Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah…
Auto Terkini

Perodua Axia (2019) Pun Ada A.S.A! Dah Boleh Tempah Dah…

Han OthmanBy Han Othman22/08/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS bocor foto brosur di media sosial, Perodua akhirnya menyiarkan iklan tempahan Perodua Axia (2019) baharu dalam laman web rasmi pengeluar nasional itu. Menariknya ada enam varian ditawarkan, iaitu:

  • E
  • G
  • GEXTRA
  • AV
  • SE
  • STYLE

Ada lima warna ditawarkan, iaitu: Sunrise Orange Metallic (jingga – warna baharu), Lava Red Metallic (merah), Midnight Blue Metallic (biru), Glittering Silver Metallic (perak), dan Ivory White Solid (putih).

Axia (2019) baharu masih mengekal enjin 1.0L VVT-i yang mendapat status kenderaan cekap tenaga (EEV). Kecuali E sebagai varian transmisi manual 5-kelajuan, varian lain menggunakan transmisi automatik 4-kelajuan (4 E-AT). Varian E juga tiada ciri keselamatan asas lain seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), cuma beg udara dibekalkan.

BACA >>> Perodua Lancar Axia di Seychelles, Harga Bermula RM71,500

KINI ADA A.S.A

Seperti sudah diketahui, Axia (2019) akan didatangkan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) 2.0 yang semestinya ditwarkan untuk varian paling premium, AV yang juga memiliki spesifikasi paling lengkap seperti:

  • VSC dan TRC
  • ABS dengan EBD
  • Filem keselamatan dan solar
  • Cangkuk Anti-Ragut
  • Kunci Pintar dan Punat Tekan Mula/Henti (Push Start/Stop)
  • Kamera undur
  • Sensor depan sudut
  • Sensor undur
  • Tinggi kerusi boleh laras
  • Cermin sisi elektrik – Lipat automatik
  • Pembesar suara – 2 depan, 2 belakang

Rupa luaran Axia AV sama seperti varian SE, diberikan kemasan krom pada gril, skirt depan dan sisi, bersama rim aloi 14 inci. Apa yang berbeza varian SE tiada ASA, dan kamera undur.

Menariknya, Perodua memperkenalkan varian baharu, dinamakan STYLE yang boleh dianggap sebagai satu lagi varian SE versi lain. Varian ini tiada A.S.A, filem cermin keselamatan dan solar, kamera undur dan skirt depan. Menariknya, ada rim aloi 15 inci yang juga satu-satunya varian memiliki saiz tayar lebih besar.

Pasti masing-masing sudah tidak sabar mahu melihat sendiri hatchback mini popular ini. Paling berdebar sudah tentu harga yang setakat ini maih belum diumumkan Perodua.

Berani buat tempahan?

BACA >>> ‘Axia Eropah’ Edisi Khas Bakal Debut di Geneva – Toyota Aygo S-Style, X-Cite

city car hatchback segmen-A Kereta Bandar Perodua Perodua Axia (2019) Perodua Axia (2019) Baharu Roda4 segmen A Tempahan Perodua Axia (2019) Baharu
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

27/07/2026
FI kembali ke Sepang untuk GP Bahrain 2026
Auto Terkini

PMX: Hubungan Baik Agong, Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.