Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pindaan Akta Doble Plaka Cadang Guna RFID Ganti Plat Depan Motosikal, Kurangkan Denda
Auto Terkini

Pindaan Akta Doble Plaka Cadang Guna RFID Ganti Plat Depan Motosikal, Kurangkan Denda

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKTA Republik 11235, juga dipanggil Akta Doble Plaka, yang diluluskan tiga tahun lalu menimbulkan kontroversi dengan mendapat banyak bantahan dalam kalangan komuniti motosikal di negara jiran itu.

Akta itu menetapkan penggunaan nombor pendaftaran bersaiz ‘gergasi’ di depan dan belakang motosikal supaya mudah dibaca dari jauh.

BACA >>> Akta Doble Plaka: Mahkamah Dengar Bantahan Penunggang Motosikal Filipina
BACA >>> Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

Sekiranya gagal mematuhi akta itu, penunggang boleh didenda hingga 100,000 peso (RM7,970) atau dipenjara. Bagaimanapun, disebabkan mendapat bantahan, satu usul Rang Senat (SB) difailkan untuk meminda undang-undang berkenaan.

Senator Joseph Victor ‘JV’ Ejercito memfailkan SB 159 untuk meminda RA 11235 yang menyatakan:

Frasa tunggangan bersama sudah menjadi ekspresi utama dalam laporan harian dan secara negatif menjejaskan imej komuniti yang gemar menunggang. Langkah pencegahan jenayah kurang efisien, dan penjenayah sepatutnya dihukum. Bagaimanapun, dalam proses berbuat demikian, mereka yang tidak bersalah tidak sepatutnya menderita.”

BACA >>> Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan ‘Doble Plaka’, Kritik Kompaun Mahal Sangat

CADANGAN RFID JADI PLAT DEPAN MOTOSIKAL

Antara pindaan SB 159 diusulkan adalah penggunaan kaedah Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) bagi menggantikan plat depan. Di bawah Seksyen 3, Seksyen 5 RA 11235 yang dipinda adalah seperti berikut:

Lebih besar dan nombor plat kod berwarna mudah dibaca dan pemasangan pelekat RFID – Jabatan Pengangkutan Darat (LTO) mesti mengeluarkan nombor plat mudah baca dan pelekat RFID untuk setiap motosikal. LTO dalam Pelaksanaan Peraturan dan Regulasi (IRR) akta ini, harus menentukan jenis dan saiz fon lebih besar, mudah dibaca dan nombor plat dengan kod berwarna serta pelekat RFID boleh imbas bersaiz kecil.

“Dengan syarat, kandungan nombor plat boleh dibaca dari (depan, belakang dan sisi) belakang motosikal dari jarak sekurang-kurangnya 15 meter dari motosikal.

“Dan data terkandung dalam pelekat RFID ditampal depan motosikal dan mesti boleh dibaca menggunakan pengimbas RFID.”

KURANGKAN KADAR DENDA, JEL

Antara faktor kontroversi dalam Akta Doble Plaka ialah hukuman berat dan denda tinggi. Justeru SB 159 mengusulkan pindaan perkara tersebut seperti berikut:

Seksyen 4 hingga 6 SB 159 menurunkan penalti dalam RA 11235 kepada 5,000 peso (RM400), 10,000 peso (RM800) dan Arresto Menor, atau 1 atau 30 hari penjara daripada 20,000 peso hingga 100,000 peso (RM1,600 hingga RM7,980), dan penjara hingga beberapa tahun.”

BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium
BACA >>> Tak Boleh Tunggang, Miliki Motor Jika Bukan Ahli Kelab Motosikal Diiktiraf ‘JPJ Filipina’
BACA >>> ‘JPJ Filipina’ Cadang Halaju 30kmj di Bandar Utama Seluruh Negara
BACA >>> Filipina Perkenal Semula Program Beli Nombor Plat Khas Harga Premium

SUMBER: MotoPinas

Akta Doble Plaka Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Isu Keselamatan Jalan Raya Jabatan Pengangkutan Darat (LTO) JPJ Filipina
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    29/07/2026
    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Honda Forza 750 2027 Diperkenal di Eropah, Warna Baharu Kekalkan Gaya Premium Skuter GT

    By Abang Hirata29/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.