Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Persidangan CITA: Puspakom Komited Fokus Kenderaan Lebih Selamat, Bersih
Auto Terkini

Persidangan CITA: Puspakom Komited Fokus Kenderaan Lebih Selamat, Bersih

Han OthmanBy Han Othman24/11/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AGENSI pemeriksaan keselamatan, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) dan lebih 30 ahli dalam Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) yang mewakili 11 negara bersidang di Kuala Lumpur bagi Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG) di Malaysia.

Persidangan itu bertujuan menekankan kepentingan usaha kolaboratif dalam menangani cabaran keselamatan jalan raya dan emisi karbon dalam skala global.

 

Presiden CITA, Gerhard Müller (foto atas kanan) berbesar hati dengan pertemuan dianjurkan di Asia itu yang menunjukkan pertumbuhan sektor automotif rantau ini. Beliau berkata;

Sektor automotif yang berkembang pesat di rantau Asia/Australasia memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pengangkutan.

“Penganjuran persidangan CITA di Malaysia ini tepat pada masa kerana menghimpunkan pakar terkemuka dalam pematuhan dan pemeriksaan kenderaan untuk saling berkongsi pengetahuan dan pengalaman, serta berdepan cabaran utama dalam aspek pemeriksaan kenderaan.”

Müller juga menekankan keperluan kesaksamaan tanpa memihak dalam penilaian pematuhan kenderaan, adaptasi teknologi kenderaan lebih pesat seperti pemanduan autonomi, dan menyelaras piawaian kenderaan baharu dan sedia ada bagi memastikan keselamatan dan pemuliharaan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman menekankan komitmen agensi itu selama tiga dekad terhadap kesaksamaan tanpa memihak dalam menjalankan pemeriksaan kenderaan secara bebas.

Asasnya, setiap hari apa dilakukan Puspakom dan ahli adalah bagi memastikan kenderaan selamat dan layak berada atas jalan raya, yang bermaksud kami sedang melindungi pengguna jalan raya di Malaysia.

“Selama hampir 30 tahun Puspakom berpegang kepada prinsip ini. Ini selari dengan misi dan tema CITA dalam persidangan ini,” katanya.

Mahmood juga membuat penambahan tentang keputusan pemeriksaan.

Pada 2022, statistik menunjukkan 20.3 peratus daripada lebih 1.4 juta kenderaan diperiksa tidak melepasi pemeriksaan berkala di Puspakom atas pelbagai sebab.

“Daripada jumlah itu, kira-kira 296,000 kenderaan dapat dihindar dari berada atas jalan raya untuk memastikan keselamatan awam.

Ini terbukti dengan kejayaan pemeriksaan – serta kepentingan – dalam mencegah potensi kemalangan yang mungkin membawa kepada kemalangan jalan raya dan kematian.”

Penekanan itu menyerlahkan dedikasi Puspakom terhadap kecemerlangan dalam perkhidmatan dengan menyaksikan peningkatan ketara dalam kecekapan dengan purata masa pemeriksaan kenderaan dikurangkan kepada 37 minit, berbanding 60 minit direkodkan beberapa tahun lalu.

Menurutnya lagi, disebabkan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) semakin meluas digunakan, prestasi itu boleh dipertingkat lagi tanpa menjejaskan kualiti pemeriksaan.

Mahmood turut berterima kasih atas peranan CITA dalam membolehkan Puspakom memperoleh pencapaian sambil mengatakan CITA aktif menyumbang kepada penggubalan piawaian pemeriksaan kenderaan jalan raya sebagai amalan terbaik peringkat global.

Auto Terkini CITA Gerhard Müller Jawatankuasa Pemeriksaan Kenderaan Bermotor Antarabangsa (CITA) Mahmood Razak Bahman Persidangan Kumpulan Penasihat Serantau CITA (RAG) PUSPAKOM PUSPAKOM Sdn Bhd
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

30/05/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

29/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie29/05/2026
HEV

Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

By Syafie20/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
Roda2

BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

By Abang Hirata25/05/2026
John Cena beli Honda Prelude
Auto Terkini

John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

By Shazwan Hisam25/05/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

By Han Othman03/08/201957
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.