• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #KLIMS2018: Perodua Tayang SUV Baharu dalam Kelambu, Tarikh Lancar Belum Tahu

#KLIMS2018: Perodua Tayang SUV Baharu dalam Kelambu, Tarikh Lancar Belum Tahu

November 22, 2018 By AI Leave a Comment

FacebookTwitter


KHABAR tentang model kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua sudah lama berlegar di alam maya. Namun, pengeluar kenderaan nasional kedua itu cukup bijak menyimpan rahsia hingga langsung tiada imej atau spesifikasi yang terbocor.

Sempena Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018, Perodua mengambil peluang mempamerkan SUV tersebut yang dapat dilihat bermula esok, 23 November hingga 2 Disember ini.

Namun, sosok model baharu itu masih ditutup rapi dan hanya dapat dilihat menerusi 5 lubang kecil, tidak ubah seperti bermain peek-a-boo atau cak bum. Apapun, kami cuba juga mendapatkan imej model tersebut dari celahan kotak dan tirai seakan kelambu buat tatapan pembaca.


Berdasarkan imej ditangkap, rupa depan dan lekuk lampu seakan mirip Daihatsu Terios. Gril depan didatangkan dengan dua garis krom, manakala lampu belakang terpisah kepada dua sektor dan dilarik hingga pintu but.

BACA >>> Toyota Rush dan Daihatsu Terios (2018) Debut Serentak di Indonesia, Harga Belum Umum

Bampar belakang dipadankan difuser krom. Turut kelihatan tayar simpanan yang diletakkan bawah bampar. SUV Perodua, dengan nama kod D38L, ialah model rebadge Daihatsu Terios. Pengganti kepada Nautica itu dikatakan bakal ditawarkan dalam konfigurasi 7-kerusi.

Seperti model terdahulu, model rebadge Perodua ini akan mendapat sentuhan kosmetik untuk disesuaikan dengan identiti syarikat itu. SUV berkenaan akan menggunakan enjin sama dengan Toyota Rush, iaitu 1.5L. Bagaimana pula harga? Kami jangka harga pengenalan model itu sekitar RM80,000.

BACA >>> Perodua Perkenal GearUp Smart Bluetooth TPMS - Peranti Pintar Pantau Tekanan Tayar

GALERI

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Daihatsu Terios, KLIMS 2018, Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS), Perodua, Perodua SUV, SUV, Toyota Rush

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
    #Spyshot: Kelibat Skuter SYM Jet X 150 Sedang Diuji di Lebuhraya PLUS?
  • Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
    Drama Belum Siar, Tapi Netizen Pertikai Aksi Tembak 'Skuad JPJ'!
  • Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
    Hyundai Kona (2021) Facelift Tiba! Boleh Pecut 198kmj, Harga Mula RM119k!
  • Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!
    Honda Civic (2022) Generasi ke-11 Dedah Imej Rasmi!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my