Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Sedan Muncul Tahun Ini (2016)
Auto Terkini

Perodua Sedan Muncul Tahun Ini (2016)

Han OthmanBy Han Othman29/04/2016
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

perodua-sedan

DESAS-desus mengenai debut Perodua Sedan mula meniti di bibir peminat-peminat automobil Malaysia sejak Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada 2010 dan 2013. Pada dua acara berkenaan, Perodua menampilkan rekabentuk kereta konsep sedan, dinamakan Perodua Bezza (2010) dan Perodua Buddyz (2013) atau nama penuhnya ‘Global Model Sedan (GMS) Buddyz’. Model Buddyz, iaitu sedan kompak lima pintu  disebut-sebut bakal menjadi asas kepada pembinaan model massa yang bakal berada di pasaran tempatan kelak.

Pelbagai reaksi diterima pengunjung KLIMS 2013 mengenai Buddyz. Ada yang menyukai rekabentuknya, ada pula kurang gemar. Apapun, rekabentuk final Perodua sedan masih menjadi tanda tanya.

perodua-buddyz

Perodua Buddyz

perodua-bezza
Perodua Bezza

Namun, berdasarkan sumber risikan kami, Perodua kini sudah mengarahkan kakitangan mereka di pusat-pusat servis untuk menghadiri sesi latihan dan pembentangan produk mengenai model sedan tersebut. Setiap sesi dibuat secara berkala sehingga semua staf mendapat maklumat dan pengetahuan sepenuhnya mengenai model yang bakal dilancarkan nanti.

DESAIN SEPENUHNYA REKAAN PERODUA

Sumber yang enggan namanya didedahkan berkata, rekabentuk dalaman dan luaran sedan sulung itu mendapat sentuhan 100 peratus pereka Perodua.  Saiz ruang penumpang belakang sedikit kompak berbanding Myvi. Lebih mengejutkan, enjin yang digunakan berkapasiti 1.0L dan 1.3L, sekali gus mengetepikan jangkaan banyak pihak mengenai varian 1.5L. Mungkinkah enjin sama yang digunakan untuk model Axia (1.0L) dan Myvi (1.3L)?

Malangnya, tiada gambar bolos setakat ini. Katanya lagi, bahagian pemasangan kini sudah mula mengetatkan kemasukan kakitangan yang tiada kaitan. Kakitangan pusat servis yang hadir sesi latihan dan pembentangan turut tidak dibenarkan membawa peranti elektronik seperti kamera dan telefon bimbit. Malah, jam tangan pun diminta ditanggalkan. Lebih mendebarkan, menurutnya, dia dan kakitangan Perodua lain pun langsung tidak diberitahu mengenai anggaran harga sedan berkenaan, termasuk bilakah tarikh perlancaran. Apa yang pasti, tahun ini ia bakal dilancarkan!

Sama-samalah kita tunggu kemunculan model sedan pertama buatan Perodua. Jeng jeng jeng!

Perodua Perodua Bezza Perodua Buddyz Perodua Sedan Perodua Sedan 2016
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.