Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Perodua Myvi (2018) – Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran
Roda4

Perodua Myvi (2018) – Kereta Bajet, Tapi Ada Ciri Premium Buat Indonesia Panasaran

Han OthmanBy Han Othman17/11/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN saja kecoh dalam negara, debut Perodua Myvi (2018) baharu turut menggoncangkan industri automobil di Indonesia. Apatah lagi apabila Perodua sudah diberikan lesen besar daripada Daihatsu untuk mengeksport dan menjenamakan semula model-model sentuhan pengeluar nasional itu ke Tanah Seberang.

Jadi, debut Myvi (2018) semalam seakan memberi isyarat awal bahawa model sama juga akan tiba ke Indonesia di bawah label (Daihatsu) Sirion. Pasaran segmen subkompak negara itu sangat kompetitif kerana Sirion (Myvi) perlu bersaing dengan banyak jenama lain seperti Kia Picanto, Cherolet Spark, Hyundai i10 dan Toyota Etios. Namun, ramai peminat automotif di sana memuji penampilan Sirion-Myvi facelift (gambar bawah), dilancarkan April lalu, yang tampil sangat sporty.

Persoalan yang dibangkitkan, mampukah Sirion-Myvi serba baharu menawankan pembeli Indonesia?

BACA >>> Daihatsu Indonesia ‘Sumpah’ Perodua Myvi Jadi Sirion (2017)

TEKNOLOGI ‘ASA’ TARIK PERHATIAN

Sirion-Myvi itu kelak akan diimport Astra Daihatsu Motor (ADM) dari Malaysia ke Indonesia. Apa yang mengujakan pembeli di sana tentang Sirion-Myvi (2018) ialah pengenalan enjin baharu berkapasiti 1.5L 2NR-VE Dual VVT-i yang menjadi nadi utama Toyota Avanza.

Ini bermakna, Sirion-Myvi (2018) akan duduk sebaris dengan Chevrolet Sparks dan Nissan March, segmen sama tetapi dengan enjin lebih premium. Ciri-ciri didedahkan turut menarik perhatian seperti Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), 6-beg udara untuk varian paling premium, dan pengenalan teknologi Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) yang terdiri daripada empat sistem utama, yakni Amaran Pra Perlanggaran (PCW), Brek Pra Perlanggaran (PCB), Amaran Gerak Depan (FDA) dan Kawalan Pedal Salah Operasi (PMC).

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

UNTUNG JADI PEMBELI MALAYSIA, DONK

perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018 gear up

Namun, apa yang menjengkelkan kalangan netizen Indonesia tentang Sirion-Myvi (2018), ramai berpendapat model itu jika dibawa masuk kelak pasti akan dikurangkan (disebut ‘disunatkan‘) serba-serbi ciri yang sedia ada. Malah ada juga yang begitu yakin 100 peratus bahawa ADM tidak akan membawa masuk Myvi versi Advanced (yang ada 6-beg udara dan ASA).

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) pada Perodua Myvi (2018)?

Tidak kurang juga pujian netizen Indonesia terhadap pengguna Malaysia yang bercita rasa tinggi dan cerewet dalam hal memilih kereta, termasuk sangat peduli tentang ciri keselamatan kenderaan. Hasilnya, Kerajaan Malaysia terpaksa menggubal dasar automotif dengan meletakkan syarat pengeluaran kenderaan yang lebih ketat dan hasilnya dapat dinikmati rakyat Malaysia sendiri.

Malangnya situasi itu tidak berlaku di Indonesia kerana bukan saja rakyat, tetapi Kerajaan dan pengeluar mereka sendiri kurang mengambil inisiatif tentang hal itu, keluh ramai netizen di sana.  Ada pula yang mengeluh mengenai harga kereta mahal yang langsung mengingatkan kami kepada komen-komen pembeli Malaysia yang selalu memuji dan terliur apabila mengetahui betapa murah produk motor dan kereta di negara jiran itu.

Betullah kata pepatah, lain padang lain belalang. Hujan batu di negeri sendiri. 😛 Bagaimanapun masih tiada berita pasti tentang bilakah Sirion-Myvi (2018) akan dilancarkan di Indonesia. Bersabar ya rakan seberang sana. Nah, kita baca sikit komen-komen netizen Indonesia. Faham ke tidak tu?

SUMBER: AutoNetMMgz

Astra Daihatsu Motor Auto Terkini Daihatsu Daihatsu Sirion Indonesia Perodua Perodua Myvi (2018) Roda4 subkompak hatchback
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

#BikinAuto: Urban Widetrack Avontur Diubah Dari SUV Jadi Pikap, Defender OCTA Tampil Bergaya dan Mewah

15/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

15/07/2026
Denza Z9 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Denza Z 2027 Diperkenal di Eropah, 0 – 100kmj Sepantas 1.96 Saat!

13/07/2026
Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026

2 Comments

  1. Alson P on 17/11/2017 16:42

    Perodua perlu mengeksport myvi generasi ke Indonesia selewat²nya pada 2018 di bawah badge daihatsu Sirion.. Label sirion lebih kukuh berbanding perodua.. Luaskan pasaran sirion (myvi) di Asia tenggara..

    Reply
  2. Alson P on 18/11/2017 14:36

    Indonesia panasaran.!! Di negara tetangga Daihatsu Sirion spec paling rendah berharga lebih mahal dari myvi Varian advance di Malaysia..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-AMG CLA 45 4MATIC+ 2027 – EV Prestasi 680hp, Jarak Pandu Lebih 670km

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.