untuk Cuaca, Jalan Raya Malaysia?

    By Han Othman28/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.