Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Nakal Keluar Teaser SUV Baharu Menjelang Pelancaran Proton X70
Auto Terkini

Perodua Nakal Keluar Teaser SUV Baharu Menjelang Pelancaran Proton X70

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA ada mempertontonkan model kelima baharu pada acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 lalu. Bagaimanapun model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu tidak dapat dilihat jelas kerana ditutup rapi dalam kotak khas.

Seperti kita ketahui, pengeluar kenderaan nasional kedua itu cukup bijak menyimpan rahsia hingga langsung tiada imej atau spesifikasi terbocor.

Terkini, Perodua mengeluarkan foto acah aka teaser kenderaan berkod D38L dalam laman web rasmi yang tertulis ‘Something Exciting Is Coming, 7 seater, Flexible Seating Arrangement’ (Sesuatu Mengujakan Akan Muncul, 7 Kerusi, Susunan Kerusi Fleksibel).

Foto itu juga memberi gambaran trenkuasa model tersebut yang dapat dilihat pada grafik tangki minyak yang tertulis 1.5L dan ke bawah (foto atas). Ini jelas menunjukkan SUV baharu Perodua itu, juga digelar NSU (New Sport Utiliti), bakal menggunakan enjin sama seperti Toyota Rush.

BACA >>> #KLIMS2018: Perodua Tayang SUV Baharu dalam Kelambu, Tarikh Lancar Belum Tahu

Ramai sudah mengetahui model baharu itu berasaskan Toyota Rush. Jadi, rupa atau spesifikasi ditawarkan tidak jauh berbeza. Mungkin Perodua melakukan pengurangan dan penambahbaikan sesuai dengan indikator harga yang bakal ditawarkan nanti.

Pada masa ini tiada maklumat lanjut didedahkan. Pelanggan berminat boleh mendaftar menerusi borang disediakan. Tetapi Perodua agak nakal kerana mengeluarkan teaser model baharu itu menjelang pelancaran Proton X70.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

Bilakah model itu akan dilancarkan? Pun masih belum diketahui, mungkin awal tahun depan. Tetapi pihak media sudah dijemput memandu uji model itu di litar Perodua, Sabtu lalu dan melihat spesifikasi penuh jentera tersebut. Sayangnya, kami terpaksa mengunci mulut buat masa ini hingga diberikan lampu hijau.

Auto Terkini Daihatsu Terios Foto Acah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) Perodua Perodua SUV Roda4 SUV SUV Perodua teaser Toyota Rush
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.