Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Sedia Kongsi Teknologi, Vendor dan Fasiliti untuk Kereta Nasional Ketiga
Auto Terkini

Perodua Sedia Kongsi Teknologi, Vendor dan Fasiliti untuk Kereta Nasional Ketiga

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan DreamEDGE Sdn Bhd (DreamEDGE) dalam pembangunan kereta nasional ketiga Malaysia, termasuk berkongsi teknologi, kepakaran vendor dan fasiliti.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, buat masa ini mungkin pihak berkenaan sedang menjalankan kajian fizikal dan mencari produk terbaik yang mahu diperkenalkan di Malaysia nanti.

“Jadi secara jujur bagi Perodua apabila mereka umum tentang berita kereta nasional itu, saya perasan mereka bercakap tentang kandungan tempatan, dan memaksimumkan komponen kandungan tempatan.

“Kita ada lebih 150 vendor dan mengalu-alukan sesiapa saja yang mahu guna vendor kami, dan 40 peratus daripada jumlah itu mereka boleh hasilkan komponen sendiri kepada pelanggan berpotensi,” katanya.

BACA >>> Daihatsu Kunci Mulut Pasal Kereta Nasional Ketiga

Menurutnya, Perodua sudahpun memiliki alatan yang lengkap dan terbuka dengan persaingan kerana situasi itu akan membuatkan syarikat sentiasa berfikir selangkah ke depan.

Malah, Perodua memandang positif perkongsian daripada Daihatsu seiring keterbukaan syarikat bahawa teknologi adalah untuk semua dalam memastikan segala kebaikan dapat dinikmati semua pihak.

Beliau (Presiden Daihatsu, Soichiro Okudaira) mahu kongsi teknologi dengan orang lain. Jadi kita pun mahu ambil konsep sama, dan kenalah pastikan teknologi itu bernilai. Sebagai contoh, A.S.A suatu masa nanti tidak mustahil ada pihak lain mahu beli untuk model lain. Ini boleh terjadi kerana kita berkongsi teknologi.”

– Datuk Zainal Abidin Ahmad, CEO Perodua

Kilang Enjin Daihatsu Perodua

Buat masa ini, kapasiti pengeluaran kereta Perodua adalah sekitar 250,000 hingga 260,000 unit setahun, manakala kapasiti maksimum 320,000 unit setahun dan boleh mencecah hingga 370,000 unit. Cuma untuk pengeluaran lebih 320,000 unit, ia memerlukan pelaburan tambahan yang membabitkan kos buruh.

Pada Ogos lalu, Kerajaan mengumumkan projek kereta nasional ketiga yang akan dibangunkan DreamEDGE dengan mendapat sokongan teknologi daripada Daihatsu yang juga memiliki 20 peratus kepentingan dalam Perodua.

BACA >>> Kilang Enjin Daihatsu Perodua Bernilai RM500 Juta Dirasmikan – Mampu Hasil 216,000 Enjin Setahun

Auto Terkini Daihatsu Daihatsu Motor Co Ltd Datuk Zainal Abidin Ahmad DreamEDGE Kereta Nasional Ketiga Perodua
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.