Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPP: Kereta Kabel Langkawi Dibuka Semula
Auto Terkini

PKPP: Kereta Kabel Langkawi Dibuka Semula

Han OthmanBy Han Othman21/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA kabel Langkawi
yang menjadi antara destinasi wajib kunjung di pulau bebas kunci itu kembali beroperasi selepas ditutup berikutan penularan wabak Covid-19, semalam.

Sebaik saja dibuka semalam, lebih 100 pengunjung menaiki Langkawi SkyCab yang juga antara sistem kereta kabin paling curam di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Machinchang yang setinggi 708 meter dari aras laut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr Hezri Adnan berkata, pembukaan semula Langkawi SkyCab yang ditutup selama 94 hari itu kekal dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan Kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

BACA >>> PKPP: Bas Ekspres Boleh Bawa Penumpang Penuh, Operasi Tanpa Had Masa

Beliau dalam Majlis Pembukaan Semula Langkawi SkyCab, di Langkawi semalam, berkata;

Langkawi SkyCab adalah satu produk ikonik pulau ini, pembukaan semula operasi selepas ditutup selama 94 hari amat dinanti-nantikan, Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB) turut memperkenalkan beberapa SOP pasca COVID-19 seperti memeriksa suhu badan dan menanda pita pelekat di lantai sebagai panduan jarak sosial kepada pengunjung

“Selain itu hanya empat orang dibenarkan menaiki setiap gondola berbanding muatan asal iaitu enam orang,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan DISKAUN HARGA

Dr Hezri berkata lagi, bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik di Langkawi, PLSB menawarkan pakej menarik iaitu potongan harga tiket hanya RM38 berbanding RM43 untuk dewasa dan RM28 berbanding RM39 untuk kanak-kanak.

“Pengunjung yang membeli tiket bukan sahaja dapat menaiki Langkawi SkyCab tetapi juga empat produk lain seperti SkyDome, SkyRex, 3D Art Langkawi dan SkyBridge. Tawaran ini terbuka kepada semua warga Malaysia sehingga 31 Julai ini,” katanya.

BACA >>> PKPP: Inilah 7 Aktiviti Dibenarkan 10 Jun Ini (dengan Norma Baharu)

SUMBER: Bernama

Dr Hezri Adnan Kereta Kabel Kereta Kabel Langkawi Dibuka Langkawai SkyCab Langkawi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Pelancongan Pulau Langkawi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Q7 Gen-3 Debut, Enjin V6 Diesel MHEV, 7 Tempat Duduk!

10/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

09/06/2026
Nahas Proton X50 Sungai Petani
Auto Terkini

Ralat Polis: Pemandu X50 Maut Bukan Abang, Tapi Adik Berusia 21 Tahun yang Baru Ambil Kereta

09/06/2026
Auto Terkini

Honda Civic Dengan Aksesori Mugen Baharu, Rim FS10, Performance Damper

09/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

By Shazwan Hisam04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.