Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perodua Aruz – SUV 7-Kerusi Kini di Malaysia, Harga Bermula RM72,900!
Auto Terkini

Perodua Aruz – SUV 7-Kerusi Kini di Malaysia, Harga Bermula RM72,900!

Abang GYLBy Abang GYL16/01/20194 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEKIAN lama menanti, akhirnya kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Aruz kini secara rasmi berada di pasaran Malaysia. Kehadiran SUV subkompak ini sememangnya sangat dinantikan rakyat Malaysia sejak tersebar beberapa foto acah dan intip sebelum ini di media sosial.

Hadir dalam dua varian: 1.5 X dan 1.5 Advance, Perodua Aruz dijual pada harga bermula RM72,900 hingga RM77,900. Kepada yang memang ternanti dan termimpi tentang SUV bakal popular ini, berikut 6 perkara patut anda tahu:

1. ENJIN 1.5L VVT-ienjin Perodua Aruz
Perodua Aruz dipadankan enjin 4-silinder bersesaran 1.5L dengan blok aluminium Dual VVT-i bersama kotak gear automatik kawalan elektronik (E-AT). Hasilnya, trenkuasa yang dibina di Sendayan, Negeri Sembilan itu mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103hp bersama 136Nm tork.

Menariknya, Perodua Aruz turut menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) menerusi Sistem Lahu Eko (Eco Idle) yang membolehkan SUV ini mencatatkan penggunaan bahan api pada kadar 15.6km per liter.

2. PERBEZAAN HARGA DENGAN RUSH

Seperti sedia maklum, Perodua Aruz dijual pada harga bermula RM72,900 hingga RM77,900. Ramai juga sedia maklum Perodua Aruz adalah model rebadged daripada Toyota Rush yang baru saja dilancarkan tahun lalu.

Sebagai perbandingan, Toyota Rush di Malaysia dijual pada harga bermula RM93,000 bagi varian 1.5G dan RM98,000 untuk versi paling premium iaitu 1.5S. Melihat perbandingan itu, harga Toyota Rush adalah hampir RM20,000 lebih mahal daripada Perodua Aruz.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan spesifikasi di antara kedua-dua model itu. Apa boleh kami katakan, spesifikasi ataupun teknologi pada Toyota Rush adalah lebih canggih berbanding Aruz. Namun, pilihan tetap di tangan anda.

BACA >>> 13 Fakta Pantas Tentang Toyota Rush di Malaysia, Harga Bermula RM93k

3. ADA 5 PILIHAN WARNA

Perodua Aruz didatangkan dengan lima pilihan warna termasuklah satu warna baharu. Antaranya;

  • Ivory White – Putih
  • Glittering Silver – Perak
  • Electric Blue – Biru
  • Granite Grey – Kelabu
  • Amazon Green – Hijau (warna baharu)

4. LUARAN NOT BAD

Hadir bersama jaminan lima tahun atau 150,000km (mana-mana tiba dahulu), Perodua Aruz yang bakal menggantikan kenderaan pelbagai guna (MPV) Alza, ha

dir dengan rekabentuk sporty. Walaupun dijenamakan semula daripada Toyota Rush, model SUV ketiga Perodua selepas Kembara dan Nautica itu diberikan sentuhan kosmetik supaya sesuai dengan identiti pengeluar nasional kedua tersebut. Antaranya:

  • Lampu depan LED bersama fungsi Follow-Me-Home (lampu automatik untuk varian Advance)
  • Rim aloi dwi-tona 17-inci dengan jarak kelegaan tanah 220mm
  • Difuser krom bersama lampu kabus pada bampar depan

5. ADA 7 TEMPAT DUDUK

Perodua Aruz ialah SUV 7-kerusi yang hadir dengan konfigurasi kerusi fleksibel. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat dengan susunan berbeza mengikut keperluan pengguna.

Apa yang istimewa, kerusi belakang boleh dilipat rata sepenuhnya. Semua varian dilengkapi unit stereo skrin sentuh dengan paparan kamera undur, penyaman udara digital dengan dua tetapan memori, ventilator penyaman udara penumpang belakang dan alat pembaca kad tol terbina dalam.

Selain itu, ruang dalaman untuk varian Advance lebih eksklusif dengan kemasan kerusi kulit, stereng kulit bersama kawalan terima panggilan, dan perakam video memandu bersepadu. Varian teratas juga dilengkapi ciri sambungan HDMI, Smart Link, Bluetooth dan navigasi yang ditambah ke dalam sistem skrin sesentuh.

6. CIRI KESELAMATAN 5-BINTANG TERMASUK ASA 2.0


Walapun dikenali sebagai SUV 7-tempat duduk dengan harga mampu milik, aspek keselamatan juga tidak dilupakan. Perodua Aruz menerima rating keselamatan 5-bintang Asean NCAP menerusi ciri keselamatan seperti:

  • 6 beg udara – ciri standard untuk semua varian
  • Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC)
  • Bantuan Mula-Daki (HSA)
  • ISOFIX

Varian Advance pula dibekalkan Bantuan Keselamatan Termaju (ASA) versi 2.0. Antara ciri baharu ASA 2.0 ialah pengesan pejalan kaki hingga 50kmj dan kelajuan operasi yang ditingkatkan hingga 100kmj untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80kmj untuk sistem Brek Pra-Pelanggaran.

Sistem keselamatan ini turut menggabungkan Amaran Gerak Kenderaan Depan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan Pedal (Pedal Misoperation Control).

Bagaimanapun harus diingatkan, ASA ialah sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran dan bukan gantian kepada pemanduan selamat. Jadi, sentiasa waspada dan berhati-hati ketika memandu.

Macam mana? Okey tak SUV baharu Perodua? Persoalan lebih penting, antara Perodua Aruz atau Toyota Rush, mana satu pilihan anda? Tepuk poket, tanya orang rumah. 😜

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Pandangan Kami Mengenai Proton X70

GALERI
Perodua Aruz
enjin Perodua Aruz
enjin perodua aruz harga perodua aruz Harga SUV Perodua kelajuan maksimum Perodua Aruz perodua aruz suv perodua aruz top speed perodua aruz warna Perodua Aruz
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026

    4 Comments

    1. Amran on 16/01/2019 14:02

      Ada DRL tak Aruz ni?

      Reply
      • Nash on 16/01/2019 20:49

        Ada

        Reply
    2. Fidzan on 17/01/2019 09:16

      Saya cari kos servis x jumpa kat website. Boleh tolong?

      Reply
    3. Alpian on 18/01/2019 19:54

      Bila hangpa nak test dreb? 🙂

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.