Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Perodua Myvi – Nampak Biasa Tapi Berbisa!
Bikin Auto

Perodua Myvi – Nampak Biasa Tapi Berbisa!

Abang GYLBy Abang GYL14/02/20177 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

modifikasi perodua myviSEKALI imbas, Perodua Myvi ini nampak biasa-biasa saja. Tapi, jangan sesekali anda memandang rendah jentera ini kerana ia memiliki prestasi yang power.

Itulah yang cuba ditampilkan oleh empunya jentera Perodua Myvi yang menghiasi ruangan Bikin Kereta kali ini.

Kebiasaannya penggemar modifikasi akan memilih konsep Toyota Passo atau Daihatsu Boon untuk dipadankan dengan jentera mereka. Namun tidak bagi tuan kereta ini.

ENJIN LEBIH BERKUASA

Enjin asal K3-VE Twincam DVVT yang dinaik taraf dengan tambahan kuasa turbo sudah cukup memberi kepuasan tanpa perlu pening kepala mahu turun naik ke Puspakom untuk menukar enjin baru seperti K3-VET dan sebagainya.

Nadinya dimuatkan dengan set piston milik K3-VET bagi menampung beban kuasa yang lebih maksimum. Turbin D04HL pula jadi pilihan untuk digunakan bersama manifold kustom daripada Tonnka berserta wastegate Turbosmart berukuran 38mm.

Udara luar yang dibawa masuk melalui penapis udara K&N disejukkan oleh unit intercooler FRP, manakala udara berlebihan pada intake ditolak keluar melalui ‘blow-off’ Turbosmart Vee Port yang ditenggek pada paip sambungan stainless steel.

perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi

Bahan api daripada tangki kemudian dihantar ke enjin menggunakan pam Walbro 255lph. Tugasan penyejukan pula diserahkan kepada radiator aluminium Synergy yang diikat bersama shroud radiator Forged.

Bukan itu saja, talaan enjin menjadi lebih hebat apabila digandingkan bersama unit kawalan elektronik (ECU), M7 Emcon piggyback. Kuasa terhasil kemudian dihantar terus ke bahagian roda melalui kotak gear manual asal yang dilengkapkan dengan LSD 1.5 way Dsport dan klac ProClutch daripada Works Engineering.

Bagi memastikan kestabilan jentera, Perodua Myvi ini dipasangkan set suspensi boleh laras GAB SS bersama pillowball dari Ftuned. Selain itu, ia juga dilengkapi brace kit hadapan dan room bar Dsport. Sementara itu, anti-roll bar, lower bar, tower bar dan upper bar masing-masing menggunakan jenama Ultra Racing. Strut bar pula berjenama Cusco.

perodua myviDALAMAN

Memasuki ruang kabin, jentera ini dipadankan kerusi semi bucket. Bahagian pengendalian pula menggunakan stereng OMP dan tombol gear Teflon Works Engineering. Sesi pemanduan jadi lebih ceria dengan pemain audio Alpine dan set pembesar suara yang dinaik taraf.

Antara penambahbaikan dalaman turut dilakukan ialah pengawal boost elektronik M7 EBC-R, sensor MAP 3-bar Greddy, meter Works Engineering Pro-Gauge, Greddy Full Auto Timer II dan tolok Innovate MTX-L Wideband AFR.

Bagaimana? Power tak?

perodua myvi
perodua myvi

FOTO: Shah Bahulu@Adam Photography

modifikasi perodua myvi
modifikasi perodua myvi
modifikasi perodua myvi
modifikasi perodua myvi
modifikasi perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi
perodua myvi

SPESIFIKASI

Perodua Myvi 1.3

ENJIN K3-VE Twincam DVVT
MODIFIKASI ENJIN YRV K3-VET piston, 330cc fuel injector, Turbin TD04HL-19T billet compressor wheel, Turbo manifold TONNKA, Turbosmart Ultragate 38mm external wastegate, Turbosmart Vee Port BOV, Works Engineering Fuel Pressure Regulator, K&N open pod air filter, Walbro 255lph fuel pump with return fuel line, FRP intercooler, Synergy aluminum radiator, Forged aluminum radiator shroud, SPAL Italy ducted radiator fan, DSPORT engine thermostat, 2.5″ stainless steel + Muffler RSR Magic
ELEKTRONIK M7 EMCON piggyback ecu, M7 EBC-R electronic boost controller, Greddy 3 bar MAP sensor, Works Engineering Pro-Gauge meters, Greddy Full Auto Timer II, Innovate MTX-L Wideband AFR gauge
TRANSMISI Stock manual 5-kelajuan, DSPORT 1.5way LSD, Works Engineering ProClutch
RODA P1 Racing 15″x7jj ET35 Kumho KU36 205/50/15
SUSPENSI GAB SS Fully adjustable, FTuned Adjustable Pillowball absorber mount, DSPORT Front brace kit, DSPORT Room bar, CUSCO front strut bar, UR Rear anti roll bar, UR Rear lower bar, UR Rear tower bar, UR Rear upper bar
LUARAN Stock SE2 2009 Passo Racy autoflip side mirror
DALAMAN Recaro Millenium semi bucket seat (driver), Full interior leather by DK-Schweizer, OMP steering, Works Engineering aluminum pedals, Works Engineering teflon gear knob, Alpine CDA-9855 headunit, Focal FPP-4100 4 channel amplifier, Focal iBus 2.1 underseat subwoofer, MB Quart Premium, PVF216 front speaker, Focal Auditor R165C rear speaker, Clifford Matrix 2 way alarm, Clifford BlackJax5 anti hijack system
BENGKEL Engine by Dpro Autoshoppe, Maintenance by CY Auto, Exhaust and pipings by Under6ix Exhaust, Turbo by Speed Spin Turbo Services, Tuned by Prodrag Motorsport

Bikin Kereta boon modifikasi perodua myvi Myvi passo Perodua Myvi
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: Kit Mugen untuk Honda Prelude!

29/01/2026
Bikin Auto

#BikinAuto: Shelby GT350TR Dari Trick Rides, Coyote V8 700 hp, Lebih RM1.3 Juta!

17/01/2026
Škoda Kodiaq versi polis di Republik Czech
Bikin Auto

#BikinAuto: Ini Ciri Khas Škoda Kodiaq Polis Republik Czech!

08/01/2026
Kingpin Mustang Mach 1 | Ringbrothers
Bikin Auto

#BikinAuto: Kingpin Mustang Mach 1 Sentuhan Ringbrothers dengan Enjin Supercas 5.0L V8, Lebih 800hp!

18/11/2025

7 Comments

  1. WJS on 14/02/2017 22:29

    Confirm mamak ni bawak kereta mcm setan atas lebuhraya.. mmg dah muak dgn Myvi modified yg suka cilok sini sana, membahayakan nyawa pengguna jalan raya yg lain..

    Reply
  2. Berbisa on 15/02/2017 01:55

    Wow dasyat btl

    Reply
  3. Fattah on 16/02/2017 01:41

    Buat performance test dulu baru tau power tak power. Susah kete modified ni. Accident pakai buang duit, takde insuran nak cover.

    Reply
  4. Amran on 16/02/2017 08:36

    Gearbox manual? Haha!

    Reply
  5. Luke on 25/02/2017 18:38

    Jom..test dgn ZX10R or H2R..

    Reply
  6. megat on 25/02/2017 21:45

    takde faedah

    Reply
  7. FA on 10/07/2020 22:06

    Mende yang haha nya. Lagi pelik modify macam macam tapi auto lol

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Jamil Manan Supri | Pengasas dan Penasihat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Permotoran, Persatuan Pakar Keselamatan Jalan Raya (PPKJR),
Auto Terkini

Pakar: ‘Lane Hogger’ Punca Jalan Sesak, Boleh Kena Denda RM2,000

By Syafie26/01/20261
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Yamaha NMAX ABS 2026 | Malaysia
Roda2

Yamaha NMAX ABS 2026 Tampil Dua Warna Baharu, Harga Kekal RM11,498

By Syafie26/01/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
MOT perkenal geran untuk menggantikan kereta lama lebih 20 tahun
Auto Terkini

MOT Lancar Geran Ganti Kereta Lama dengan Baharu, Peruntukan RM10 Juta!

By Syafie27/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.