Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Catat Jualan Tahunan Tertinggi dalam Sejarah Syarikat – 240,341 Unit
Auto Terkini

Perodua Catat Jualan Tahunan Tertinggi dalam Sejarah Syarikat – 240,341 Unit

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju21/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PERODUA mencatatkan peningkatan jualan 13, 098 unit sepanjang 2019 dengan rekod jualan 240,341 unit, meningkat 5.8 peratus berbanding 2018, yang juga angka jualan tahunan tertinggi dalam sejarah pengeluar nasional itu.

Pertumbuhan itu susulan permintaan tinggi untuk semua model Perodua bermula Alza, Aruz, Bezza, Axia dan Myvi dengan setiap model menerajui segmen masing-masing. Ini termasuk Aruz yang menjadi model kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak tempatan paling laris dengan jualan 30,115 unit.

BACA >>> Perodua Aruz – Kereta Paling Banyak di-Google di Malaysia Sepanjang 2019

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, berdasarkan anggaran jumlah keseluruhan industri (TIV) 604,775 unit, Perodua menguasai hampir 40 peratus pasaran Malaysia berbanding 38 peratus pada 2018.

Menurutnya;

Didorong permintaan tinggi, kami menjangka prestasi jualan kami tahun ini setanding tahun lalu. Kami menetapkan sasaran jualan 240,000 unit untuk 2020 dan optimis boleh dicapai walaupun persaingan dijangka bertambah sengit tahun ini.”

BACA>>>Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah…

Perodua juga mensasarkan peningkatan pengeluaran 4 peratus (254,000 unit) daripada 244,400 unit pada 2019. Angka ini melibatkan pengeluaran eksport dan simpanan stok untuk 2021. Dengan peningkatan pengeluaran, Perodua menjangka perbelanjaan RM6 bilion (2020) untuk pembelian komponen tempatan, berbanding RM5.4 bilion (2019).

Zainal Abidin berkata;

Kami jangka separuh pertama 2020 yang mencabar, Perodua akan beri tumpuan kepada memenuhi tempahan sedia ada. Kami akan menilai semula keadaan pasaran pada separuh kedua dan pada masa sama membina inventori supaya bersedia seandainya pasaran bertambah baik.”

BACA >>> Demi Pelanggan, Perodua Tingkatkan Pengeluaran Aruz, Tidak Perlu Tunggu Lama Lagi

Auto Terkini Datuk Zainal Abidin Ahmad jualan perodua 2019 Perodua perodua aruz Rekod jualan TIV TIV Perodua 2019
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.