Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Pecah Rekod Sendiri, Jual Kereta Terbanyak dalam Sebulan
Auto Terkini

Perodua Pecah Rekod Sendiri, Jual Kereta Terbanyak dalam Sebulan

FarahBy Farah02/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mencatat jualan kenderaan 27,858 unit sepanjang bulan lalu (Oktober 2021), sekali gus memecahkan rekod jualan bulanan tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah pengeluar nasional itu pada Oktober 2020 (26,848 unit).

Faktor kenaikan rekod baharu sebanyak 1,010 unit  itu  dibantu peningkatan pengeluaran dan penghantaran kenderaan yang pantas kepada pelanggan. Tambahan lagi, Perodua mensasarkan menghantar sebanyak mungkin kenderaan kepada pelanggan pada suku keempat tahun ini.

BACA >>> Jualan Perodua Oktober 2020 Pecah Rekod Bulanan Tertinggi Sepanjang Sejarah
BACA >>> Jualan Perodua Naik 102 Peratus Sepanjang September, Dijangka Lebih Baik Bulan Ini

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata;

Pencapaian ini adalah komitmen kami terhadap para pelanggan dan mewakili peningkatan sebanyak 90.67 peratus daripada 14,160 unit yang dijual pada September 2021. Kami kini sedang berusaha meningkatkan lagi pengeluaran, terutama tahun ini.”

Berikut angka jualan model Perodua sepanjang bulan lalu:

  • Myvi – 8,761 unit
  • Axia – 5,973 unit
  • Bezza – 5,257 unit
  • Ativa – 3,973 unit
  • Alza – 2,553 unit
  • Aruz – 1,341 unit

Tidak hanya sekadar memecah rekod jualan, Perodua juga mengeluarkan jumlah kenderaan tertinggi pada Oktober 2021, sebanyak 29,803 unit dalam tempoh sebulan.  Pencapaian itu adalah di luar kapasiti pengeluaran, tetapi kakitangan Perodua masih mampu meningkatkan produktiviti pada tahap kualiti yang sama.

Zainal Abidin juga menyambut baik lanjutan pengecualian cukai jualan yang diumumkan Kerajaan baru-baru ini dalam usaha memulihkan ekosistem automotif.

Lanjutan pengecualian cukai jualan akan memberi manfaat kepada semua, dari pengguna hingga pengeluar komponen tulen, dan pembekal yang juga turut terjejas akibat kekurangan bekalan semikonduktor peringkat global,” katanya.

Pada masa sama, beliau menyatakan Perodua akan terus menghasilkan dan mendaftar sebanyak mungkin kenderaan pada masa akan datang bagi membuktikan komiten kepada pelanggan.

Logo Perodua

Perodua mencatatkan jualan 146,951 unit sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, iaitu 14.5 peratus di bawah 171,861 yang didaftarkan tempoh sama pada 2020.

Perodua juga baru-baru ini mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Book of Records atas pencapaian hasil jualan tertinggin pada bulan Oktober 2021.

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad hasil jualan perodua Jualan Perodua Oktober 2021 Malaysian Book of Records Myvi Perodua TIV Perodua Oktober 2021
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    22/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.