• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Sedan Muncul Tahun Ini (2016)

Perodua Sedan Muncul Tahun Ini (2016)

April 29, 2016 By Azhan O Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

perodua-sedan

DESAS-desus mengenai debut Perodua Sedan mula meniti di bibir peminat-peminat automobil Malaysia sejak Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) pada 2010 dan 2013. Pada dua acara berkenaan, Perodua menampilkan rekabentuk kereta konsep sedan, dinamakan Perodua Bezza (2010) dan Perodua Buddyz (2013) atau nama penuhnya 'Global Model Sedan (GMS) Buddyz'. Model Buddyz, iaitu sedan kompak lima pintu  disebut-sebut bakal menjadi asas kepada pembinaan model massa yang bakal berada di pasaran tempatan kelak.

Pelbagai reaksi diterima pengunjung KLIMS 2013 mengenai Buddyz. Ada yang menyukai rekabentuknya, ada pula kurang gemar. Apapun, rekabentuk final Perodua sedan masih menjadi tanda tanya.

perodua-buddyz

Perodua Buddyz

perodua-bezza
Perodua Bezza

Namun, berdasarkan sumber risikan kami, Perodua kini sudah mengarahkan kakitangan mereka di pusat-pusat servis untuk menghadiri sesi latihan dan pembentangan produk mengenai model sedan tersebut. Setiap sesi dibuat secara berkala sehingga semua staf mendapat maklumat dan pengetahuan sepenuhnya mengenai model yang bakal dilancarkan nanti.

DESAIN SEPENUHNYA REKAAN PERODUA

Sumber yang enggan namanya didedahkan berkata, rekabentuk dalaman dan luaran sedan sulung itu mendapat sentuhan 100 peratus pereka Perodua.  Saiz ruang penumpang belakang sedikit kompak berbanding Myvi. Lebih mengejutkan, enjin yang digunakan berkapasiti 1.0L dan 1.3L, sekali gus mengetepikan jangkaan banyak pihak mengenai varian 1.5L. Mungkinkah enjin sama yang digunakan untuk model Axia (1.0L) dan Myvi (1.3L)?

Malangnya, tiada gambar bolos setakat ini. Katanya lagi, bahagian pemasangan kini sudah mula mengetatkan kemasukan kakitangan yang tiada kaitan. Kakitangan pusat servis yang hadir sesi latihan dan pembentangan turut tidak dibenarkan membawa peranti elektronik seperti kamera dan telefon bimbit. Malah, jam tangan pun diminta ditanggalkan. Lebih mendebarkan, menurutnya, dia dan kakitangan Perodua lain pun langsung tidak diberitahu mengenai anggaran harga sedan berkenaan, termasuk bilakah tarikh perlancaran. Apa yang pasti, tahun ini ia bakal dilancarkan!

Sama-samalah kita tunggu kemunculan model sedan pertama buatan Perodua. Jeng jeng jeng!

Artikel Berkaitan

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Perodua, Perodua Bezza, Perodua Buddyz, Perodua Sedan, Perodua Sedan 2016

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
    Volvo Lancar EX30, SUV EV Terkecil Volvo Berharga Dari RM160K!
  • Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
    Toyota Pamer Model Konsep GR Prius di Le Mans 24 Hours
  • Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
    Peugeot Dedah i-Cockpit Generasi Baharu, Bakal Debut Dalam Peugeut 3008 (2023)
  • BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!
    BMW Dedah Prototaip Sport Tourer M 1000 XR, Mampu Capai Kelajuan 280kmj!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my