Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Perkongsian Platform dalam Automotif, Bagus atau Buruk?
Auto Terkini

Perkongsian Platform dalam Automotif, Bagus atau Buruk?

Han OthmanBy Han Othman21/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK seperti beberapa dekad lalu, hari ini apabila kita membaca artikel atau berita automotif, pasti kerap terlintas dalam bacaan kita mengenai frasa ‘perkongsian platform’ atau dalam Bahasa Inggeris, ‘sharing platform’.  

Secara automatik juga, apa yang selalu kita faham tentang perkongsian platform ialah pembinaan model kenderaan yang berkongsi casis atau kerangka yang sama. Namun, anggapan itu sebenarnya kurang tepat atau sedikit tersasar.

BACA >>> Geely dan Volvo Jalin Kerjasama Kongsi Platform, Teknologi – Proton Turut Terima Impak!

Ya, model yang berkongsi platform sama biasanya berkongsi beberapa komponen utama yang sama juga. Namun, ia sebenarnya lebih daripada bahagian atau sistem sebenar yang anda nampak pada sesebuah kenderaan itu. Maksud sebenar perkongsian platform ialah sesebuah kenderaan itu terlibat dalam proses sama yang berkaitan dengan rekabentuk, kejuruteraan dan pengeluaran.

KENAPA PENGELUAR KONGSI PLATFORM?


Antara sebab utama perkongsian platform, metod kejuruteraan ini membolehkan pengeluar kereta merendahkan kos pengeluaran dengan mengurangkan beban proses merekabentuk sesebuah model daripada kertas kosong. Menurut Pusat untuk Kajian Automotif (CAR), pembangunan platform kenderaan memang mahal, dan memerlukan jualan minimum dicapai sebelum mendapat pulangan kos barangan dan kejuruteraan.

Jadi dengan membuat tetapan awal mengenai beberapa aspek perancangan dan pembangunan, pengeluar dapat terus melaburkan lebih banyak modal untuk peralatan, mesin, prestasi dan bahasa rekabentuk. Hasilnya, kos pembuatan kereta itu lebih murah berbanding nilai sebenar. Dan semestinya kereta murah dapat memberikan lebih keuntungan kepada pengeluar.

BACA >>> Mercedes-Benz Storm Edition X 250d 4MATIC, Trak Pikap Premium Lain Daripada Lain

Misalnya, Mercedes-Benz dapat mengurangkan kos merekabentuk model trak pikap dengan meminjam platfom Nissan Navara yang sudah sedia ada bluprin. Proton masa akan datang dapat mengurangkan beban kos pembuatan dengan meminjam platform Geely. Dan jangan tidak tahu, platform Geely hari ini asalnya daripada platfom Volvo. Dan banyak lagi boleh disebut.

KELEMAHAN

Sudah tentu perkongsian platform tidak semuanya bagus dan indah belaka. Salah satu kelemahan metod kejuruteraan ini ialah potensi masalah dalam pembinaan dan rekabentuk sesebuah model kenderaan. Ini bermakna, semua model yang saling berkongsi platform berisiko terjejas melibatkan jumlah sangat besar. Sesetengah masalah boleh jadi sangat buruk dan anda tentu perasan betapa banyak model hari ini kerap mendapat notis panggil balik @ recall atas banyak isu kerosakan.

Juga ada risiko rekabentuk jadi hambar. Ini dapat dikesan menerusi rekabentuk yang kelihatan agak sama untuk model yang saling berkongsi platform walaupun jenama berbeza. Ini boleh jadi tidak bagus untuk perniagaan, terutama jika sesebuah model itu mempunyai sasaran demografi pembeli yang sama. Namun, pengeluar hari ini mengambil langkah positif dalam menangani isu itu bagi memastikan model mereka bukan saja dihasilkan dengan bagus, tetapi juga sangat bagus!

KESIMPULAN

Perkongsian platform ialah kompromi yang membolehkan pengeluar memiliki persamaan sesama model, dan pada masa sama membuka ruang untuk menghasil kenderaan seunik mungkin. Metod kejuruteraan baharu ini juga membantu menurunkan harga kereta yang kemudian manfaatnya dinikmati pembeli.

BACA >>> Tiga Ketua Pereka Hebat Ini Cetuskan Kebangkitan Volvo ke Persada Dunia

Dalam aspek pembuatan pula,  perkongsian platform memaksa pengeluar melakukan banyak penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman supaya pengguna rasa berbaloi memiliki produk yang dihasilkan.

Auto Terkini autotainment Car Perkongsian Platform Platform Sharing Pusat untuk Kajian Automotif (CAR) roda2 Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: Perodua QV-E G+ Edition Dipertonton, Model EV Perodua Bakal Ada Bodykit Sendiri?

12/06/2026
Auto Terkini

Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

11/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.