Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Polarity Lancar e-Basikal di India, Harga Bermula Rs38,000 (RM2.2k)
Roda2

Polarity Lancar e-Basikal di India, Harga Bermula Rs38,000 (RM2.2k)

AryonBy Aryon23/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

POLARITY Smart Bikes melancarkan enam model basikal elektrik (e-basikal) pedal untuk pasaran India yang dibahagikan kepada dua kategori: S1K, S2K dan S3K untuk barisan Sport; dan E1K, E2K dan E3K untuk barisan Executive.

Harga jualan bermula Rs38,000 (RM2,230) untuk model asas hingga 1.1 lakh (RM6,462) untuk spesifikasi premium. Pra-tempahan kini dibuka untuk keenam-enam model menerusi laman web rasmi pengeluar tersebut dengan deposit Rs1,001 (RM59), manakala proses penghantaran akan bermula pada awal 2020.

S1K
S2K
S3K
E1K
E2K
E3K

e-Basikal dijana motor hab dengan angka kuasa daripada 1-3kW yang dipadukan pek bateri litium-ion untuk jarak pemanduan 80km sekali cas, dan turut diberikan waranti 3 tahun untuk bateri.

BACA >>> Ducati MIG-RR – Basikal Gunung Elektrik dengan Tork Lebih Tinggi daripada Yamaha R6

Bateri boleh dicas penuh dalam masa empat jam menggunakan soket rumah konvensional atau dua jam menggunakan pengecas pantas yang ditawarkan sebagai opsyen tambahan. Bagaimanapun, bateri tidak boleh ditanggalkan dan ini bermakna pemilik perlu memasang stesen pengecas di lot parkir atau mengusung masuk basikal ke dalam rumah untuk dicas.

Polarity turut merancang menghasilkan bateri mudah alih yang boleh ditanggalkan daripada badan basikal

Semua enam basikal Polarity ini layak mendapat subsidi Kerajaan India di bawah skim FAME-II. Setiap model turut dilengkapkan dengan bantuan pedal supaya gaya menunggang basikal tidak nampak terlalu kekok dan pelik. Tiada pilihan dua pelana ditawarkan supaya tidak menjejaskan aspek dinamik pengendalian.

BACA >>> Harley-Davidson Beli Syarikat Basikal Elektrik Kanak-Kanak, StaCyc

Bagaimanapun, Polarity akan menguji beberapa prototaip dua kerusi dan bakal memperkenalkan model baharu pada masa depan jika mendapat cukup permintaan. Di bawah ini ialah spesifikasi untuk semua barisan e-basikal Polarity.

Seiring trend masa kini, model-model premium didatangkan dengan konsol instrumen TFT bersama fungsi Bluetooth. Polarity turut memperkenalkan aplikasi dibangunkan sendiri untuk e-basikal itu yang memaparkan maklumat tentang diagnostik kenderaan, tahap bateri, lokasi, butiran servis, dan lain-lain.

Model bukan premium juga boleh memiliki ciri sama jika sanggup menambah tunai. Aplikasi ditawarkan dapat dicari dan dimuat turun menerusi perisian Google Play dan Apple App Store. Ciri penting lain ialah lampu utama LED, dan palam USB untuk semua varian.

Pemilik aktif pula boleh memasang tongkat khas untuk dijadikan basikal senaman di rumah. Namun, apa yang perlu diketahui, e-basikal ini memerlukan lesen untuk ditunggang.

Pada fasa awal. e-basikal ini mensasarkan bandar-bandar berstatus Tier 1 dan II seperti Mumbai, Pune, Hyreabad, Kolkata, elhi, Ahmedabad, Bangalore dan Chennai. Supaya segala menjadi lebih selesa, Polarity turut merancang melakukan penghantaran ke rumah pada masa akan datang.

BACA >>> Xiaomi Perkenal Himo C20, Basikal Elektrik Bajet Rendah Harga RM1.5k Sahaja!

GALERI

SUMBER: ZigWheels

Auto Terkini basikal elektrik e-Basikal EV India Kenderaan Elektrik (EV) Polarity Smart Bikes roda2
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.