Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Polestar 2 BST Edition 230 (2023) dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 4.4 Saat!
Roda4

Polestar 2 BST Edition 230 (2023) dengan Pecutan 0-100kmj Sepantas 4.4 Saat!

Abang HirataBy Abang Hirata15/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PADA 2022, Polestar 2 BST Edition 270 ditawarkan dalam jumlah terhad 270 unit sahaja pada harga bermula AS$76,900 (RM356,320).

Kini ada model sambungan, iaitu Polestar 2 BST Edition 230 (2023) dan seperti model terdahulu, jumlah ditawarkan sudah tertera pada nama, iaitu 230 unit sahaja.

Bagi edisi terbaharu itu, Polestar memberikan warna eksklusif Nebula (hijau) dan tekstil MicroSuede pada kerusi, manakala kemasan stereng yang sebahagiannya dibuat daripada fabrik Nubuck kitar semula.

Bahagian luaran boleh dipesan dalam warna Space (hitam) dan pilihan strip kembar dari depan ke belakang.

Semua naik taraf casis Polestar 2 BST edition 270 terdahulu kekal dengan profil badan direndahkan 25mm, suspensi Öhlins boleh laras 2-tetapan, bar strut dan spring 20 peratus lebih tegar.

Rim aloi 21 inci hitam dipadankan tayar Pirelli P Zero saiz 245/35R21 yang dibangunkan khusus untuk edisi istimewa BST.

Model ini dipertingkat daripada varian Polestar 2 Long Range Dual Motor, dan dilengkapi spesifikasi Plus Pack, Pilot Pack dan Performance Pack.

Trenkuasa elektrik menghasilkan kuasa 350kW (476hp) dan tork setinggi 680Nm, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 4.4 saat, dan kelajuan maksimum 201kmj.

Tugas membrek diserahkan kepada unit brek Brembo 4-piston dengan cakera 400mm di depan dan kaliper 1-piston dan cakera 390mm di belakang.

Semua 230 unit model elektrik prestasi itu dikeluarkan hanya untuk pasaran Polestar di Eropah dan Amerika Utara yang boleh dipesan bermula sekarang. Penghantaran dijangka bermula suku ketiga tahun ini pada harga bermula AS$80,900 (RM361,850), tidak termasuk cukai dan bayaran lain.

Spesifikasi Tambahan Polestar 2 BST Edition 230 (2023)

  • Balutan MicroSuede.
  • Rim 21 inci, tayar Pirelli P-Zero tyres 245/35 R21.
  • Profil badan direndahkan 25mm.
  • Suspensi boleh laras 2-tetapan DFV di depan dan boleh laras DFV di belakang.
  • Bar strut depan.
  • Cermin sisi hitam kilat.
  • Braket badan sama warna.
  • Warna badan Space (hitam) atau Nebula (hijau).
  • Grafik badan hitam kusam (pilihan).

BACA >>> Polestar 2 (2024) Facelift Diperkenal, Jarak Pandu Hampir 600km, Pacuan RWD!
BACA >>> Luar Biasa! 2,000 Unit Polestar 2 Ditempah dalam Masa 2 Jam Sahaja di Korea!

EV Kenderaan Elektrik (EV) Polestar Polestar 2 Polestar 2 BST edition Polestar 2 BST edition 230 Polestar 2 BST Edition 230 (2023) Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    23/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.