Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Peugeot Paling Berkuasa, 508 PSE PHEV (355hp, 520Nm) Lancar di Jerman, Harga Mula RM328k
Roda4

Peugeot Paling Berkuasa, 508 PSE PHEV (355hp, 520Nm) Lancar di Jerman, Harga Mula RM328k

Han OthmanBy Han Othman27/01/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS pengenalan model konsep 508 Sport Engineered yang dibangunkan divisyen prestasi tinggi Sport Engineered (PSE) pada 2020, Peugeot rasmi melancarkan versi komersial untuk sedan segmen-D itu.

Peugeot 508 PSE PHEV (2021) ialah model komersial paling berkuasa pernah dihasilkan pengeluar automotif dari Perancis itu dengan konfigurasi enjin hibrid plug-in (PHEV) yang menghasilkan kuasa 355hp.

Di pasaran Jerman, 508 PSE PHEV dijual dalam dua versi, sedan dan wagon pada harga bermula €66,640 (RM328,170), dan €67,940 (RM334,570), yang juga lebih mahal daripada kereta sport BMW M340i xDrive yang berharga €63,000 (RM310,240).

Apa agaknya ditawarkan 508 PSE PHEV (2021) ini?

  • Dijana enjin 1.6L pengecas turbo berkuasa 197hp dan tork 300Nm dengan dua motor elektrik yang dipasangkan pada gandar depan dan belakang.
  • Keseluruhan jumlah angka kuasa dihasilkan ialah 355hp and tork setinggi 520Nm.
  • Menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan dan sistem pacuan empat roda (4WD) sepenuh masa.
  • Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.2 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
  • Bateri berkapasiti 11.5kWh mampu  dipandu dalam mod elektrik penuh sejauh kira-kira 42km.
  • Tempoh pengecasan pula mengambil masa tujuh jam untuk cas penuh, dan boleh dipendekkan kepada dua jam jika menggunakan pengecas 7kW.
  • Menampilkan kemasan luaran sporty, terdiri daripada spoiler depan, panel sisi, difuser belakang, rim aloi 20 inci, brek cakera 380mm dengan kaliper brek 4-piston prestasi tinggi di depan. Profil badan turut direndahkan untuk menambah baik kestabilan ketika memandu.

  • Ruang kabin menggunakan perincian hijau untuk menyerlahkan dan membezakan model itu dengan 508 standard. Bahagian dalaman mengekalkan rekabentuk kokpit maya i-Cockpit 3D dengan stereng sport, panel instrumen digital dan punat papan pemuka ilham pesawat.
  • Juga dilengkapkan dengan unit infotainment skrin sentuh 10 inci, paparan dongak (HUD) dan kerusi elektrik yang disepadukan dengan fungsi pemanad dan urutan.
  • Ciri keselamatan terdiri daripada kawalan jelajah adaptif (ACC), mitigasi perlanggaran automatik, amaran tukar lorong (LDW), bantuan pandangan malam (night vision) dan banyak lagi.

BACA >>> Peugeot 508 L Performance 400 THP (2021) Debut di China dengan Kuasa 208hp
BACA >>> Peugeot 508 Sport Engineered – Sentuhan Divisyen Prestasi Tinggi dari Perancis

‘Fiesta ST Xperience’ Auto Terkini Peugeot Peugeot 508 PSE PHE (2021)V Peugeot 508 PSE PHEV Roda4 Sport Engineered (PSE) Wagon
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.